Cara Perap Kambing Bakar | Ansal Ternak:PeDAS

March 23, 2020 by No Comments

Artikel “Cara Perap Kambing Bakar | Ansal Ternak:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Prekhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


|gambar sebagai hiasan|

Ada banyak cara untuk buat perapan bagi hidangan kambing bakar. Dan selalunya, antara pilihan perapan popular untuk barbeku adalah dengan perapan sos lada hitam (black paper).

Tapi dalam banyak-banyak cara, Cik Lis paling suka akan penggunaan rempah rosemary. Pertama kali resepi ini digunakan sebagai perapan kambing bakar di dalam majlis kecil keluarga beberapa bulan yang lepas dan ianya masih meninggalkan kenangan yang positif. Sampai sekarang teringat-ingat akan rasa kesedapannya sehingga menjilat pinggan! Hohoho (*≧▽≦)

|gambar sebagai hiasan|

Tanpa membuang masa, mari lihat resepi untuk perapan kambing bakar di bawah ini!

Cara Perap Kambing Bakar Menggunakan Rempah Rosemary

Resepi asal adalah dari foodnetwork.com sebagai rujukan untuk penerangan. Resepi ini sangat ringkas dan mudah. Namun, ikut selera badan, anda boleh mengubah atau menambahnya sendiri.

Bahan-bahan (hidangan untuk 3-5 orang)

  • Minyak zaitun (1/3 cawan)
  • Bawang putih (dalam 3-5 ulas, ditumbuk)
  • Rempah rosemary
  • Daging kambing (dipotong dalam 12 bahagian seperti daging stik)
  • Garam
  • Beg plastik kedap udara zip lock
  • Parutan lemon (optional)

Cara perap (marinate) kambing untuk barbeku

Ada dua cara utama yang anda boleh pilih.

[1] Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam beg kedap udara zip lock, goncang-goncangkan ia agar sebati.

[2] Seterusnya, sediakan daging kambing untuk diperap. Keluarkan perapan tadi dari dalam beg dan lumurkan ia ke atas daging sehingga meliputi keseluruhan permukaan daging.

[3] Masukkan daging ke dalam beg zip lock yang telah digunakan tadi untuk persediaan sebelum membakar. Pastikan angin dikeluarkan dan beg kedap udara bagi mengelakkan daging mengalami freezer burn yang mengubah rasa dan tekstur daging semasa penyimpanan nanti.

[4] Jika ianya adalah hidangan untuk dimakan segera dan tidak boleh tunggu lagi, minimum 1 jam untuk menunggu daging memerap. Anda tidak perlu memasukkan daging kambing ke dalam peti sejuk bahagian freezer kerana suhu bilik sudah memadai.

[5] Jika ianya adalah hidangan bukan segera (contohnya, untuk dimasak keesokan harinya) , simpan daging tadi di bahagian sejuk beku freezer. Caranya telah disebut di langkah [3] di atas beserta sebab-sebabnya.

Bergantung kepada cara daging di gril, selalunya daging dibakar di atas gril dengan api tinggi (high heat). Pastikan setiap bahagian daging dibakar sama rata permukaannya. Seeloknya, daging kambing dimasak sehingga “medium well” ataupun “well done.”

Akhir sekali, barulah ditabur sedikit garam ke atas daging yang siap dibakar.

Cara Perap Kambing Bakar-2
|Image as illustration. Credit to quora.com.

Salah satu usahawan PeDAS kita kali ini adalah pengusaha produk kambing perap yang popular di negeri-negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Lembah Kelang. Antara tips untuk membiarkan daging kambing menjadi lembut berjus adalah dengan menggunakan kulit bawang putih itu sendiri di dalam sos perap.

Cara Perap Kambing Bakar-1
|Kambing perap Ansal Ternak dengan 7 jenis herba|

Nak intai media sosial mereka untuk mengikuti promosi-promosi semasa, pertanyaan lanjut mahupun tempahan? Link di bawah ya:

Facebook|Instagram|Saluran Youtube|Ansal Ternak Homepage|WhatsApp

Nak singgah ladang atau HQ Kambing Perap Ansal? Ini alamatnya ya!

Sekian sahaja dari LunaStory untuk siri pengenalan usahawan PeDAS Ansal Ternak. Jumpa lagi di edisi usahawan PeDAS lain yang akan datang ya!

Profil penuh dan spesifikasi produk mereka disini:

Entri pertama|| Kambing Perap Ansal Ternak | PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.