Cara Memakai Tanjak Kanak-Kanak Momazing | PeDAS

February 11, 2020 by No Comments

Artikel “Cara Memakai Tanjak Kanak-Kanak Momazing | PeDAS” ini merupakan entri terakhir untuk usahawan ini di dalam siri pengenalan usahawan luar bandar di bawah program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS). Anda boleh membaca ulasan lanjut mengenai program ini di bahagian nota kaki artikel ini.

Jika anda terlepas membaca entri terdahulu, dibawah ini ada disediakan link untuk entri pertama dan kedua siri usahawan ini:

Usahawan PeDAS – Momazing Tanjak Melayu Asli

Usahawan PeDAS Momazing – Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin Malaysia


Pengenalan

Tanjak secara umumnya adalah aksesori jenis kain yang dipakai oleh kaum lelaki. Tanjak yang direka oleh Momazing mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

Tanjak Momazing dijahit kemas dengan benang dan kain berkualiti, dan dawai dijahit kemas pada tanjak membantu tanjak kekal cantik dipakai setiap hari tanpa mudah rosak. Tips penjagaan tanjak turut disediakan oleh Momazing dan mampu di ikuti oleh pengguna sekiranya berlaku kerosakan pada tanjak.

Tanjak Kanak-kanak Momazing adalah Tanjak Boleh Laras

Tanjak Momazing adalah jenis tanjak boleh laras. Saiz kepala boleh laras memastikan pengguna sesuai dan selesa memakai tanjak mengikut saiz kepala pengguna.mudah di ketatkan atau dilonggarkan mengikut kesesuaian pengguna.

Antara barisan tanjak Momazing kanak-kanak adalah seperti di bawah ini:

Cara Memakai Tanjak Kanak-Kanak-4
Cara Memakai Tanjak Kanak-Kanak-5
Cara Memakai Tanjak Kanak-Kanak-6
Cara Memakai Tanjak Kanak-Kanak-7

Model Tanjak Momazing memakai tanjak yang dishare di laman rasmi Instagram mereka:

Video pengenalan produk Tanjak Momazing yang menerangkan ciri-ciri tanjak dalam bentuk interaktif dan informatif. (sumber: Laman rasmi Momazing)


Cara Menyarung Tanjak Kanak-kanak Dengan Betul

Sebagai salah satu pembekal tanjak di Malaysia, semestinya Momazing perlu tahu akan asas pemakaian tanjak dan falsafah disebalik simpulan tanjak bagi membolehkan pembikinan produk tanjak moden yang dipasarkan oleh mereka. Berikut merupakan cara memakai tanjak kanak-kanak yang betul.

Cara Memakai Tanjak Kanak-Kanak-1
^ Ini adalah bahagian depan tanjak (daun)
Cara Memakai Tanjak Kanak-Kanak-2
^ Ini pula adalah bahagian tengah tanjak
Cara Memakai Tanjak Kanak-Kanak-3
^ Dan ini adalah bahagian yang mempunyai pucuk (bahagian menegak). Di sini juga ada bahagian simpulan yang boleh laras.

|1|Tanjak dipakai di kepala

Dah siap letakkan di kepala? Beres.

|2|Laraskan saiz Tanjak mengikut kesesuaian saiz kepala pemakai

Tanjak perlu dilaras agar selesa dipakai oleh pemakai tanjak. Caranya adalah dengan menarik atau menolak kain Tanjak di bahagian simpulan yang di panggil pucuk.

|3|Pastikan simpulan Tanjak ( Pelaras/ Pucuk) berada di kedudukan Kanan kepala atau betul² berada di belakang cuping telinga Kanan.

Self-explanatory.

|4|Kedudukan simpulan Tanjak ini penting kerana memiliki maksud tersendiri mengikut gaya pemakai.

Falsafah atau maksud di sebalik kedudukan simpul tanjak.

|4.1|Simpul Tanjak / Pucuk berada di sebelah Kanan /belakang cuping telinga kanan.

Maksud – Pemakai benar-benar selari dan seiring mengikut arahan Pemerintah ( Sultan), Taat Dan setia kepada Raja & Negara.

|4.2|Simpulan Tanjak / Pucuk berada di kedudukan belakang kepala.

Maksud – Pemakai Derhaka kepada Sultan, Memberontak Dan tidak selari dengan Pemerintah (Sultan) ketika itu.

|4.3|Simpulan Tanjak / Pucuk berada di Dahi depan kepala.

Maksud – “Amuk” – Apa nak jadi ,maka jadilah! ”

|4.4|Simpulan Tanjak/ Pucuk berada di sebelah Kiri kepala.

Maksud – Pemakai tidak selari/seiring dengan arahan Pemerintah ( Sultan )

4.2 dan 4.4 ni bagi Cik LIS mungkin sesuai buat pemakainya yang sedang berlakon watak-watak antagonis dalam sejarah kot kan… Kalau tidak, tak adanya ditegah langsung daripada memakai sedemikan rupa kan?

Hahaha…

|5|Letak Tanjak di tempat yang bersih dan suci seperti anda menjaga kopiah/ songkok.

Self explanatory.


Ramai pelanggan berpuas hati dengan servis tanjak kanak-kanak daripada Momazing ini. Lihat sahajalah testimoni pelanggan mereka yang membeli tanjak Momazing secara online di Shopee ini! [link]:

Jika anda berminat dengan produk usahawan tanjak kanak-kanak ini, anda boleh mendapatkannya secara online di platform Shopee Momazing di sini [link].

Ataupun, follow mereka di media sosial untuk mendapatkan promosi terkini tentang produk tanjak ini di laman rasmi Facebook dan Instagram Momazing.

Link-link berguna untuk anda: WhatsApp (Zulqarnain) | Facebook | Instagram | Shopee |


Sekian daripada Cik LIS. Jumpa lagi di siri usahawan PeDAS yang lain akan datang nanti ya (。•̀ᴗ-)✧


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.