Kebaikan Tilam Baby Nest |Anis:PeDAS
Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Kebaikan Tilam Baby Nest |Anis:PeDAS” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.
Bagi ibu bapa yang bakal menyambut orang baru, persiapan untuk kelahiran bayi semestinya membuatkan segala macam perasaan bangkit. Gembira ada, panik pun ada…maklumlah, baru pertama kali kan. Habis segala jenis informasi diperolehi di pelbagai rangkaian; daripada apa yang perlu dibuat sehingga lah ke mencari barangan untuk bayi pakai nanti.
Bagi anda yang mencari tilam bayi, usahawan PeDAS ita yang ini ada mengeluarkan produk tilam bayi Baby Nest.
Kebaikan Tilam Baby Nest
Tilam Baby Nest adalah produk terbaru keluaran Anis Kissmiss. Menyedari terdapat permintaan untuk ibu bapa baru untuk mencari yang terbaik untuk anak-anak, dan pengalaman pemilik Anis Kissmiss sendiri dalam membesarkan anak-anak, maka terciptalah produk ini.
Apa yang menarik tentang produk tilam Baby Nest? Baby Nest dari Anis Kissmiss didatangkan dengan set 1 tilam bayi, 2 bantal panjang dan 1 comforter.
[1] Sesuai digunakan untuk bayi 0 bulan sehingga 2 tahun
[2] Saiz yang lebih besar daripada tilam bayi yang standard di pasaran
[3] Kain yang digunakan untuk tilam Baby Nest adalah jenis kain sejuk, iaitu Japanese Cotton.
[4] Rekabentuk seperti sarang burung; keliling tilam Baby Nest direka cukup tinggi bagi mengelakkan kemalangan seperti jatuh dan tilam dinaiki binatang yang kecil.
[5] Rekabentuk tilam Baby Nest juga menjamin keselesaan seperti bayi berada di dalam rahim ibu.
[6] Boleh direka mengikut citarasa pelanggan.
Ingin mengenali usahawan PeDAS ini dengan lebih lanjut? Atau ingin meneliti produk mereka dengan lebih teliti? Ikuti laman media sosial mereka di:
Facebook | Instagram | WhatsApp
Atau alamat fizikal kedai disini:
39-1, Jalan Genting, Taman Sri Indah, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Sekian sahaja dari LunaStory. Pembaca boleh mengikuti entri-entri usahawan PeDAS ini yang terdahulu di link-link di bawah:
Entri pertama|| Bengkung Ibu Anis Kismiss |PeDAS
Entri kedua|| Barut Bayi Homemade Selesa |Anis:PeDAS
Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]