Destinasi Bajet untuk Percutian Singkat
Anda sedang mencari destinasi bajet untuk percutian yang singkat? Cuti pendek dan bajet pula terhad? Jangan risau, Malaysia punya segalanya! Dari pantai yang cantik, bandar bersejarah, sampai ke kampung tenang penuh kehijauan, semua boleh dinikmati dengan bajet bawah RM200.
Sama ada anda mahu bercuti seorang diri, bersama pasangan, keluarga atau geng kawan, ada banyak tempat menarik yang tidak memerlukan kos tinggi. Paling best? Banyak lokasi ini boleh dicapai dalam masa beberapa jam sahaja dari Kuala Lumpur, sesuai untuk percutian hujung minggu atau cuti pendek.
Dalam artikel ini, Cik Luna senaraikan beberapa lokasi bajet terbaik di Malaysia lengkap dengan anggaran kos, tarikan utama dan tips jimat supaya anda boleh enjoy tanpa rasa bersalah.
Senarai Destinasi Bajet untuk Percutian Singkat:
1. Sekinchan, Selangor – Alam Semula Jadi & Suasana Kampung

Jika anda mahu lari dari kesibukan bandar dan mencari ketenangan, Sekinchan adalah lokasi day trip yang ideal. Terkenal dengan sawah padi luas terbentang, ia bukan saja menjadi tempat bergambar yang cantik, tapi juga lokasi santai yang menyegarkan.
Jangan lupa singgah ke Pantai Redang dan lihat sendiri rumah burung layang-layang yang banyak dibina di sini.
Anggaran bajet: RM50–RM100
Tarikan utama:
- Sawah padi luas & panorama kampung
- Pantai Redang
- Rumah burung layang-layang & hasil pertanian tempatan
Tips jimat:
Sekinchan sesuai untuk day trip dari KL, jimat kos penginapan. Bawa bekal makanan dan minuman sendiri untuk berkelah sambil layan pemandangan. Anda juga boleh bawa payung lipat untuk lindung diri dari panas matahari sambil posing di sawah.
2. Ipoh, Perak – Bandar Lama, Jiwa Muda | Destinasi Bajet untuk Percutian Singkat

Ipoh semakin popular sebagai destinasi pelancongan bajet dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga pelancong asing. Bandar ini terkenal dengan seni mural yang berwarna-warni di jalan-jalan belakang, terutamanya di sekitar Concubine Lane.
Selain daripada elemen estetika, makanan di Ipoh juga sangat ikonik dan mampu milik. Jangan lepaskan peluang mencuba nasi kandar, tau fu fah, dan kopi putih asli Ipoh.
Anggaran bajet: RM80–RM150 (untuk sehari)
Tarikan utama:
- Mural Art Street & Concubine Lane
- Pelbagai makanan popular
- Seni bina lama yang masih terpelihara
Tips jimat:
Untuk menjimatkan kos pengangkutan, anda boleh menaiki ETS dari Kuala Lumpur dan berjalan kaki mengelilingi bandar. Kebanyakan lokasi menarik berada dalam jarak berjalan kaki sahaja. Anda juga dinasihatkan membawa kipas tangan untuk kurangkan rasa panas kerana kawasan ini sesak dengan ramai orang.
3. Melaka – Bandar Bersejarah dengan Jiwa Makanan | Destinasi Bajet Untuk Percutian

Melaka memang tak pernah mengecewakan. Gabungan sejarah, seni bina lama, dan makanan tradisional menjadikan bandar ini antara tempat pelancongan paling popular di Malaysia. Terokai Rumah Terbalik Melaka, masuk ke Muzium Kapal, dan hayati peninggalan sejarah di A Famosa. Oh ya, jangan lupa cuba asam pedas Melaka yang memang power!
Anggaran bajet: RM80–RM150
Tarikan utama:
- Jonker Walk & A Famosa
- Muzium Kapal Flor de la Mar
- Asam pedas, cendol & kuih tradisional Melaka
Tips jimat:
Makan di gerai tempatan, bukan sahaja murah, tapi rasa pun padu! Sewa basikal untuk pusing bandar lama dengan mudah dan dinasihatkan memakai topi untuk lindung diri dari cuaca yang panas.
4. Pulau Pinang – Syurga Street Food & Seni Jalanan | Destinasi Bajet untuk Percutian Singkat

Destinasi bajet untuk percutian yang patut and pergi adalah Pulau Pinang kerana negeri ini memang syurga buat penggemar makanan. Dari Char Kuey Teow, Nasi Kandar, sehinggalah Pasembur, semuanya ada di sini.
Selain makanan, Penang juga terkenal dengan Street Art yang menarik serta tempat-tempat ikonik seperti Bukit Bendera dan Pantai Batu Ferringhi.
Anggaran bajet: RM100–RM200
Tarikan utama:
- Street food yang terkenal seantero dunia
- Lukisan dinding (street art) di Georgetown
- Bukit Bendera & Pantai Batu Ferringhi
Tips jimat:
Guna perkhidmatan awam seperti Rapid Penang untuk bergerak. Cuba street food di gerai, lebih murah dan autentik berbanding restoran besar. Jangan lupa untuk bawa Tripod untuk ambil gambar tanpa bantuan orang.
5. Kota Bharu, Kelantan – Warisan Budaya dan Makanan Tradisional

Bagi mereka yang ingin menyelami budaya tempatan dan merasai suasana yang lebih tenang, Kota Bharu adalah destinasi terbaik. Anda boleh mengunjungi Pasar Siti Khadijah untuk melihat pelbagai hasil jualan oleh wanita tempatan, dari makanan tradisional seperti nasi kerabu dan kuih muih, hingga ke batik dan songket buatan tangan.
Anggaran bajet: RM100–RM180 (untuk 2 hari 1 malam)
Tarikan utama:
- Pasar Siti Khadijah
- Nasi kerabu asli, batik & songket
- Suasana Islamik dan budaya tempatan yang unik
Tips jimat:
Penginapan di Kota Bharu tidak mahal, banyak homestay dan guesthouse bajet boleh ditemui sekitar bandar. Anda juga boleh menyewa motosikal untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan kos rendah.
Mencari destinasi bajet untuk percutian bukan lagi satu cabaran, ia kini menjadi gaya hidup! Dengan sedikit perancangan dan pilihan lokasi yang tepat, anda boleh menikmati pelbagai pengalaman menarik di Malaysia tanpa perlu berbelanja besar. Jadi, hujung minggu nanti nak ke mana?
Setakat ini sahaja perkongsian yang bertajuk “Destinasi Bajet Untuk Percutian Singkat” dari Cik Luna dalam artikel ini. Sekiranya anda mahukan artikel-artikel yang lebih banyak daripada kami, anda boleh layari laman portal Lunastory.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.