Tempat Makan Laksa Sedap Perak | Laksa Sarang Telur

Kalau berpeluang untuk berjalan-jalan di Perak, apa kata singgah ke tempat makan laksa sedap di Perak? Mari Lis senaraikan beberapa tempat untuk pembaca semua cari nanti ya.

Lis senaraikan 6 tempat makan laksa sedap di Perak, kalau-kalau berpeluang untuk pembaca singgah di Perak dan jalan-jalan cari makan di kawasan ini nanti.

Laksa Pokok Limau, Kota Lama Kiri

Tempat Makan Laksa Sedap Perak 1
Gambar: landing page GMB Laksa Pokok Limau

Alamat:
Laksa Pokok Limau
33000, 195A, Jalan Besar Utara Selatan,
Kampung Bendang Susur,
33000 Kuala Kangsar, Perak

Waktu Operasi: 12 tengahari – 6 petang (kecuali hari Jumaat)
Telefon: 6019-422 9512 | WhatsApp

Laksa telur sarang merupakan antara menu popular di kedai ini! Telur yang digoreng seakan-akan sarang burung sangat kena dengan kuah istimewa.

Singgah ke Facebook rasmi mereka disini.

Kafe Setinggan, Taman Botani – Laksa Sarang

Alamat:
1, Jalan Margosa B/15, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 12 tengahari – 7 malam (kecuali hari Jumaat)
Telefon: 6018-577 2955 | WhatsApp

Terletak kira-kira 10 km daripada bandar Ipoh, kafe ini menyediakan laksa telur goreng bersarang yang sinonim dengan negeri-negeri sebelah Utara.

Singgah ke Facebook Page mereka disini.

Laksa depan Petron Kamunting (dulu dikenali sebagai Petronas Kamunting)

Alamat:
Petron Jalan Kamunting
132, Jalan Kamunting, Taman Saujana, 34600 Kamunting, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari sehingga 6 petang (kecuali hari Jumaat)
Telefon:

Gerai kecil yang terletak berdekatan dengan stesen Petron Kamunting. Antara menu laksa yang ada adalah laksa biasa, laksa sarang serta laksa telur sebiji. Kalau ada dekat dengan Taiping, bolehlah singgah tempat makan laksa sedap di Perak disini.

Kredit gambar: nafiesanur[dot]blogspot[dot]com

Laksa Saranghae Ipoh

Alamat:
1440-1436, Jalan Merak, Kampung Dato’ Ahmad Said, 30020 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 4.30 petang – 11 malam
Telefon: 60182977813 | WhatsApp

Selain laksa sarang, menu lain seperti ABC mixfruit, air kelapa coconut shake, chicken chop dan sebagainya juga antara pilihan lain makanan comfort food pelanggan disini.

Singgah ke Facebook Page mereka disini.

Laksa Buyong Kamunting & Telur Goreng Special

Sumber gambar: Foursquare

Alamat:
Jalan Taiping – Bagan Serai, Kampung Jana Baharu,
34600 Kamunting, Perak

Waktu Operasi: 12 tengahari – 6 petang
Telefon: 60126839036 | WhatsApp

Laksa telur goreng special mencipta sedikit kelainan daripada laksa telur bersarang yang biasa dimakan di Perak. Menu laksa special ini dihidangkan bersama dengan telur goreng bersaiz besar dengan kuah yang ngam-ngam pekatnya. Menu laksa telur sarang masih antara pesanan yang ramai pelanggan suka juga.

Singgah ke Facebook mereka disini.

Laksa Malam

Tempat Makan Laksa Sedap Perak 5
Laksa Nenas (Gambar: FB Laksa Malam)

Alamat:
Lot 2324, Lorong 5 LT, Kampung Baru, 34000 Taiping, Perak

Waktu operasi: 3 petang hingga 11 malam
Telefon: 60169243417 | WhatsApp | Order melalui GrabFood disini

Laksa malam juga menyediakan khidmat penghantaran melalui e-hailing seperti GrabFood dan FoodPanda. Kualiti makanan juga masih baik, seperti makan di kedai.

Singgah ke Facebook Page rasmi mereka disini.

Waktu operasi yang disenaraikan untuk semua senarai di atas mungkin berubah, mengikut keadaan semasa. Jadi, lebih baik jika anda membuat panggilan atau mesej tempat tersebut terlebih dahulu ya.

Orang Lembah Kelang nak cari tempat makan laksa sedap di tempat anda, boleh tengok senarainya disini ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.