Tips Ajar Anak Jimat Bermula dari Rumah

August 1, 2017 by No Comments

Tips Ajar Anak Jimat dengan Efektif

Tips Ajar Anak Jimat ni memang tips yang ibubapa perlukan. Setiap hari sebagai ibubapa kita akan terus belajar perkara baru kan.
Tak dapat buat semua, buat satu satu dahulu.

Tips ajar anak jimat yang Pertama #1

Simpan duit RM1 setiap hari.
Semua ahli kelarga perlu menyimpannya didalam ‘tabung keluarga’. Tabung keluarga ni letak di ruang tamu atau tempat yang mudah dilihat ahli keluarga.

Wang dalam tabung ini tidak boleh dikeluarkan kecuali berlaku 2 perkara iaitu sakit atau kematian.

tips ajar anak jimat

Sekiranya anda mempunyai 3 orang anak, ini bermakna anda mempunyai 5 orang dalam keluarga.
RM5 sehari mengumpulkan RM150 sebulan dan menghasilkan RM1800 setahun!

Setelah 10 tahun mengamalkannya-anda sekeluarga akan dapat menyimpan sebanyak RM18,000. Tahniah!

Banyak kan dapat RM18,000 dengan tips ajar anak jimat!

Kalau nak paling best, buat rekod iaitu tandakan dalam jadual selepas semua orang masukkan duit kedalamnya.
Anak-anak pun terbiasa nak simpan duit berbanding membelanjakannya.

Tips Ajar Anak Jimat #2

“Mommy, hari dah nak hujan jadi kita tak boleh keluar main kat luar petang ni” adu si anak semasa kita pulang dari kerja.

Mari ajak anak manfaatkan air hujan.
Berjimat dan beraktiviti dengan anak kecil lebih menyeronokkan.

Sediakan baldi kecil dan ajak mereka meletakkan baldi di tempat yang boleh menakung air hujan yang bakal turun nanti.
Air hujan yang ditakung itu nanti boleh digunakan untuk menyiram pokok, membasuh kereta mahupun menyiram lantai porch yang dikencing kuncing jiran -hihi

Jadikan langit yang mendung sebagai sesuatu yang menggembirakan seisi keluarga.

Ajar anak berjimat dan dalam masa yang sama menyelamatkan alam sekitar kita untuk generasi yang seterusnya.

Tips Ajar Anak Jimat Ketiga #3.

Jangan pasang aircond, gunakan kipas.

Buka tingkap dan beri udara luar masuk.
Udara di Malaysia membuatkan kita rasa nak pakai aircond setiap masa kan?
Tapi cuba amalkan guna tingkap dan kipas supaya kedinginan itu dapat dirasai dan dihayati.
Anak-anak melihat dan belajar berjimat dari ibubapanya sendiri.

tips ajar anak jimat

Kita mulakan dahulu ya.

Kalau nak buat aktiviti dan nak bawa anak-anak, boleh ke Perpustakaan Shah Alam. Klik sahaja untuk membaca entrinya.

Jimat duit tak payah beli susu masa anak kecil, baca di blog Lunatots.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.