Ajidyan Cendol Sedap Pagoh |Usahawan PeDAS
Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Ajidyan Cendol Sedap Pagoh |Usahawan PeDAS” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.
Cerita Cendol
Cendol. Di zaman hipster minuman bubble tea, Cik Lis masih lagi suka minum cendol bila craving nak minum minuman manis penuh isi kenyal yang boleh dikunyah-kunyah.
Bukannya Cik Lis prejudis terhadap minuman yang lagi satu, tidak sama sekali. It is just a matter of choice?
Semacam rasanya bila rasa santan yang sejuk tu sentuh lidah yang kering tengah hari panas…dan seterusnya membasahi tekak dan segala laluannya sehingga sentuh ke dasar perut. Dan gigi sibuk mengunyah isi tepung beras dan pandannya yang berwarna hijau, membuatkan kita rasa cukup kenyang kalau tak makan nasi tengahari pun!
Macam-macam jenis isi lain yang selalu mengiringi santan dan isi tepung hijau tadi. Ada yang letak isi jagung, ada yang bubuh gula kabung, kacang merah, aiskrim vanila dan sebagainya…janji penuh mangkuk cendol, baru puas, kan?
[TRIVIA] Cendol: Sejenis makanan atau minuman?
Hmmm…pernah terfikir tak sama ada cendol adalah sejenis makanan atau minuman? Cuba tengok definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ini:
cendol
(céndol) sj minuman sejuk yg terdiri drpd campuran isi berwarna hijau (dibuat drpd tepung beras dan air pandan) dicampur dgn santan dan air gula melaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat
Kalau dilihat definisi cendol pada Kamus Dewan Pelajar di laman yang sama, takrifannya adalah minuman juga. Cuma ianya digambarkan sebagai “minuman seperti bubur yg isinya panjang-panjang dibuat drpd tepung beras dan dimakan dgn santan bercampur air gula.” [link]
Pendek kata, cendol adalah sejenis minuman. Walaupun berupa seperti bubur yang sejuk (。•̀ᴗ-)✧
Apapun, kali ini Cik Lis nak kenalkan dengan pembaca semua usahawan PeDAS yang dah lama membuat cendol sedap kegemaran ramai ini.
Ajidyan Cendol Sedap Pagoh
Ajidyan Cendol adalah pengusaha cendol yang juga dikenali di sekitar Pagoh, Johor dengan nama Cendol Ajidyan D’Rasa. Lokasinya yang berdekatan dengan susur keluar lebuhraya PLUS dari arah utara menjadikan tempat ini adalah satu persinggahan wajib buat penggemar minuman cendol sedap, lebih-lebih lagi di tengah matahari panas!
Pemilik Ajidyan Cendol Sedap Pagoh D’Rasa
Pemilik Ajidyan Cendol terkini, Puan Nordiyana Binti Sudari berkata, mereka telah mengusahakan cendol sedap dari Pagoh ini lebih dari setengah dekad. Nama Ajidyan ini sendiri diambil daripada nama pengasasnya, iaitu Puan Yan dan Encik Ajid. Dibuat secara manual, antara seleksi pilihan cendol yang menjadi kegemaran ramai adalah:
cendol durian|cendol jagung|cendol kacang merah|cendol pulut|cendol tapai|cendol aiskrim|cendol koktel|cendol biasa dengan gula merah asli
Selain menguruskan cendol di kedai sendiri, Ajidyan cendol juga menawarkan perkhidmatan menyediakan cendol ad-hoc di majlis-majlis keraian.
Di mana anda boleh mengintai laman sosial rasmi usahawan ini untuk menghubungi mereka?
Facebook | Instagram | Ajidyan Homepage | WhatsApp
Atau singgah ke kedai mereka di sini (lebih kurang 4.2km daripada Exit PLUS Highway dari arah utara):
Cik Lis akan ulas dengan lebih lanjut produk usahawan ini di entri berikutnya. Cik Lis jumpa anda di sana pula ya (。•̀ᴗ-)✧
Entri kedua|| Kedai Cendol Durian Pagoh |Ajidyan Cendol PeDAS
Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]