Bantuan B40 Tahun 2023

January 30, 2023 by No Comments

Bantuan kerajaan pada tahun ini akan menyasarkan kepada pelbagai kategori rakyat di Malaysia, dan antara bantuan tersebut adalah dikenali sebagai bantuan B40 tahun 2023.

Bantuan ini sedikit sebanyak akan membantu bebanan dari segi kewangan, mahupun keperluan harian buat golongan B40 yang kurang berkemampuan.

Di bawah kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim, bantuan yang disalurkan itu bermatlamat untuk membantu rakyat malaysia yang berada di dalam kesusahan, demi membami tahap kemiskinan di Malaysia yang kian berada di tahap membimbangkan.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) | Bantuan B40 Tahun 2023

Bantuan B40 Tahun 2023

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) merupakan bantuan yang diberikan kepada para pelajar berusia 7-17 tahun, iaitu tahun 1 sehingga tingkatan 5. Para pelajar telah pun menerima bantuan ini pada awal bulan Januari yang lalu secara one-off sebanyak RM150.

Bantuan B40 tahun 2023 ini amat membantu ibu bapa yang mempunyai kesukaran dalam membiayai kos persekolahan anak-anak mereka. Kelebihan BAP pada tahun ini adalah, ia tidak mempunyai had pendapatan ibu bapa sebagai syarat kelayakan penerimaan bantuan.

Bantuan B40 Tahun 2023

Wah! Jadi bukan B40 sahaja yang dapat menikmati bantuan ini malah semua ibu bapa dari pelbagai golongan!

Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu ibu bapa bagi keperluan persekolahan anak-anak mereka di awal tahun. Antara syarat dan kriteria kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

1. Murid warganegara Malaysia

2. Murid Tahun 1 sehingga Tingkatan 5, atau yang setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024

3. Murid bersekolah di:

  • Sekolah Kerajaan (SK)
  • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
  • Sekolah Agama
  • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
  • Sekolah Integriti
  • Sekolah Henry Gurney

Bantuan ini akan disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan Sekolah, dan pihak sekolah akan membuat agihan secara tunai kepada para pelajar.

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) | Bantuan B40 Tahun 2023

Bantuan Tunai Rakyat merupakan bantuan yang bakal disalurkan pada bulan Mac 2023. Namun atas dasar prihatin pihak kerajaan kepada para rakyat Malaysia, ia bayaran fasa pertama telah dipercepatkan pada bulan Januari 2023.

Bantuan ini juga disalurkan oleh kerajaan lebih awal, bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat banjir. Cik Min pasti, bantuan B40 tahun 2023 ini pasti akan meringankan bebanan kewangan rakyat!

Bantuan B40 Tahun 2023

Sebanyak 2 kategori yang akan terlibat dalam bantuan pembayaran fasa 1 iaitu:

1. Kategori Berkeluarga

Akan mendapat bantuan sebanyak RM300.

2. Kategori Bujang

Akan mendapat bantuan sebanyak RM100.

Rakyat Malaysia amat beruntung kerana mempunyai pemimpin yang prihatin tentang keperluan rakyat dan peka dengan situasi kewangan dan bencana yang berlaku di Malaysia. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Cik Min doakan semoga Malaysia sentiasa maju ke arah negara yang lebih stabil dari segi kewangan dan politik pada masa akan datang.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Bantuan B40 Tahun 2023”. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.