Door Gift Kacang Potong | Noors:PeDAS
Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Door Gift Kacang Potong | Noors:PeDAS” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.
Musim Wabak: Jadi ke Majlis Ni?
Semasa artikel ini sedang ditulis, wabak penyakit COVID-19 masih sedang hangat diperkatakan susulan daripada pengumuman daripada World Health Organization (WHO) mengisytiharkan penyakit ini berskala pandemik minggu ini. Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan sebarang jenis majlis perjumpaan bagi mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit peringkat global ini.
Berita sebegini mungkin bukan satu khabar gembira buat penganjur-penganjur majlis besar, terutamanya majlis-majlis keraian. Iyelah, bukan senang untuk buat perancangan sebegini. Nak tempah tempat pun kadang-kadang pun kena tempah setahun lebih awal jika tempat tersebut sangat strategik. Kalau tempahan dibuat dalam waktu wabak ini masih panas dan menular, semestinya ialah satu dilema buat penganjur untuk membatalkan atau menangguh majlis kerana bayaran yang dibuat awal mungkin hangus begitu sahaja.
Bagi yang baru nak simpan hajat nak buat majlis? Teruskan mengikuti perkembangan semasa di saluran-saluran yang boleh dipercayai ya. Barulah anda boleh merancang dengan hemahnya seperti cadangan tarikhnya dan sebagainya.
Bila dah ada cadangan tarikh, bolehlah anda mula merancang perlahan-lahan. Contohnya, tempat majlis, berapa ramai tetamu untuk diundang, pilihan buah tangan atau door gift untuk diberikan kepada tetamu dan sebagainya.
Berkata tentang isu door gift, Cik Lis pernah sebut di dalam artikel door gift yang lepas yang buah tangan berupa makanan sesuai untuk tetamu yang ramai yang datang dari jauh dan perlu mengembara lama sepanjang perjalanan. Hal ini kerana makanan sebegini boleh menjadi teman yang ideal untuk mengelakkan rasa bosan dan mengantuk, terutamanya yang memandu sendirian.
Jadi, mahukah anda mendengar salah satu cadangan door gift yang ideal untuk majlis keraian anda nanti? Didoakan agar segala kemelut wabak sudah ditahap yang terkawal pada hari majlis anda nanti ya.
Door Gift Kacang Potong
Kenapa kacang potong antara door gift ideal untuk tetamu yang hadir ke majlis anda? Kacang potong adalah sejenis manisan. Menghantar tetamu dengan sesuatu yang manis menghantar sebuah mesej yang jelas; tuan rumah berbesar hati menerima tetamu tersebut dan semoga majlis yang dirai itu adalah semanis buah tangan yang diberi dalam ingatan tetamu tersebut. Di negara Barat, manisan kacang (candied nuts) adalah buah tangan popular.
Usahawan PeDAS kita yang ini mengeluarkan pelbagai jenis produk kacang potong dan sedang makin meningkat naik namanya di seluruh Malaysia.
Kacang Potong Noor’s Cookies
Keistimewaan kacang potong Noor’s Cookies:
- keluaran Bumiputera
- ketebalan yang memuaskan (boleh dilaraskan jika ada permintaan khusus)
- dibungkus di dalam pek mudah dibawa
- jika ingin dibuat door gift, ada pilihan untuk rekabentuk ikut citarasa pelanggan
Pembekal Noor’s Cookies berpengalaman dalam menyediakan manisan seperti kek, kuih dan kacang potong sejak dari tahun 1985. Sekarang, perniagaan keluarga ini diambil alih oleh generasi kedua dan semakin berkembang dengan pengkomersialan besar-besaran kacang potong di kilang mereka di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Dengan erti kata lain, pesanan dalam kuantiti yang besar untuk produk kacang potong Noor’s Cookies – sesuai untuk hadirin majlis perkahwinan dan beberapa majlis keraian besar yang lain!
Ingin mengintai produk-produk lain usahawan PeDAS ini? Ataupun ingin merasa sampel, pertanyaan lanjut dan sebagainya? Anda boleh ikuti mereka di laman media sosial di:
Ataupun, kunjungi kedai mereka di alamat ini:
LOT 4, ZON PEMPROSESAN MAKANAN GENTING, JALAN PERMATANG TEPI, 11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG
Entri pertama|| Kacang Potong Noors Cookies | Usahawan PeDAS
Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]