Tips Mudah Tarik Pelanggan ke Kedai Makan

October 28, 2021 by No Comments

Usahawan merupakan salah seorang pemilik kedai makan? Namun, masih belum tahu tentang tips mudah tarik pelanggan ke kedai makan? Banyak perkara yang mungkin sudah usahawan lakukan, salah satunya membuat promosi terhadap perniagaan usahawan, tetapi adakah sambutan perniagaan usahawan masih kurang memberangsangkan?

Bagi menarik pelanggan berkunjung ke kedai makan usahawan, tidak semestinya melalui pemasaran sahaja. Usahawan boleh juga melakukan perubahan terhadap perniagaan usahawan. Jangan risau! Dalam entri kali ini, Cik Min akan kongsikan beberapa tips yang berguna untuk memikat hati pelanggan datang ke kedai makan usahawan.

Sebelum itu, Cik Min telah kongsikan tips menarik pelanggan ke kedai makan, boleh rujuk di sini. Tips yang bakal Cik Min kongsikan ini pula merupakan tips bonus untuk usahawan supaya dapat menarik lebih ramai lagi pelanggan datang ke kedai makan usahawan. Cik Min dapat maklumat ini daripada laman Instagram yang sangat berjaya dalam online marketing iaitu Lunaworks.co!

6 Tips Mudah Tarik Pelanggan ke Kedai Makan

Cik Min nak beritahu kepada usahawan, usahawan boleh cuba menaik taraf dahulu kemudahan yang ada dalam kedai makan usahawan dengan menggunakan tips yang Cik Min kongsikan ini supaya lebih ramai lagi pelanggan yang datang ke kedai makan usahawan. Jadi, tidaklah perniagaan kedai makan usahawan “suram” sahaja kan?

Tips Mudah Tarik Pelanggan ke Kedai Makan

1. Sediakan Surau untuk Kemudahan Pelanggan Beragama Islam

Mengikut tips mudah tarik pelanggan ke kedai makan, perkara penting yang usahawan boleh lakukan ialah menyediakan surau untuk kemudahan pelanggan yang beragama Islam dalam kedai makan usahawan. Hal ini kerana, pelanggan yang berkunjung ke premis perniagaan usahawan tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke masjid atau perhentian rehat yang lain.

Sebagai pelanggan, Cik Min rasa lebih mudah sekiranya kedai makan usahawan menyediakan surau berbanding kedai makan yang tidak menyediakannya. Surau di kedai makan usahawan tidak perlulah terlalu besar, biar ia memadai dan selesa untuk Muslim di luar sana menunaikan kewajipan mereka. Jadi, Cik Min rasa kedai makan yang mempunyai surau ini merupakan list kedai makan yang pelanggan patut pergi!

Tips Mudah Tarik Pelanggan ke Kedai Makan

2. Tips Mudah Tarik Pelanggan ke Kedai Makan – Kemudahan Wi-Fi kepada Pelanggan Tanpa Had

Bercakap mengenai servis, usahawan boleh menyediakan kemudahan wi-fi kepada pelanggan tanpa had. Setiap pelanggan terutamanya generasi muda, tentunya lebih selesa untuk melayari internet dan bermedia sosial sekiranya terdapat kemudahan wi-fi di kedai makan usahawan.

Selain itu, sekiranya kedai makan usahawan mempunyai kemudahan wi-fi ianya akan menjadi salah satu tempat berkumpul atau lepak yang dijadikan pilihan. Lihat sahaja, kedai makan yang menyediakan wi-fi di luar sana ramai pelanggan, bukan?

Tips Mudah Tarik Pelanggan ke Kedai Makan

3. Sediakan Tandas kepada Setiap Golongan Termasuk OKU

Tips lain yang usahawan perlu highlightkan ialah menyediakan tandas kepada setiap golongan termasuk golongan OKU. Nampak seperti biasa sahaja, namun usahawan perlu lebih peka untuk memberikan kemudahan sedemikan kepada pelanggan. Pelanggan yang lebih berumur dan OKU memang memerlukan tandas dengan rekaan yang agak berlainan. Ia bagi memudahkan mereka supaya mereka tidak lagi bersusah payah untuk berkongsi tandas dengan orang biasa.

Usahawan juga perlu menyediakan setidak-tidaknya dua tandas yang mencukupi bagi mengelakkan orang lain beratur untuk menunggu.

Tips Mudah Tarik Pelanggan ke Kedai Makan

4. Tips Mudah Tarik Pelanggan ke Kedai Makan – Jumlah Parking Kereta yang Mencukupi

Sebagai seorang usahawan, anda perlu menyediakan jumlah parking kereta yang mencukupi agar lebih ramai pelanggan datang ke kedai makan usahawan. Sekiranya, kedai makan usahawan memang sudah terkenal, mesti ramai yang datang berkunjung ke kedai makan usahawan, bukan? Kalau parking untuk meletakkan kereta kurang, mesti pelanggan akan lari. Rugilah usahawan. Jadi, tambah lagi tempat parking kereta ya!

Tips Mudah Tarik Pelanggan ke Kedai Makan

5. Kemudahan untuk Refill Air Sejuk dan Panas

Tips yang seterusnya ini perlu juga usahawan aplikasikan dalam kedai makan usahawan iaitu menyediakan kemudahan untuk refill air sejuk dan panas. Cik Min percaya pelanggan di luar sana memang suka sekiranya ada kedai makan yang berbuat demikian. Mestilah kan, apabila pelanggan kehabisan air yang dipesan, mereka dahaga dan boleh terus refill air sejuk atau air panas.

6. Gunakan Muzik untuk Hidupkan Suasana dalam Kedai Makan

Tak lengkap kedai makan tanpa sebarang bunyi atau muzik, bukan? Cik Min lebih suka sekiranya kedai makan usahawan menggunakan muzik untuk hidupkan suasana dalam kedai makan tersebut. Pelanggan lain pun tentu ada cita rasa yang sama macam Cik Min.

Kedai makan usahawan tidak perlulah memasang muzik dengan terlalu kuat, cukup sekadar enak didengar di telinga sahaja. Mesti layan punya sambil makan pula makanan yang sedap di kedai makan usahawan. Pelanggan mesti repeat lah berkunjung ke kedai makan usahawan selepas ni! Usahawan tidak perlu gusar lagi, dengan menggunakan tips mudah tarik pelanggan ke kedai makan tentunya dapat membantu perniagaan usahawan.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Tips Mudah Tarik Pelanggan ke Kedai Makan kali ini. Diharapkan agar artikel ini berguna untuk memberikan panduan buat para usahawan di luar sana. Baca juga entri terbaru tentang tips online marketing di sini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.