Tips Memilih Pakaian Muslimah |Cetusan Hatie :PeDAS

March 26, 2020 by No Comments

Artikel “Tips Memilih Pakaian Muslimah| Cetusan Hatie:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Prekhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Pengenalan

Fesyen patuh syariah menutup aurat bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang remeh. Kepesatan fesyen untuk Muslimah mula mendapat nama apabila e-commerce mula diperkenalkan, menjadikannya suatu medium untuk cepat menembusi pasaran di dalam mahupun di luar negara. Maka, wujudlah slanga baru yang masih digunapakai sehingga hari ini – hijabista!

Di Malaysia, mungkin ada sesetengah di antara kita yang rasa terbeban jika adanya peraturan yang menetapkan untuk mengikut kod pakaian tertentu dan ianya bercanggah dengan pilihan pakaian kita kebiasaan. Contohnya, kita biasa memakai baju labuh hingga menutup punggung dan sangat longgar. Tetapi, ianya berbahaya dan melanggar garis panduan keselamatan seperti OSHA misalnya jika anda bekerja atau perlu masuk di tempat yang berisiko tinggi seperti tapak pembinaan, kilang dan sebagainya.

Jadi, artikel kali ini lebih kepada menyenaraikan dulu asas kepada pemakaian patuh syariah untuk kaum Muslimah agar ianya dapat menjadikan panduan dalam pemilihan pakaian untuk setiap situasi.

Tips Memilih Pakaian Muslimah

Tidak salah jika kita refresh balik ilmu Fiqh sebagai tips memilih pakaian muslimah bersama. Bagi tujuan ini, rujukan dibuat berdasarkan ringkasan garis panduan yang diterbitkan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurut S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri (2016), antara peraturan yang ditetapkan oleh syarak walaupun dengan fesyen terkini adalah:

[1] Bagi perempuan beragama Islam, aurat (kawasan yang perlu ditutup) adalah muka dan kedua tapak tangan.

[2] Bahagian aurat ditutup sepenuhnya. Tiada kompromi. Tidak boleh terdedah. Penerangan lebih terperinci adalah dibahagian seterusnya.

Tips Memilih Pakaian Muslimah-1

[3] Pakaian tersebut tidak menampakkan warna kulit.
Ini bermakna, nipis sangat adalah terlalu bahaya. Kain-kain seperti organza misalnya seeloknya digandingkan dengan inner dalam, jika masih ingin mengenakan pakaian dengan material kain sebegini. Inner dalam juga telah melalui evolusi yang lebih baik seperti sejuk dan tidak berkuak jika berpeluh.

[4] Tidak terlalu ketat sehingga menampakkan tubuh badan.

[5] Tidak berhias dan tidak menggunakan wangi-wangian dengan tujuan menarik perhatian lelaki. Jadi, niat nak berfesyen ini kena lah selain daripada yang telah digariskan ini ya.

[6] Tudung hendaklah melepasi paras dada. Nak lilit 10 kali pun boleh, tetapi mesti cover bahagian dada ya. Baca balik [3] hingga [5] untuk point ini.

Tips Memilih Pakaian Muslimah-2

Cadangan contoh penyesuaian atau adjustment yang boleh dilakukan:

Jawapan untuk contoh yang diberikan di bahagian pengenalan artikel ini tadi sudah memberikan gambaran jelas yang anda boleh membuat adjustment berdasarkan garis panduan yang tertakhluk kepada syarak. Tak labuh sangat tak mengapa, tetapi jangan terlalu ketat, tidak menampakkan warna kulit dan tudung melitupi dada.

Kalau rasa tudung anda berpotensi ditiup angin dan berpotensi untuk tersangkut di mesin-mesin jentera misalnya, gunakan pin dan pinkan ia ke baju anda, terutamanya di bahagian yang mengerbang dan mungkin tersangkut itu.

Nak berenang tetapi kolam renang ada syarat ketat berpakaian renang? Tiada masalah. Samada beli burkini ataupun beli baju renang dan buat adjustment.

*Sumber rujukan: IRSYAD AL-FATWA KE-140: HUKUM MEMAKAI PAKAIAN WANITA MENGIKUT FESYEN MODEN, 2 NOVEMBER 2016 (muftiwp.gov.my)


Usahawan PeDAS Cetusan Hatie mengeluarkan fesyen patuh syariah untuk kaum wanita Muslimah. Antara kelebihan yang terdapat pada fesyen Cetusan Hatie adalah pada material kainnya yang bukan sahaja sejuk, malah tidak perlu diseterika serta ready solat.

Pakaian Muslimah Cetusan Hatie featured

Ingin melihat dengan lebih lanjut design-design yang ada atau mengetahui promosi-promosi semasa? Layari laman-laman ini:

Facebook|Instagram|Cetusan Hatie Homepage|WhatsApp

Ataupun, singgah di butik HQ mereka di sini!

No 53 A-B, JALAN PERDANA 2, PUSAT PERNIAGAAN SLIM PERDANA, SLIM RIVER, 35800, SLIM RIVER, PERAK, MALAYSIA.

Sekian sahaja dari LunaStory untuk siri usahawan PeDAS Cetusan Hatie. Jumpa lagi di siri usahawan PeDAS lain yang akan datang ya!

Anda boleh membaca profil penuh usahawan ini di link dibawah:

Entri pertama|| Pakaian Muslimah Cetusan Hatie | PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.