Produk Sarang Burung Walet Malaysia | PeDAS

March 2, 2020 by No Comments

Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Produk Sarang Burung Walet Malaysia | PeDAS” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.


Walaupun ada kemudahan dan kajian yang lebih mendalam untuk meningkatkan lagi potensi pengeluaran sarang burung walet ini, ianya haruslah perlu dipantau dan dikendalikan dengan teliti bagi memastikan kemaslahatan bersama untuk semua pihak.

Di Malaysia, pengusaha sarang burung walet perlu mendapatkan permit mengikut daerah atau negeri masing masing. Hal ini bagi memastikan pengeluarannya selaras dengan tuntutan undang-undang berkaitan dengan perlindungan hidupan liar.

Namun, hal ini masih tidak menghalang daripada industri ini berkembang dengan lebih pesat di negara ini. Malaysia adalah pengeluar kelima terbesar sarang burung walet di Malaysia.

Rata-rata dokumentari berkaitan dengan industri sarang burung walet yang diusahakan zaman sekarang memaparkan permintaannya yang tinggi dan semakin meningkat. Mana akan tidaknya, kalau dulu susah nak jumpa byproduct berasaskan sarang burung walet ini selain daripada untuk makanan di hari-hari kebesaran tertentu, terutamanya untuk masyarakat Tionghua.

Produk Sarang Burung Walet-2

Sekarang, ada lambakan produk berasaskan sarang burung walet yang kita boleh jumpa. Di kedai-kedai farmasi komersial sahaja anda akan jumpa banyak produk kecantikan kosmetik dan makanan tambahan berasaskan produk sarang burung walet seperti mask muka, minuman jus, pati, serum dan sebagainya.

Harga produk-produk ini juga datang dalam pelbagai bentuk. Kalau tiada masa untuk singgah ke kedai fizikal, kemudahan internet di hujung jari juga ada. Dah banyak pengeluar produk berasakan sarang burung walet ini dah ke arah ini bagi memudahkan pelanggan mencuba dan mendapatkan bekalan mereka, di mana pun mereka berada.

Produk Sarang Burung Walet di Pasaran Malaysia

Produk sarang burung walet daripada Sarang Walet mendapat tempat di hati pengguna-penggunanya.

…dan antara produk popular Sayap Walet adalah minuman berjus sarang burung walet!

Produk Sarang Burung Walet-1
Minuman Air Sarang Burung Bersama Buah Kurma|Minuman Air Sarang Burung Bersama Buah Laici|Minuman Air Sarang Burung Bersama Buah Durian Belanda

Produk bumiputera ini adalah produk yang bagus untuk anda yang baru hendak berjinak-jinak dengan pengambilan sarang burung walet di dalam diet harian anda.


Di mana anda boleh mengintai laman sosial rasmi usahawan ini?

Facebook | Instagram | Sayap Walet Homepage | WhatsApp

Anda juga boleh mendapatkan produk ini di kedai fizikal beralamat:

Pasar Peladang Skudai, Batu 10, 81300, Johor Bahru

Entri berikutnya adalah entri terakhir bagi siri usahawan ini:

Entri ketiga|| Khasiat Sarang Burung Walet | PeDAS


Program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah sebuah program dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.