Tips Menarik Pelanggan Melalui Pemasaran Media Sosial

November 1, 2021 by No Comments

Usahawan di luar sana memang kebanyakannya mungkin sudah tahu tentang tips menarik pelanggan melalui pemasaran media sosial, bukan? Ya, pemasaran merupakan sesuatu yang sangat penting untuk meningkatkan jualan perniagaan usahawan. Dengan itu, usahawan boleh melakukan apa sahaja cara termasuk membuat pemasaran media sosial.

Sebagai usahawan, anda mesti tahu platform media sosial memang sangat membantu untuk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan kepada pelanggan. Jadi, melalui posting kali ini Cik Min nak kongsikan beberapa tips menarik pelanggan melalui pemasaran media sosial.

Sebelum itu, Cik Min pernah berkongsi tentang tips mudah tarik pelanggan ke kedai makan. Usahawan boleh rujuk pautan di sini. Tips yang bakal Cik Min kongsikan ini pula merupakan tips tambahan untuk membantu usahawan menarik lebih ramai lagi pelanggan agar berminat dengan perniagaan usahawan. Tips ini tentunya Cik Min dapat melalui laman Instagram Lunaworks.co.

7 Tips Menarik Pelanggan Melalui Pemasaran Media Sosial

Tips-tips yang bakal Cik Min kongsikan di bawah ini merupakan salah satu usaha penting yang usahawan dapat lakukan untuk menarik pelanggan berminat dengan perniagaan usahawan.

Tips Menarik Pelanggan Melalui Pemasaran Media Sosial

1. Buat Live di Media Sosial untuk Hebahan Mengenai Perniagaan

Perkara pertama yang usahawan boleh lakukan ialah membuat live di platform media sosial usahawan sebagai hebahan mengenai perniagaan yang usahawan usahakan. Hal ini penting, kerana melalui live di media sosial seperti Instagram dan Facebook akan membuatkan ramai pelanggan tahu tentang perniagaan usahawan.

Sekiranya usahawan menjual produk berasaskan makanan atau membuka kedai makan, usahawan boleh menunjukkan secara langsung produk makanan usahawan tersebut. Pelanggan juga dapat melihat dengan jelas produk usahawan itu dan sekiranya pelanggan berminat, mereka akan terus order produk tersebut.

Tips Menarik Pelanggan Melalui Pemasaran Media Sosial

2. Gunakan Khidmat “Influencer” Media Sosial untuk Mempromosikan perniagaan

Pada zaman sekarang ini, ramai usahawan yang menggunakan khidmat influencer media sosial untuk mempromosikan perniagaan. Usahawan pun boleh juga lakukan sedemikian! Dengan pengaruh dan bilangan followers seorang influencer yang tinggi dan terkenal tersebut dapat memikat hati para pelanggan agar produk perniagaan usahawan laris di pasaran.

Tips Menarik Pelanggan Melalui Pemasaran Media Sosial

3. Tips Menarik Pelanggan Melalui Pemasaran Media Sosial – Optimumkan Kekerapan Siaran Anda

Sebagai usahawan yang ingin berjaya dalam perniagaan, anda mesti mengoptimumkan kekerapan pada siaran usahawan. Usahawan perlu melakukannya sebanyak yang mungkin dalam sehari atau seminggu. Hal ini dapat memastikan pelanggan mengetahui tentang perkembangan terkini perniagaan usahawan khususnya tentang produk atau perkhidmatan yang usahawan sediakan.

Tips Menarik Pelanggan Melalui Pemasaran Media Sosial

4. Berkongsi Kandungan Visual yang Menarik di Media Sosial

Perkara ini juga perlu usahawan tekankan dalam perniagaan usahawan iaitu berkongsi kandungan visual yang menarik di media sosial. Tentunya, ramai pelanggan akan tertarik dengan produk usahawan apabila visual atau gambar yang dipersembahkan berkualiti dan menarik.

Seterusnya, usahawan boleh menggunakan apa sahaja aplikasi untuk proses edit bagi mencantikkan lagi visual sesuatu produk tersebut.

Tips Menarik Pelanggan Melalui Pemasaran Media Sosial

5. Tips Menarik Pelanggan Melalui Pemasaran Media Sosial – Gunakan Instagram sebagai Platform “Branding” Perniagaan

Usahawan boleh menggunakan Instagram usahawan sebagai platform “branding” perniagaan usahawan. Hal ini demikian dikatakan kerana, Instagram merupakan medium penting dan popular dalam kalangan usahawan bagi mempromosikan dan penjenamaan produk.

Tips Menarik Pelanggan Melalui Pemasaran Media Sosial

6. Promosikan Perniagaan Melalui Emel kepada Pelanggan

Ramai usahawan di luar sana kurang menggunakan cara ini bagi menarik pelanggan. Namun, usahawan perlu mempromosikan perniagaan usahawan melalui emel secara terus kepada pelanggan. Jadi, pelanggan akan mudah “alert” akan maklumat terbaru tentang produk usahawan.

7. Create Facebook Group untuk Bina Jalinan Perniagaan

Usahawan boleh mengaplikasi tips yang terakhir ini iaitu create Facebook group untuk bina jalinan perniagaan. Selain platform lain yang usahawan selalu gunakan, usahawan boleh juga bina dan aktif di Facebook group untuk rakan perniagaan usahawan seperti dropship, agent dan sebagainya. Hal ini dapat memastikan rakan perniagaan usahawan mendapat input dan output yang penting mengenai info semasa dan produk perniagaan usahawan.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Tips Menarik Pelanggan Melalui Pemasaran Media Sosial kali ini. Diharapkan agar artikel ini berguna untuk memberikan panduan buat para usahawan di luar sana. Baca juga entri terbaru tentang tips online marketing di sini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.