Kacang Potong Noors Cookies | Usahawan PeDAS
Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Kacang Potong Noors Cookies | Usahawan PeDAS” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.
Melihat profil dan produk penuh usahawan PeDAS yang ini, Cik Lis teringat zaman kecil dahulu kacang potong sangat mudah untuk didapati. Kalau pergi ke kedai runcit, mesti ada kacang potong dalam balang, di atas kaunter bayaran. Hampir setiap hari kacang potong dibeli. Mana tidaknya, harganya dulu dalam 5 sen sepotong kecil. Jadilah nak buat lepas rasa mengidam dan penat seharian di sekolah.
Sekarang Cik Lis dah jarang jumpa. Namun rasanya sampai sekarang masih segar di ingatan. Ketebalannya memang tak boleh bawa bincang, tapi rangup. Semanis karamel, dan kacangnya penuh.
Masih adakah pengeluar kacang potong yang menjual produk kacang begini?
Kacang Potong Noors Cookies: Kacang Potong Legend
Seperti yang tertera di logo rasmi Noor’s Cookies, jenama ini telah menapak di Malaysia lebih dari sedekad. Bermula dari Balik Pulau, Pulau Pinang, produk Noor’s Cookies semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dengan produk komersial besar-besaran kacang potongnya.
Wajah Di Sebalik Noor’s Cookies
Shah Nor Azdzilawaty Binti Shahrani adalah generasi kedua produk Noor’s Cookies sejak dari tahun 2008 mewarisi perniagaan keluarganya. Noor’s Cookies bukan sahaja mengusahakan produk kacang potong atau kacang bergula, malah mereka juga adalah pengusaha kek dan kuih serta biasa menguruskan pesanan-pesanan kek untuk majlis-majlis besar.
Kacang potong komersial Noor’s Cookies adalah di dalam bentuk pek mudah dibawa ke mana-mana; sesuai dengan gaya hidup masa kini.
Produk kacang potong Noor’s Cookies sering menjadi tempat untuk lawatan dan sesuai untuk menerima lawatan dalam kumpulan yang besar juga.
Rata-rata pelanggan memuji produk daripada Noor’s Cookies: Klik Review
Kata-kata inspirasi yang menjadi pegangan untuk pengasas Noor’s Cookies
Semoga impian usahawan PeDAS ini untuk menembusi pasaran kacang potong ke peringkat global Muslim terutamanya tercapai.
Ingin mengintai produk-produk lain usahawan PeDAS ini? Ataupun ingin merasa sampel, pertanyaan lanjut dan sebagainya? Anda boleh ikuti mereka di laman media sosial di:
Ataupun, kunjungi kedai mereka di alamat ini:
LOT 4, ZON PEMPROSESAN MAKANAN GENTING, JALAN PERMATANG TEPI, 11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG
Cik Lis akan sambung tentang produk kacang potong atau kacang gula ini di entri berikutnya ya:
Entri Kedua|| Door Gift Kacang Potong | Noors:PeDAS
Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]