Resepi Kopi Dalgona Viral Waktu Musim Covid 19
Secara tiba-tiba petang ni ramai kawan-kawan FB update kopi Dalgona yang mereka buat.
Sejak Movement Control Order dijalankan di Malaysia pada 18 Mac 2020, memang berita-berita di media sosial menjadi panduan kehidupan haha. Kopi Dalgona ni tak terkecuali.
Apa benda Kopi Dalgona ni?
Rupanya ia adalah inspirasi dari seorang Youtuber Korea bernama Ddulgi.
Video Kopi Dalgona beliau telah ditonton lebih daripada 3 million penonton.
Bunyi sudu dan gelas ini sangat menenangkan untuk meredakan kegusaran Covid-19 ini
Ddulgi
Resepi Kopi Dalgona Viral ni Mudah Aje
Campurkan 2 sudu kopi, 2 sudu gula dan 2 sudu air kemudian gunakan hand mixer untuk menggaul mereka bertiga.
Jika mahu kurang manis bolehlah kurangkan kuantiti gula.
Selepas semuanya digaul, tuangkan ke atas gelas yang sudah di tuang 3/4 susu cair. Hidangkan untuk keluarga buat minum petang pun sedap. Cicah pula biskut lutut.
Dalam kawalan pergerakan yang menyulitkan kita untuk melakukan senaman diluar, jangan minum kopi Dalgona banyak sangat. Tinggi kalorinya.
Kita bersama keluarga nak mencegah penularan virus Covid 19 dan tak mahu juga sakit lain menjengah keluarga kan.