Refurbished Laptop Ipoh | Most Recommended!
Tuan/Puan sedang mencari laptop yang under budget? Yelah… Sekarang kalau nak beli laptop baru, memanglah banyak pilihan. Tapi, harganya bukan main lagi! Cik Min faham sangattt! Jadi, ni Cik Min nak cadangkan sesuatu… Apa kata, Tuan/Puan beli je laptop refurbished di kedai laptop refurbished Ipoh yang best ni!
Nak tahu tak kedai laptop refurbished Ipoh mana pula yang Cik Min nak sembang kali ni? Haaa, kalau nak tahu, meh baca sampai habis…
Apa Itu Laptop Refurbished?
Mesti ramai yang kurang mengerti tentang jenis dan keadaan laptop, bukan? Jadi, Cik Min nak share jugalah dengan Tuan/Puan bahawa, terdapat 3 jenis keadaan laptop yang perlu Tuan/Puan ketahui.
Bukan apa… Mungkin dengan pengetahuan ini, Tuan/Puan boleh dapatkan laptop yang berkualiti baik dengan harga lebih murah pada masa akan datang.
Alright! Tiga benda yang Cik Min duk mention dari tadi ialah, brand new laptop, laptop refurbished dan laptop secondhand. Nak tahu dengan lebih lanjut? Jom sambung baca…
1. Brand New Laptop
Brand new laptop atau laptop baharu adalah, laptop yang berada dalam keadaan serba baharu. Bak kata orang, “baru keluar dari kilang” gitu… Belum pernah digunakan oleh sesiapa dan sememangnya bau kedai, haha! Harganya pula memang mengikut pasaran semasa. Kalau spek yang tinggi dan bagus, harga yang ditawar pun setanding dengan spek yang dimahukan.
2. Secondhand Laptop
Mesti ramai yang familiar dengan istilah secondhand ni … Tapi, Cik Min tetap nak terangkan! Bukan apa, takut ada yang masih tidak biasa pula dengan istilah secondhand ni. Untuk maklumat Tuan/Puan, istilah secondhand ini membawa maksud barang yang sudah dipakai. Kiranya, laptop secondhand ini merupakan laptop yang sudah dipakai oleh orang lain, dan telah dijual semula dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga asalnya. Kebiasaannya, laptop jenis ini akan dijual dalam kondisi laptop yang masih berfungsi dengan baik.
3. Laptop Refurbished
Apa tu refurbished, Cik Min?! Ini yang Cik Min nak cerita… Laptop jenis ini berbeza sedikit dengan jenis secondhand. Laptop refurbished ini membawa maksud, laptop yang telah diperbaharui! Biasanya, laptop jenis ini akan diimport dari luar negara tau…
Kenapa telah diperbaharui Cik Min? Sebab, berkemungkinan bahawa laptop tersebut mengalami sedikit masalah seperti keypad tertanggal, dan macam-macam lagi. Namun, ia telah diganti semula dengan barang atau spare part yang baru. Harganya pula akan jadi lebih murah berbanding harga laptop baharu.
Haaa, itu lah serba sedikit berkaitan 3 jenis keadaan laptop yang Tuan/Puan perlu tahu. Tapi, Tuan/Puan perlu berhati-hati ya, kerana ramai juga yang suka mengambil kesempatan dalam kesulitan kita ni… Oleh itu, perlu lebih alert dalam proses pembelian laptop nanti!
Ouh yaa… Sebelum Cik Min terlupa, bagi sesiapa yang mencari laptop refurbished terbaik di Ipoh, Cik Min tahu satu kedai yang sangat disyorkan oleh orang ramai tauuu… Jom Cik Min reveal!
Tuan/Puan Tahu Tentang Chip Computer?
Yeee... Chip Computer Ipoh tu! Cik Min dengar, mereka pun ada jual refurbished laptop tau! Wahhh… Bukan takat jual laptop brand new je, malah secondhand dan refursbished pun dorang ada. Memang hebat kedai laptop refurbished Ipoh yang satu ni! Bak kata orang Korea, daebakkk!
Nak tahu kenapa Cik Min suggest beli dengan Chip Computer ni? Salah satunya ialah, Tuan/Puan boleh walk-in dan tengok sendiri keadaan laptop yang Tuan/Puan berminat tu. Tak perlu nak risau scammer ke apa semua tu, sebab kedai laptop refurbished Ipoh, Chip Computer ini memang TRUSTED punyalahhh…
Kalau malas nak walk-in, Tuan/Puan pun boleh beli secara online dan terus laman portal Chip Computer. Di situ, Tuan/Puan boleh lihat juga antara servis yang ditawarkan tau! Testimoni dari pelanggan sebelumnya pun banyakkk. Bolehlah buat tambah keyakinan hati Tuan/Puan tu, hihi…
Lagi satu! Kalau Tuan/Puan terlalu sibuk sampai tiada masa untuk walk-in, mereka juga boleh hantarkan pembelian tersebut ke rumah Tuan/Puan tau… Satu Perak pun sanggu team Chip Computer jelajah! Tinggal beri alamat rumah aje. Senang cerita, memang terbaiklah kedai refurbished laptop Ipoh ni…
Ehhh, kejap! Ada lagi… Sememangnya khas untuk pembaca Lunastory! Tuan/Puan juga boleh claim E-Book daripada Chip Computer secara PERCUMA tentang “Tips Penjagaan Bateri Laptop” di sini. Fuh, dah lah servis tip top, lepas tu siap nak bagi pembaca Cik Min free gift pula lagi… Memang gempaklah Chip Computer!
Oleh itu, Cik Min akhiri dahulu perkongsian kali ini berkaitan kedai laptop refurbished terbaik di Ipoh ni. Untuk maklumat lanjut, boleh terus contact Team Chip Computer Encik Husni dan Puan Nisa’. Jumpa lagi di postingan yang seterusnya ya!
Mahukan lebih banyak info serta artikel-artikel menarik? Jom dapatkan semua itu di laman portal Lunastory.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.