Tips Membuat Kuih Frozen | Aizan:PeDAS
Bagi yang baru pertama kali menjejakkan diri ke blog LunaStory dan artikel “Tips Membuat Kuih Frozen | Aizan:PeDAS“, selamat datang Cik Lis ucapkan. Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.
Tips Membuat Kuih Frozen
Disini dikongsikan bersama tips membuat kuih frozen untuk bacaan umum bersama dengan pembaca semua. Kuih yang akan dijadikan contoh bagi tujuan ini adalah kuih donut homemade kerana hampir satu dunia tahu dan menggemari akan kuih ini. Satu lagi sebab adalah kebanyakan kuih tradisional juga menggunakan doh, jadi ianya adalah moot point untuk asas makanan sejuk beku.
Asas Makanan Sejuk Beku
[*] Suhu ditetapkan pada 0°C untuk mengekalkan rasa, tekstur, warna dan kandungan mikronutrien yang terdapat pada kuih tersebut.
[*] Doh biasanya akan hilang keseimbangan semasa proses pembekuan. jadi, antara langkah pengurangan risiko adalah dengan menggunakan tepung yang tinggi nilai protein.
[*] Donut yang gebu biasanya ada menggunakan yis. Jika yis digunakan, ketahuilah bahawa yis cepat rosak jika dibekukan. Jadi, selalunya di dalam resepi yang disediakan yis yang digunakan akan jadi double.
[*] Bergantung kepada resepi yang anda ikut, gunakan air sejuk atau susu sejuk bagi mengurangkan risiko penapaian/fermentasi untuk doh tersebut.
[*] Semasa donut sudah siap dibuat, masih panas dan sedia untuk disimpan sebelum memasukkannya ke dalam plastik zip lock, tunggu ia chill atau sejuk terlebih dahulu. Cara paling cepat untuk chill adalah menyusunnya di atas bekas seperti loyang dengan sedikit jurang antara satu doh dengan doh yang lain, seterusnya dimasukkan ke dalam bahagian chiller peti sejuk.
[*] Bekas makanan tersebut mempengaruhi cara penyimpanan. Donut biasanya disimpan di dalam plastik. Plastik jenis zip top atau zip lock adalah antara pilihan menarik untuk tujuan ini kerana ianya mudah untuk menjadikan ia vakum atau kedap udara. Ianya haruslah kedap udara bagi mengelakkan doh terkena freezer burn dan seterusnya mengubah rasa donut tersebut.
[*] Homemade donut yang disimpan di dalam freezer boleh disimpan selama 2 bulan untuk jenis unglazed (kosong).
[*] Ada 2 cara untuk defrost atau nyahbeku donut sejuk beku. Jika menggunakan microwave, masa yang perlu ditetapkan adalah 15 hingga 20 saat. Sentiasa periksa keadaannya dari 10 saat pertama lagi. Cara lain untuk defrost adalah dengan membiarkan ia di dalam suhu bilik semalaman.
Kredit penuh untuk sumber rujukan:
- Youtube: How To Freeze Bread Dough by Michael Lim (1.5k tontonan)
- epicurious.com: Storing Doughnuts in Homemade Doughnuts and Recipes
- simplyhealthfamily.org: How To Freeze Donuts? How To Do It?
- eatthis.com: Your Ultimate Guide to Freezing Food
Salah seorang usahawan PeDAS kita adalah pengusaha makanan sejuk beku jenis kuih tradisional. Walaupun kuih tradisional dikomersialkan sebegini rupa, namun rasa dan teksturnya masih kekal sama seperti rasa asli kuih yang baru dibuat setelah berbulan-bulan duduk di dalam freezer kerana Aizan’s Food menggunakan resepi keluarga dari turun-temurun sejak 7 tahun lamanya berbisnes di dalam bidang ini.
Di mana anda boleh mencari usahawan PeDAS Aizan’s Food makanan sejuk beku jenis kuih tradisional ini? Link di bawah:
Ataupun mencari mereka di alamat ini:
KAMPUNG SUNGAI DAUN ATAS,06680 ALOR SETAR KEDAH
Sekian sahaja dari LunaStory untuk siri usahawan Aizan’s Food. Jumpa lagi di siri usahawan PeDAS lain yang akan datang! Entri terdahulu dari usahawan ini ada di bawah:
Entri pertama|| Kuih Frozen Aizan’s Food | PeDAS
Entri kedua|| Kuih Tradisional Sejuk Beku | Aizan:PeDAS
Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]