TikTok Marketing di Tahun 2023

January 17, 2023 by No Comments

Pada tahun 2022, TikTok berjaya menguasai trend media sosial sebagai platform paling popular mengatasi Instagram dan Facebook yang dahulunya lebih digemari oleh penduduk di Malaysia. Kini, ia juga telah menjadi salah satu medium hiburan dan peluang pemasaran yang boleh dimanfaatkan ramai. Jadi, apa yang kita boleh jangkakan daripada TikTok dalam segmen marketing di Tahun 2023?

TikTok mula meningkat naik sejak pandemik 2020 yang melanda dunia. Pada awalnya, ia dibina khusus kepada pengguna telefon pintar sebagai platform hiburan. Walau bagaimanapun, ciri yang ditawarkan oleh TikTok semakin pelbagai, daripada penjualan, pengiklanan, penstriman langsung dan banyak lagi.

Tuan Puan boleh pergi ke pautan di bawah untuk mengetahui tentang laporan TikTok’s 2023 What’s Next Trend. Laporan tersebut menjelaskan bagaimana sentimen sosial dan budaya tertentu berubah, dan bagaimana cara perubahan ini akan mempengaruhi cara usahawan mendekati pengguna TikTok bagi tahun 2023.

TikTok’s 2023 What’s Next trend Report

Memanfaatkan TikTok Marketing untuk Jenama Sendiri

Terdapat tiga cara yang biasa digunakan oleh sesebuah jenama dalam memasarkan produknya melalui TikTok, iaitu:

1. Membuat TikTok Business Account bagi membolehkan akses kepada keseluruhan ciri-ciri khas serta TikTok Analytics.

2. Bekerjasama dengan influencer yang berpengaruh untuk meluaskan capaian audiens.

3. Menggunakan khidmat TikTok Ads bagi mendapatkan lebih ramai pengikut.

Apa yang Menjadikan TikTok Berbeza daripada Platform Lain?

TikTok Marketing di Tahun 2023

TikTok dikenali sebagai platform media sosial yang digunakan untuk mencari hiburan dan menghasilkan idea-idea yang kreatif. Ciri istimewa inilah yang kemudiannya menjadi salah satu sebab TikTok semakin meningkat popular sehingga ke hari ini.

TikTok juga lebih cenderung menyampaikan konten-konten yang berdasarkan perkara yang pengguna sukai, bukannya bergantung kepada siapa yang pengguna gemari sahaja. Dalam erti lain, untuk mendapat capaian yang tinggi, populariti nama juga tidak begitu memberikan impak yang tinggi.

Jika kandungannya menarik dan sesuai dengan sasaran audiens, peluang untuk mendapat capaian tinggi adalah sangat besar.

Tips TikTok Marketing di Tahun 2023

Untuk mengetahui tentang tips TikTok marketing di tahun 2023, Tuan puan perlu mengenal maksud FYP atau nama lainnya ialah For You Page. FYP ialah halaman permulaan pada platform TikTok yang serta-merta muncul pada kali pertama pengguna mengakses aplikasi ini. Berikut adalah beberapa tips untuk memasuki FYP TikTok yang tuan puan wajib cuba!

1. TikTok Stories

TikTok Marketing di Tahun 2023

TikTok Stories menawarkan cara baharu untuk meningkatkan penglibatan dan membina komuniti dalam kalangan pengikut tuan puan. Memandangkan ciri ini hanya akan memaparkan siaran daripada akaun yang pengguna ikuti, ciri ini menyediakan cara untuk meningkatkan hubungan dengan pengguna yang sudah berminat dengan kandungan tuan puan.

2. Trending Music/Sounds

TikTok Marketing di Tahun 2023

Menggunakan muzik yang sedang trending dalam aplikasi TikTok adalah cara yang ekeftif untuk meningkatkan peluang siaran memasuki FYP. Jika menggunakan muzik yang digemari oleh ramai pengguna, algoritma TikTok akan membaca kandungan tersebut dan menawarkannya kepada FYP pengguna lain.

Tuan puan boleh mencari muzik yang sedang trending dalam menu “Discover” atau menggunakan bunyi yang kini digunakan secara meluas dalam kandungan yang dimuat naik di FYP tuan puan. Tips TikTok marketing ini antara yang telah terbukti berkesan dan wajib dicuba di tahun 2023.

3. Hashtag | Tips TikTok Marketing di Tahun 2023

3

Penggunaan hashtag boleh menjadi salah satu teknik yang terbukti berkesan untuk memasuki FYP. Gunakan hashtag yang relevan dan berkaitan dengan konten. Hashtag membolehkan konten berpeluang disiarkan di FYP dan dilihat oleh ramai orang yang belum mengikuti tuan puan.

Secara dasarnya, tuan puan harus terus konsisten membuat konten di TikTok untuk mendapatkan hasil yang positif. Hal ini kerana, TikTok adalah salah satu medium untuk orang yang kreatif dan berusaha mengembangkan bakat dan idea secara menyeluruh.

Justeru, pertumbuhan pesat aplikasi TikTok adalah sangat wajar bagi usahawan mengambil peluang. Melihat trend terkini, usahawan yang hebat seharusnya mula mempersoalkan cara memanfaatkan populariti TikTok sebagai cara mempromosikan produk atau servis kepada audiens.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “TikTok Marketing di Tahun 2023”. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.