Warna Baju Raya dan Tudung yang Sepadan

April 6, 2024 by No Comments

Dah beli baju raya ke belum tu semua? Sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut hari kemenangan untuk umat Islam. Agaknya apa ya warna baju raya tuan puan semua tahun ini? Semua dah ada idea ke nak sepadankan dengan tudung berwarna apa? Cik Luna masih memikirkan lagi ini.

Sekiranya tuan puan nak tahu warna apa yang sepadan untuk memeriahkan OOTD Raya nanti, jom baca artikel ini sehingga habis!

Seperti yang kita semua tahu, kalau warna baju serta tudung tidak sepadan boleh membuatkan kita moody dan juga nampak pelik. Tapi, jangan risau ya semua! Cik Luna akan kongsikan padanan warna seperti di bawah :

1. Sapphire Blue

warna baju raya

Warna sapphire blue ini sesuai dipadankan dengan tudung yang berwarna lebih kurang seperti oren bata. Warnanya sangat cantik dan tenang untuk dipakai.

2. Soft Yellow

Kuning lembut ini sangat sesuai dipakai sekiranya tuan puan semua risau akan cuaca panas. Hal ini kerana warna seterang kuning lembut tidak terlalu menyerap haba.

3. Merah Jambu | Warna Baju Raya

warna baju raya

Siapa masih ingat akan fenomena Barbie? Pakailah warna merah jambu dan padankan dengan tudung yang berwarna seperti pada gambar di atas! Cik Luna pasti sesiapa yang pakai ini akan jadi seperti patung Barbie pada hari Raya nanti!

4. Emerald Green

Sumber : Pinterest

Kepada yang suka dengan warna yang tenang di mata bolehlah pilih warna ini. Warna hijau yang menenangkan mata serta dipadankan dengan warna kehijauan yang lebih cair pasti bakal menarik perhatian.

5. Lilac | Warna Baju Raya

Warna baju raya

Sekiranya ada yang memakai warna Lilac pada hari Raya, anda semua boleh padankan dengan warna tudung yang seakan warna kuning keemasan. Anda yang memakai padanan warna ini pasti nampak eksklusif nanti!

Inilah padanan-padanan warna yang Cik Luna dapat kumpulkan. Sebenarnya banyak lagi warna-warna yang menarik tetapi Cik Luna akan kongsikan di artikel yang lain.

Cik Luna berharap padanan warna yang dikongsikan ini dapat memanfaatkan tuan puan untuk Raya kali ini.

Setakat ini sahaja perkongsian dari Cik Luna dalam artikel ini. Sekiranya anda mahukan artikel-artikel yang lebih banyak daripada kami, anda boleh layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.