Mee Sayur Kering Berkhasiat | Mee Sudin:PeDAS
Artikel “Mee Sayur Kering Berkhasiat | Mee Sudin:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.
Sayurrrrrrrr……..
Kecil-kecil dulu kan, liat betul nak makan sayur. Bila ada lauk sayur ni dah jadi macam kau pandang aku, aku pandang kau. Tenuuuuuung je lauk tu lama-lama. Manakan tidaknya, rasanya tidak seenak makanan yang boleh buat deria rasa kita ‘terangkat.’ Masam, manis dan masin tu kurang, terutamanya sayuran hijau.
Patut la selalu sembelit masa zaman kanak-kanak dulu. Sayur tak makan, buah dalam peti sejuk tak usik….
Bila dah besar, barulah pandai makan sayur. Itu pun sebab dah tahu sayur sedap ke, tak sedap ke, badan kita sangat memerlukannya. Nak bagi hilang rasa pahit asli sayur tu kadang-kadang, habis disauknya sayur tersebut sampai ke lantai pinggan untuk cicah budu atau sos (,Ծ_Ծ,)
Bunyi macam cliché sangat asyik tuduh budak-budak tak makan sayur kan? Tak ada modal lain ke kalaupun nak promote pembaca semua makan sayur? Hahaha (*≧▽≦)
Anyways…
Pengambilan sayuran di dalam diet seharian semestinya adalah saranan yang bagus untuk melahirkan generasi yang sihat. Sayuran seperti bayam, lobak dan labu kaya dengan zat, serat dan vitamin untuk sistem tubuh badan kita.
Bagi yang runsing dan sentiasa mencari kelainan di dalam diet atau pemakanan anda, mahukan anda mencuba mi yang diperbuat daripada jus atau ekstrak sayur-sayuran? Dan yang paling penting, ianya sedap, tanpa pewarna, pengawet dan tiada rasa pahit?
Memperkenalkan Mee Sudin – Mee Sayur Kering Berkhasiat!
Mee Sudin merupakan produk mi sayur keluaran Mee Sudin Food Industry. Beroperasi dari tahun 2016 dari Air Molek, Melaka, produk mi sayur ini medapat permintaan yang tinggi daripada penggemar makanan sihat!
Mee Sudin mempunyai 2 jenis mi; jenis basah dan jenis kering. Mi jenis basah berupa seperti mi kuning biasa, manakala mi kering pula adalah ala-ala mi atau pasta spaghetti ataupun yee mie/mi sanggul untuk hidangan sizzling kicap seperti di pasaraya.
Kanak-kanak juga menyukai produk mi sayur Mee Sudin!
Mi kering Mee Sudin juga mendapat tempat di hati penggemar masakan mi kering.
Kelainan lain mi kering Mee Sudin berbanding mi kering adalah selain teksturnya yang kenyal, ianya sudah cukup berperisa. Kekenyalannya adalah asli dan bukannya ditambah dengan bendasing seperti lilin (wax). Mi kering dari produk ini melalui proses pengeringan di bawah pancaran cahaya matahari dan seterusnya dikeringkan dengan oven atau ketuhar bagi menjadikan ianya kering.
Jadi, jika anda mahu membuat hidangan seperti sizzling cendawan ataupun hidangan mi yang selalunya kuat rasa perisanya, anda tidak perlu bimbang lagi! Anda juga boleh mengurangkan penggunaan rencah yang mungkin tinggi nilai kalorinya kerana mi kering ini sendiri sudah berperisa hasil daripada rasa sayuran itu sendiri.
Antara perisa mi kering yang ada dari Mee Sudin:
Mee bayam|Mee Sayur Lobak|Mee Labu
Untuk produk mi basah, ianya dijual pada harga RM3.50/pek dengan berat 400g. Manakala mi kering pula dijual pada harga RM5/pek dengan beratt daripada 200g hingga ke 220g. Khidmat penghantaran juga disediakan jika perlu.
Sekali pandang dekat laman-laman rasmi Mee Sudin ni pun dah tahu yang ia sememangnya rangkaian produk yang menjamin kepuasan dan kesedapan! Nak intai media sosial mereka untuk mengikuti promosi-promosi semasa, pertanyaan lanjut mahupun tempahan? Link di bawah ya:
Facebook|Instagram|Mee Sudin Homepage|WhatsApp
Nak singgah kedai? Ini alamatnya ya:
Mari baca artikel ini pula:
Entri ketiga|| Cara Membuat Mee Sayur | MS:PeDAS
Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]