Corak Batik Tidak Luntur |Zieyra Design PeDAS
Siri usahawan PeDAS ini diteruskan lagi dengan artikel ketiga dan terakhir “Corak Batik Tidak Luntur |Zieyra Design PeDAS.” Anda boleh membaca sedikit tentang program usahawan PeDAS di akhir nota kaki artikel ini.
Profil penuh usahawan ini dan produknya ada di entri-entri terdahulu:
Entri pertama|| Zieyra Design: Pengusaha Batik Lukis Kelantan |PeDAS
Entri kedua|| Kain Pasang Batik Zieyra Design |PeDAS
Batik adalah seni. Coraknya dipengaruhi oleh tempat ia dibuat, menjelaskan kenapa ada pelbagai jenis batik yang wujud di dunia. Namun, teknik untuk batik asal adalah sama, iaitu kain yang dicorak dengan lilin.
Pelbagai jenis batik dan motif batik telah dijual dan dipakai sepanjang zaman. Inovasi baru adalah jenis kain batik yang dicetak dengan mesin. Namun, permintaan batik yang dilukis dengan tangan masih tinggi disebabkan kehalusannya yang sukar untuk dikuasai tanpa latihan dan pengalaman yang khusus. Hal ini menjadikan batik lukis tangan tergolong di dalam jenis kain ekslusif dan mahal harganya di pasaran.
Walau banyak mana pun harga sepasang kain batik lukis tangan, hampir semua orang sekurang-kurangnya mempunyai sepasang baju batik dek kerana penggunaanya sangat meluas; daripada majlis rasmi hinggalah ke pakaian sehari-harian.
Sepertimana kain-kain untuk pakaian ekslusif yang lain, batik yang dicanting dengan tangan juga mempunyai cara penjagaannya khusus supaya coraknya kekal nampak elegan dan anggun tanpa luntur warnanya.
Tips Penjagaan Kain Supaya Corak Batik Tidak Luntur
Usahawan PeDAS, pengusaha batik lukis Kelantan dari Zieyra Design berkongsikan tips penjagaan kain motif batik untuk batik kain lukis tangan jenis cotton dan chiffon untuk pengetahuan kita semua.
- Kain batik yang dilukis dengan tangan hanya boleh dibasuh dengan tangan sahaja.
- Gunakan sabun yang khusus untuk dibasuh dengan tangan kerana sabun jenis ini mesra untuk pewarna pada kain dan tidak melunturkan. (Contohnya, Softlan.)
- Semasa menjemur kain batik jenis ini, kain dijemur dengan membiarkan bahagian dalam kain menghadap ke luar (diterbalikkan). In other words, inside-out position. Dengan cara ini, warna tidak mudah pudar kerana warna kurang tersejat dek dijemur di bawah panas matahari.
Zieyra Design adalah pengusaha batik lukis Kelantan. Berkecimpung dalam bidang ini selama lebih 5 tahun, Zieyra Design telah menghasilkan banyak batik ekslusif jenis cotton dan chiffon kepada peminat-peminat batik. Istimewanya pengusaha program usahawan PeDAS ini adalah prospek boleh membuat permintaan untuk pengusaha menghasilkan corak mengikut permintaan prospek itu sendiri.
Ingin mengenali pemilik batik kelantan ekslusif ini dengan lebih dekat atau membuat tempahan? Anda boleh melihat sampel rekaan dan menghubungi usahawan ini di:
Facebook: link
Instagram: link
WhatsApp: link
atau laman blog zieyradinicollection.blogspot.com
Alamat kedai
PT 9961
KG KEPAS APAM LATI,
17000 PASIR MAS
KELANTAN
Sekian sahaja dari Cik LIS. Jumpa lagi di siri usahawan PeDAS lain yang akan datang ya!
Program usahawan Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS), satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program anjuran kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) – link