Resepi Roti Kering Homemade | Shahrinie PeDAS

  • 0

Resepi Roti Kering Homemade | Shahrinie PeDAS

Artikel “Resepi Roti Kering Homemade | Shahrinie PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Al Kisaaah~

Tengah musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kan, mesti laju je barang dapur habis sebab lebih ramai orang ada di rumah sepanjang masa, setiap waktu. Antara makanan yang paling cepat licin di meja makan adalah roti. Asyik lapar bila duduk di rumah, dimakannya roti kering bersama dengan kopi-o sebelum waktu makan nasi. Haha.

Nak dijadikan cerita, roti habis di rumah. Bila beritahu dekat orang-orang di dalam rumah yang masih boleh bekerja minta belikan roti, ingatkan ketua keluarga seorang sahaja yang tolong belikan.

Tiba-tiba, ada tiga bungkus roti baru pula yang dibawa balik. Oleh orang yang berlainan. Roti saiz jumbo pulak tu.

via GIPHY

Daripada tak cukup roti jadi terlebih roti pula. Roti pula makanan yang cepat luput. Kalau level zaman mengaji dulu, selagi tak keluar cendawan roti tu, selagi itulah rasa ‘selamat’ makan roti. Hahaha…

Selain daripada makan roti selagi tak hijau, apa lagi yang anda boleh lakukan dan mudah disediakan?

Resepi Roti Kering Homemade

Resepi Roti Kering Homemade-1

Puding roti dah nak dekat 6 kali repeat buat. French toast pun dah bosan makan setiap pagi. Apa kata cuba buat roti kering pula?

Resepi boleh kata berdozen yang ada di internet. Caranya pun mudah sahaja. Cumanya, Cik Lis suka tambah satu lagi bahan lain.

Bahan-bahan

  • Roti
  • Gula
  • Marjerin
  • Serbuk kayu manis / cinnamon (optional)
  • Kerajinan…eh (゚ω゚;)

Cara membuat

  • Potong kulit roti. Kemudian potong sekeping roti menjadi 4 atau 6 ikut selera sendiri.
  • Ulangi langkah diatas sampai habis semua baki roti.
  • Sapu marjerin dan tabur gula ke atas roti. Taburkan juga sedikit serbuk cinnamon jika suka.
  • Roti sedia untuk dibakar sehingga kering. Anggaran suhu oven adalah antara 150 °C -160 °C. Ataupun ikut oven sendiri. Yang penting, jangan bakar sampai hangus hitam pula.
  • Roti kering yang menjadi adalah roti kering yang keras di luar dan di dalam. Kalau di dalam masih lembut maknanya tak cukup kering.
  • Bila sudah siap, tunggu ia menyejuk terlebih dahulu barulah masukkan ia ke dalam bekas kedap udara.
  • Boleh tahan 1-2 bulan.

Dah siap! Cik Lis tambah cinnamon tu sebab suka akan rasanya bila ia bergandingan dengan gula…macam pastries yang dibeli di kedai. Kalau buat french toast pun Cik Lis letak sedikit di dalamnya.

Selamat mencuba!


Nak cuba tak produk biskut kelapa legend Shahrinie ini? Layari laman-laman ini untuk mengikuti perkembangan dan promosi-promosi semasa dari produk ini:

Facebook|Instagram|WhatsApp

Kalau nak cuba sampel atau beli terus dari HQ, alamatnya di sini:

Lot 342, Kg. Enggor, Jln. Kuala Kangsar, 33600, Karai, Perak Darul Ridzuan

Sekian sahaja dari LunaStory untuk edisi usahawan biskut Shahrinie. Jumpa lagi di edisi pengenalan usahawan PeDAS lain yang akan datang ya!

Jika berminat untuk mengenali usahawan PeDAS Shahrinie, link untuk profil penuh mereka ada di bawah ini ya:

Entri pertama|| Biskut Kelapa Asli Shahrinie | Usahawan PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]


  • 0

Tips Bahulu Tradisional Lembut | Dhiaza:PeDAS

Siri jejak usahawan PeDAS diteruskan lagi dengan artikel “Tips Bahulu Tradisional Lembut | Dhiaza:PeDAS“. Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.


Tips Bahulu Tradisional Lembut-2

Semasa artikel ini ditulis, rakyat Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rangkaian pandemik Covid-19. Tengah bosan-bosan duduk rumah tak tahu nak buat apa, mesti ada yang sejenis mengGoogle nak buat kuih apa, kan? Nak cuba buat bahulu tak? Bahan untuk buat bahulu yang paling asas pun ada tiga sahaja, iaitu gula, tepung dan telur.

Kalau orang dulu-dulu nak membakar kuih, kena sediakan sabut kelapa dan bakar di belakang rumah. Penat nak jaga api bagai. Sekarang dah banyak kemudahan. Adanya microwave dan oven untuk membakar kuih-muih. Kalau tak ada pun di rumah, ada yang Cik Lis jumpa dalam Youtube cukup kreatif membakar bahulu dengan sandwich toaster! Asalkan jadi lah kan?

Di sini, Cik Lis kongsikan tips-tips penting di dalam pembuatan bahulu homemade sebagai panduan kita bersama.

Tips Bahulu Tradisional Lembut

Okey…sebelum kita mulakan, bahulu tradisional kita di sini adalah jenis bahulu kosong tiada inti. Boleh jadi bahulu cermai, bahulu ikan, bahulu bunga dan sebagainya. Kalau yang ada inti tu dah level tinggi dah. Hehe.

:x: Bahan paling asas ada 3; gula, telur dan tepung :x:

Namun, ianya masih bergantung kepada resepi mana yang anda ikut. Cumanya, jika anda terjumpa resepi yang tertulis ayat cliché sukatan “agak-agak” dan masih perlukan arahan jelas tentang sukatan tersebut, sebilangan pembuat bahulu mengesyorkan sukatan gula dan telur perlu sama banyak. Contohnya, kalau gula satu cawan, maka telur pun guna satu cawan.

:x: Jemur tepung dan/atau gula yang akan digunakan :x:

Kenapa banyak resepi tertulis arahan sebegini? Rata-rata penulis resepi bahulu mencadangkan agar tepung gandum terutamanya, dan gula pasir yang digunakan dijemur di bawah matahari panas terlebih dahulu.

Langkah pra-penyediaan ini dibuat agar bahulu yang dibuat nanti menjadi tahan berbulan lamanya dengan menggunakan bahan yang dan bebas lembapan. Tepung sudah cukup kering apabila kita boleh nampak debu tepung sedikit bertebangan.

:x: Pukul telur sehingga betul-betul kembang dan ringan supaya bahulu menjadi lembut di dalam :x:

Macam mana nak tahu dah cukup kembang dan ringan? Masa mula memukul telur, gunakan kelajuan perlahan dan naikkan kelajuan tersebut sedikit demi sedikit. Untuk mengetahui telur yang dipukul sudah cukup gebu, senduk adunan dan terbalikkan. Jika ia sudah cukup gebu, adunan tidak akan jatuh. Warnanya juga nampak berkrim.

:x: Telur Gred B sudah cukup sesuai. Tidak perlu gunakan telur gred tingi seperti gred A dan AA :x:

Mana-mana resepi kuih pun, benda ini yang paling kena tahu. Untuk membuat kuih, telur gred B sesuai kerana kandungan cecairn atau putih telurnya cukup sesuai, tidak seperti telur gred AA yang mempunyai kandungan cecair yang terlalu tinggi sehingga membuatkan doh menjadi lembik. Jadi untuk membuat bahulu, kita tidak mahu bahan-bahan kita terlebih air. Barulah dapat bahulu yang ‘bersakar’! Garing di luar, lembut di dalam.

x:x Hilangkan bau hanyir telur x:x

Gunakan sedikit esen vanila ataupun pandan. Pandan lebih klasik, namun ikut selera badanlah ya.

Kredi dan rujukan:

  • sajionline[dot]com[dot]my – 10 info tentang telur
  • nurulshamsaidin[dot]blogspot[dot]com – Cara buat bahulu macam orang dulu-dulu
  • mohaszue[dot]com – Tips dan resepi bahulu tradisional

Kalau rasa macam mengidam nak makan bahulu tapi sampai ke sudah tak sampai seru nak buat sendiri, anda juga boleh mendapatkan Bahulu Sekupang yang dibeli secara pukal dengan harga semurah namanya!

Dhiaza Bahulu Sekupang adalah pakar bahulu tradisional sejak dari 2008 lagi. Bahulu yang dibuat kecil tetapi cukup sifat dan puas dimakan banyak-banyak tidak kira waktu dan musim.

Tips Bahulu Tradisional Lembut-1

Anda boleh mengikuti promosi-promosi semasa ataupun menghubungi untuk pertanyaan lebih lanjut terhadap produk Bahulu Sekupang ini di laman-laman di bawah:

Facebook | Instagram | WhatsApp

Alamat kedai di sini jika anda berkesempatan nak singgah merasa sampel dan sebagainya:

5A, Kampong Linchan, Mukim Padang Kerbau, 06750 Pendang, Kedah

Sekian sahaja artikel untuk siri jejak usahawan PeDAS Dhaiza Bahulu Sekupang. Jumpa lagi di siri pengenalan usahawan PeDAS yang lain akan datang ya!

Klik link di bawah untuk membaca profil penuh usahawan Bahulu Sekupang!

Entri pertama|| Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah | PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]


  • 0

Mee Rebus Sambal Pecal | Lahza:PeDAS

Artikel “Mee Rebus Sambal Pecal | Lahza:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Semasa artikel ini sedang tulis, rakyat Malaysia di tanah air sedang menjalani fasa kedua Perintah Kawalan Gerakan (PKP) yang melibatkan kawalan pandemik Covid-19. Andai kata anda membacanya selepas negara bebas daripada perintah atau penyakit ini, ataupun tidak pernah menghadapi senario ini, Cik Lis selitkan sedikit yang ramai antara kita menghabiskan masa di rumah sepanjang tempoh ini dan menyesuaikan kehidupan seharian seperti bekerja, bersenam dan sebagainya di sini sahaja.

Minggu-minggu pertama untuk menyesuaikan gaya hidup sebegini mungkin agak sukar. Kalau yang sejenis suka cari makan di luar, kenalah sama ada order pesanan delivery ataupun masak sendiri di rumah.

Bagi yang dah sampai seru nak masak sendiri, ataupun mencari idea nak makan apa hari ini, ataupun teringin nak makan mee yang ada rasa kuah macam kacang-kacang sikit, jom ikuti resepi mee rebus dengan sambal pecal yang mudah!

Mee Rebus Sambal Pecal

Resepi ini adalah daripada usahawan PeDAS kita yang mengeluarkan produk sambal pecal kacang yang sedap!

Bahan-bahan

  • Ayam dipotong
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 1 inci
  • Ubi kentang 3 biji (rebus & kisar)
  • Sup bunjut / kiub pati ayam
  • Bahan perasa – Sedap Rasa, gula, garam
  • Sambal Pecal Segera Lahza (6-7 sudu besar)
  • Sos Cili
  • Air kosong
  • Mee kuning
  • Tomato belah 4
  • Sawi dan taugeh untuk hiasan.

Cara memasak (kuah)

[1] Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia ke dalam blender dan kisar. Untuk ditumis, gunakan sedikit minyak sahaja dan tumis bahan-bahan tadi ke dalam kuali sehingga naik bau.

[2] Gunakan serbuk instant Sambal Pecal Segera Lahza, masukkan dan campur bersama sos cili. Kacau ia hingga sebati.

[3] Masukkan ayam potong tadi bersama dengan 3 cawan air.

[4] Masukkan sama ada sup bunjut atau kiub pati ayam.

[5] Masukkan ubi kentang yang telah direbus dan dikisar.

[6] Bila kuah sudah mendidih, perlahankan api dan tunggu sehingga yam masak dan empuk.

[7] Masukkan bahan perisa mengikut citarasa.

[8] Akhir sekali, masukkan tomato.

Untuk penyediaan mee, hanya perlu celur mee, taugeh dan sawi. Seterusnya, ia sedia untuk dihidang.

Mee Rebus Sambal Pecal-1

Perasan tak anda tidak perlu menyediakan cili kisar dan kacang tanah? Sambal pecal segera Lahza sudah cukup lengkap pakej dan rasa! Sambal pecal ini juga sesuai untuk dibuat hidangan lain. Dah nama pun segera (instant), hanya perlu tambahkan air panas untuk menjadikan ia seakan sambal pecal yang dibuat sendiri!

Mee Rebus Sambal Pecal-2

Tak dapat nak keluar ke kedai sendiri mencari sambal pecal segera? Lahza ada menyediakan jualan online di Shopee! Nak cari kuah rojak sedap pun mereka ada jual tau! [Link]


Ingin mengikuti promosi-promosi semasa produk keluaran Lahza ini? Ataupun bertanyakan dengan lebih lanjut? Layari mereka di sini:

Facebook | Instagram | Lahza Homepage | WhatsApp | Saluran Youtube

Anda boleh membaca profil penuh mereka di sini:

Entri pertama|| Sambal Pecal Segera Lahza | Usahawan PeDAS

Sekian sahaja dari LunaStory untuk edisi usahawan PeDAS yang ini. Semoga bertemu lagi di siri usahawan PeDAS yang lain pula ya!


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]


  • 0

Resepi Biskut Kelapa Legend | Rasso Tanjong:PeDAS

Artikel “Resepi Biskut Kelapa Legend | Rasso Tanjong:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Prekhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Semasa artikel ini ditulis, umat Islam seluruh dunia bakal menyambut bulan mulia bulan Ramadan. Menyusuri selepas bulan tersebut adalah bulan kesyukuran bulan Syawal. Kanak-kanak di Malaysia yang paling seronok untuk beraya pada bulan Syawal nanti dengan adanya pelbagai juadah kuih-muih berwarna warni dan sedap, tetapi jarang jumpa pada hari biasa.

Bagi pembuat biskut dan kuih-muih yang ‘diamanatkan’ oleh keluarga untuk ‘bertugas’, bulan puasalah yang paling sibuk. Kadang-kadang, resepi dah siap simpan dimana-mana sebagai rujukan semasa hari kejadian biskut dibuat nanti.

Biskut kelapa adalah antara biskut yang banyak dibuat kerana ramai yang mengaitkan biskut ini dengan kenangan zaman silam. Orang dulu-dulu banyak menghidangkannya pada hari raya dan resepi yang digunakan dikatakan resepi urun-temurun.

Jadi, bagaimana nak mendapatkan rasa biskut kelapa yang legendary penuh tekstur dan berlemak ini? Penulisan LunaStory hanya berkisar tentang tips penting setiap resepi yang dikongsi oleh berlainan sumber.

Resepi Biskut Kelapa Legend

Rata-rata resepi biskut ini mencadangkan untuk menggunakan pelbagai jenis tepung untuk mendapatkan rasa unik biskut kelapa.

Youtube dan Homepage (2 jenis tepung): daridapur.com

Resepi Biskut Kelapa Legend-1

Dengan jumlah sebanyak 60,676 tontonan, resepi ini menggunakan tepung ubi dan tepung gandum. Tips penting untuk menaikkan rasa ikonik biskut kelapa adalah dengan menyangai tepung-tepung tadi sehingga terasa sedikit kering, Tujuannya supaya bahan-bahan tadi tiada lembapan dan kering bagi tujuan penyimpanan dalam satu tempoh yang lama dengan lebih baik disamping untuk membangkitkan bau unik biskut ini.

Resepi 3 jenis tepung

Resepi yang menggunakan 3 jenis tepung selalunya menggunakan tepung ubi, tepung gandum dan tepung kastard. Resepi ini antara yang popular di internet.

Resepi paling simple 1 jenis tepung

Yang ini…lebih kepada versi sihat? Hahaha. Resepi asal di dalam bahasa Inggeris. Antara bahan yang diperlukan adalah:

  • Tepung penaik (1 cawan)
  • Kelapa parut (1 cawan) – Cik Lis rasa perlu disangai dahulu seperti kebiasaan resepi yang lain bagi mendapatkan rasa biskut kelapa a la kita.
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan butter yang dicairkan

Cara penyediaan pun sangat mudah. Setelah digaulkan hanya perlu dibakar dengan suhu 180 °C selama 12 minit bagi setiap batch biskut.

*sesuaiuntukorangbujangmalasnakbuatyanglecehasaladakotttthahahaha

Kredit untuk sumber rujukan:

  • Youtube: Daridapur.com – Resepi Biskut Kelapa Untuk Koleksi Biskut Raya (16 Februari 2018)
  • bestrecipes.com.au – Coconut Biscuits by Bernice

Ada satu lagi jenis biskut menggamit kenangan silam, tetapi mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudannya. Biskut lutut adalah sejenis biskut yang terkenal dengan kekerasannya. Biasanya, ia dimakan dengan minuman panas seperti kopi-o atau teh. Bila ia dicicah, teksturnya yang keras menjadi lembut kerana daya serap airnya sangat tinggi.

Nak cuba tak biskut lutut ini? Ataupun, nak cuba kembali ke zaman membesar dengan biskut yang jarang jumpa di bandar-bandar besar? Layari laman-laman ini untuk mengikuti perkembangan dan promosi-promosi semasa dari produk Rasso Tanjong, produk usahawan PeDAS:

Facebook|Instagram|WhatsApp

Ataupun, kalau nak cuba sampel atau beli terus dari HQ, alamatnya di sini:

Kedai Bukit Rasso Tanjong, B3, Bengkel Mara Sri Kendong, 71350, Kota, Negeri Sembilan

*Rasso Tanjong juga ada mengeluarkan produk biskut kelapa dari resepi turun-temurun.

Resepi Biskut Kelapa Legend-2

Sekian sahaja dari Cik Lis untuk edisi pengenalan usahawan PeDAS Rasso Tanjong. Jumpa lagi di siri lain pula ya!

Anda boleh membaca profil penuh usahawan ini di sini:

Entri pertama|| Biskut Lutut Rasso Tanjong | PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]


  • 0

Resepi Taufufah Air Soya | Fani Soy:PeDAS

Artikel “Resepi Taufufah Air Soya | Fani Soy:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Prekhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Selamat datang ke dapur LunaStory! Jika anda mencari resepi taufufah atau soya beancurd, anda di tempat yang betul.

Resepi taufufah yang dikepilkan disini merupakan kompilasi resepi-resepi yang mempunyai kaedah atau langkah-langkah yang mudah diikuti. Dan yang paling penting, bahan-bahan utamanya tidak terlalu susah atau kompleks.

Resepi Taufufah Air Soya

Cara Instant (tanpa memproses kacang soya)

Jika anda mencari resepi instant atau sedia untuk dimasak, ini adalah antara pilihan resepi taufufah yang anda boleh ikuti.

Instagram: @aniqclone

Resepi Taufufah Air Soya-1

Resepi taufufah yang ini mendapat tontonan lebih kurang 130,000 orang. Bahan-bahannya sangat mudah dan memang disasarkan untuk golongan bujang.

Cara Asli

Jika anda ada banyak masa dan ingin membuat taufufah daripada daripada mula lagi (start from scratch) seperti cara untuk memproses kacang soya, ini adalah antara pilihan resepi asli yang mesra pengguna.

Instagram dan Youtube: @citylifemeal

Resepi taufufah yang ini mendapat tontonan lebih kurang 3,804. Video yang tiada voice narrator atau suara, tetapi disusun dengan baik sekali. Setiap langkah penyediaan diterangkan dengan terperinci.

Youtube: Seminit Resepi

Resepi Taufufah Air Soya-2

Resepi dari Seminit Resepi ini mendapat lebih kurang hampir 40,ooo jumlah tontonan. Berbanding dengan resepi yang satu lagi, video ini lebih banyak menggunakan kaedah sukatan ‘agak-agak,’ ataupun secukup rasa. Namun, ianya masih nampak mudah untuk diikuti.


Kredit penuh untuk sumber rujukan:

  • Instagram @aniqclone : TauFooFah (Bujang Style)
  • Youtube @citylifemeal: RECIPE | Homemade Tofu Fa 自制豆腐花 (5 Disember 2019)
  • Youtube Seminit Resepi: Taufu Fa (10 Februari 2019)

Produk Taufufah Fani Soy adalah salah satu produk yang tersenarai di dalam program usahawan PeDAS. Berpusat di Johor, produk ini semakin melebarkan sayapnya ke seluruh negara dengan kesedapan taufufah yang diakui oleh peminat-peminatnya.

Resepi Taufufah Air Soya-3

Sekali pandang dekat laman-laman rasmi Fani Soy ni pun dah tahu yang ia sememangnya rangkaian produk yang menjamin kepuasan dan kesedapan! Nak intai media sosial mereka untuk mengikuti promosi-promosi semasa, pertanyaan lanjut mahupun tempahan? Link di bawah ya:

Facebook|Instagram|Fani Soy Homepage|WhatsApp

Ataupun, jumpa Fani Soy disini untuk merasa sampel atau belian secara terus:

1 Jalan Mawar Kawasan Perniagaan Felcra, 85300 Labis, Johor

Sekian sahaja dari LunaStory untuk siri pengenalan usahawan PeDAS Fani Soy. Jumpa lagi di siri usahawan lain yang akan datang ya!

Ikuti artikel ini untuk membaca profil penuh Fani Soy:

Entri pertama|| Pakar Soya Fani Soy | PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]


  • 0

Cara Perap Kambing Bakar | Ansal Ternak:PeDAS

Artikel “Cara Perap Kambing Bakar | Ansal Ternak:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Prekhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


|gambar sebagai hiasan|

Ada banyak cara untuk buat perapan bagi hidangan kambing bakar. Dan selalunya, antara pilihan perapan popular untuk barbeku adalah dengan perapan sos lada hitam (black paper).

Tapi dalam banyak-banyak cara, Cik Lis paling suka akan penggunaan rempah rosemary. Pertama kali resepi ini digunakan sebagai perapan kambing bakar di dalam majlis kecil keluarga beberapa bulan yang lepas dan ianya masih meninggalkan kenangan yang positif. Sampai sekarang teringat-ingat akan rasa kesedapannya sehingga menjilat pinggan! Hohoho (*≧▽≦)

|gambar sebagai hiasan|

Tanpa membuang masa, mari lihat resepi untuk perapan kambing bakar di bawah ini!

Cara Perap Kambing Bakar Menggunakan Rempah Rosemary

Resepi asal adalah dari foodnetwork.com sebagai rujukan untuk penerangan. Resepi ini sangat ringkas dan mudah. Namun, ikut selera badan, anda boleh mengubah atau menambahnya sendiri.

Bahan-bahan (hidangan untuk 3-5 orang)

  • Minyak zaitun (1/3 cawan)
  • Bawang putih (dalam 3-5 ulas, ditumbuk)
  • Rempah rosemary
  • Daging kambing (dipotong dalam 12 bahagian seperti daging stik)
  • Garam
  • Beg plastik kedap udara zip lock
  • Parutan lemon (optional)

Cara perap (marinate) kambing untuk barbeku

Ada dua cara utama yang anda boleh pilih.

[1] Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam beg kedap udara zip lock, goncang-goncangkan ia agar sebati.

[2] Seterusnya, sediakan daging kambing untuk diperap. Keluarkan perapan tadi dari dalam beg dan lumurkan ia ke atas daging sehingga meliputi keseluruhan permukaan daging.

[3] Masukkan daging ke dalam beg zip lock yang telah digunakan tadi untuk persediaan sebelum membakar. Pastikan angin dikeluarkan dan beg kedap udara bagi mengelakkan daging mengalami freezer burn yang mengubah rasa dan tekstur daging semasa penyimpanan nanti.

[4] Jika ianya adalah hidangan untuk dimakan segera dan tidak boleh tunggu lagi, minimum 1 jam untuk menunggu daging memerap. Anda tidak perlu memasukkan daging kambing ke dalam peti sejuk bahagian freezer kerana suhu bilik sudah memadai.

[5] Jika ianya adalah hidangan bukan segera (contohnya, untuk dimasak keesokan harinya) , simpan daging tadi di bahagian sejuk beku freezer. Caranya telah disebut di langkah [3] di atas beserta sebab-sebabnya.

Bergantung kepada cara daging di gril, selalunya daging dibakar di atas gril dengan api tinggi (high heat). Pastikan setiap bahagian daging dibakar sama rata permukaannya. Seeloknya, daging kambing dimasak sehingga “medium well” ataupun “well done.”

Akhir sekali, barulah ditabur sedikit garam ke atas daging yang siap dibakar.

Cara Perap Kambing Bakar-2
|Image as illustration. Credit to quora.com.

Salah satu usahawan PeDAS kita kali ini adalah pengusaha produk kambing perap yang popular di negeri-negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Lembah Kelang. Antara tips untuk membiarkan daging kambing menjadi lembut berjus adalah dengan menggunakan kulit bawang putih itu sendiri di dalam sos perap.

Cara Perap Kambing Bakar-1
|Kambing perap Ansal Ternak dengan 7 jenis herba|

Nak intai media sosial mereka untuk mengikuti promosi-promosi semasa, pertanyaan lanjut mahupun tempahan? Link di bawah ya:

Facebook|Instagram|Saluran Youtube|Ansal Ternak Homepage|WhatsApp

Nak singgah ladang atau HQ Kambing Perap Ansal? Ini alamatnya ya!

Sekian sahaja dari LunaStory untuk siri pengenalan usahawan PeDAS Ansal Ternak. Jumpa lagi di edisi usahawan PeDAS lain yang akan datang ya!

Profil penuh dan spesifikasi produk mereka disini:

Entri pertama|| Kambing Perap Ansal Ternak | PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]


  • 0

Resepi Kerepek Pisang Rangup | KerepekMart:PeDAS

Siri jejak usahawan PeDAS diteruskan lagi dengan artikel “Resepi Kerepek Pisang Rangup | KerepekMart:PeDAS“. Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.


Jenis pisang apa yang sesuai untuk dijadikan kerepek pisang? Ada banyak jenis pisang, namun rata-rata pembuat kerepek pisang akan menyenaraikan pisang-pisang jenis ini sebagai resepi kerepek pisang rangup:

  • pisang tanduk
  • pisang abu
  • pisang nangka
  • pisang berangan
Resepi Kerepek Pisang Rangup-1
|gambar sebagai hiasan|

Pisang-pisang yang tersenarai di atas kebanyakan jenis pisang yang tidak sesuai dimakan mentah. Namun, sangat ideal untuk dibuat kerepek ketika ia masih mentah hijau lagi.

Logiknya, kerepek pisang adalah pisang yang telah dipotong nipis dan digoreng dalam minyak penuh. Namun, rasa daan kerangupannya dipengaruhi oleh cara penyediaannya.

Petua Penyediaan Kerepek Pisang Rangup yang Ideal

Berikut merupakan hasil kompilasi dan pemahaman penulis daripada media lain. Kredit penuh diselitkan di bahagian akhir penulisan ini.

[1] Sebelum dikupas, pisang direndam ke dalam air terlebih dahulu
Cara ini diberitahu di dalam sebuah akaun Youtube (link di bawah). Hal ini adalah disebabkan pisang cepat menjadi hitam kerana getah pada kulitnya. Cara ini dapat menanggalkan getah tersebut. Dalam video tersebut ada ditunjukkan bagaimana hendak merendam pisang-pisang tersebut.

[2] Pisang hendaklah dikupas atau dikopek bersih sebelum disagat halus
Rata-rata pembuat kerepek pisang di dalam penulisan mereka bersetuju yang pisang akan menjadi hitam jika tidak bersih kupasannya. Logiknya? Kerana getah yang masih melekat pada kulit pisang itu tadi.

[3] Memakai sarung tangan semasa mengendalikan pisang
Yang ini nasihat daripada daridapur.com bagi mengelakkan proses pengoksidaan mengganggu kualiti pisang itu nanti. Semasa proses merendam, masukkan juga garam atas sebab yang sama.

Resepi Kerepek Pisang Rangup-2
|gambar sarung tangan sebagai hiasan|

[4] Macam mana nak bagi ada rasa masin dan berlemak?
Dengan erti kata lain, bila nak masukkan garam sebenarnya? Jawapannya, bergantung. Seperti yang telah disebutkan di atas tadi, garam digunakan semasa dalam proses merendam lagi. Ada juga resepi lain yang menggunakan garam semasa di dalam proses menggoreng.

Penulis daripada cikmatahariku.blogspot.com mempunyai cara unik dimana garam digunakan bersama bawang putih tumbuk dan sedikit air.

[5] Berapa banyak minyak perlu digunakan dan setting untuk api
Minyak penuh. Kalau anda ingin pakai air fryer, mungkin kena adjust sendiri. Sebaiknya, api sederhana panas digunakan.

Resepi Kerepek Pisang Rangup-3
|gambar sebagai hiasan|

*Kerepek pisang adalah hasil daripada pisang yang disagat nipis. Gunakan alat penyagat.


Kredit penuh untuk rujukan kepada:

  • Youtube: S.H.I.D.A. – Cara Buat Kerepek Pisang Yang Rangup, Ringkas & SEDAP! (17,642 tontonan)
  • cikmatahariku.blogspot.com – Cara Mudah Step By Step Buat Kerepek Pisang Yang Sedap dan Rangup
  • pesara1957.blogspot.com – PELBAGAI JENIS PISANG
  • daridapur.com – resepi kerepek pisang

Susah-susah nak buat, order je dengan usahawan PeDAS kita ini. Mereka ada menjual kerepek pisang jenis pisang tanduk dan pisang nangka.

Ada banyak tempat di media sosial untuk anda kunjungi, melihat promosi-promosi semasa dan bertanyakan dengan lebih lanjut tentang produk usahawan PeDAS KerepekMart ini:

Facebook|Instagram|Youtube|WhatsApp

Ingin mengunjungi, membeli, merasa sampel dan melihat sendiri produk usahawan ini di kedai mereka?

Untuk orang Kedah:

No. 3, Lorong Damai, Jalan Alor Rambai, 0600 Jitra, Kedah

Manakala di Selangor dan kawasan yang berdekatan dengannya:

No 14, Lorong Mahkota Impian 2/17, Fasa1, Bandar Puncak Alam, Selangor

Sekian sahaja siri jejak usahawan PeDAS KerepekMart untuk kali ini. Jumpa lagi di siri jejak usahawan PeDAS yang lain ya! Entri-entri terdahulu berkaitan dengan usahawan ini anda boleh baca di sini:

Entri pertama|| Pemborong KerepekMart Shah Alam | PeDAS

Entri kedua|| Pembekal Door Gift Kerepek | KerepekMart:PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]


  • 0

Snek Rangup Kacang Gula | Noors:PeDAS

Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Snek Rangup Kacang Gula | Noors:PeDAS” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.


Kacang gula adalah sejenis makanan yang manis dan rangup. Ianya diperbuat daripada kacang yang digoreng tanpa minyak (sangai) dan diselaputi dengan gula yang dicairkan.

Jika anda mencari resepi untuk membuat snek rangup kacang gula ini, anda mungkin ingin mahu mencarinya dengan kata kunci yang lain juga untuk memaksimumkan pencarian anda. Antara kata kunci pilihan lain adalah:

kacang potong|bepang kacang|candied roasted nuts

Cara Membuat Snek Rangup Kacang Gula

Jika anda mencari resepi untuk kacang gula ini, anda akan mendapati bahan-bahan yang paling asas untuk pembuatan kacang gula ini adalah sangat ringkas, iaitu:

  • kacang tanah
  • gula pasir
  • bijan

Cuma kalau diamati, ada sesetengah resepi tidak langsung menggunakan bijan. Tujuan utama menggunakan bijan adalah untuk memastikan agar adunan kacang tidak melekat pada permukaan loyang nanti.

Ada beberapa video yang anda boleh tonton untuk melihat sendiri langkah-langkah membuat kacang gula. Antaranya adalah

Youtube: Bepang Kacang dari Azie Kitchen (2,028 tontonan)
Resepi ini tidak menggunakan bijan, tetapi adunan kacang yang telah digaul dengan gula perlu dipotong dengan cepat sebelum ia menyejuk. Marjerin juga digunakan dan dimasukkan ke dalam adunan gula hangus yang dicairkan.

Snek Rangup Kacang Gula-1

Instagram: Resepi bepang dari @kakakfaa (4,631 tontonan)
Resepi ini menggunakan bijan bagi mengelakkan adunan kacang melekat di loyang stainless steel.

Snek Rangup Kacang Gula-2

Wikipedia: Bepang
Ada 8 langkah mudah yang boleh diikuti.

Apa yang anda dapat buat kesimpulan daripada kebanyakan resepi bepang atau kacang gula adalah:

  • kacang perlu disangai (goreng tanpa minyak) terlebih dahulu
  • kacang tidak perlu ditumbuk halus
  • gula dimasak sehingga ia mencair atau menjadi karamel
  • adunan kacang perlu menggunakan loyang logam bagi mengelakkan daripada ia melekat dan sukar untuk dikeluarkan kemudian.
  • penggunaan bijan untuk mengelakkan adunan kacang daripada melekat di atas loyang nanti adalah optional.
  • adunan kacang dipotong segera sebelum ia mula menyejuk.

…kalau rasa tiada masa, nak beli pun boleh (◕ᴗ◕✿)

Snek Rangup Kacang Gula-3

Dengan menggunakan kacang yang berkualiti tinggi, kacang gula komersial ini mempunyai rasa manis yang mencukupi dan ketebalannya membuatkan orang puas memakannya. Produk ini adalah keluaran bumiputera dari Balik Pulau, Pulau Pinang.


Ingin mengintai produk-produk lain usahawan PeDAS ini? Ataupun ingin merasa sampel, pertanyaan lanjut dan sebagainya? Anda boleh ikuti mereka di laman media sosial di:

Facebook|Instagram|WhatsApp

Ataupun, kunjungi kedai mereka di alamat ini:

LOT 4, ZON PEMPROSESAN MAKANAN GENTING, JALAN PERMATANG TEPI, 11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG


Sekian sahaja dari LunaStory. Jumpa lagi di siri usahawan PeDAS lain yang akan datang ya!

Entri Pertama|| Kacang Potong Noors Cookies | Usahawan PeDAS

Entri Kedua|| Door Gift Kacang Potong | Noors:PeDAS

Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]


Resepi Wanpaku Rendah Kalori | ST:PeDAS

Salam sejahtera buat semua pembaca artikel “Resepi Wanpaku Rendah Kalori | ST:PeDAS“. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.


Wanpaku?

Sandwich wanpaku atau wanpaku sando mula menjadi trending apabila Yuki Onuma, seorang surirumah dan isteri kepada pembuat tembikar iaitu Michiyuki Onuma selalu memuat naik gambar bekal sandwich tebal (yang mereka berikan nama Numasan) di Instagram. Numasan pada waktu itu diperbuat daripada sayur kobis pelbagai warna dan pelbagai jenis hidangan karbohidrat lain yang dibalut dengan roti susu Jepun (shokupan) yang tebal.

Idea untuk menggunakan banyak sayur-sayuran pelbagai warna di dalam hidangan sandwich tebal ini adalah kerana Encik Onuma mahu makan banyak sayuran berkhasiat dengan harga yang murah dan mudah untuk dibuat sepanjang tahun. Dengan visualnya yang menarik, semestinya wanpaku menjadi cepat popular dan masih menjadi ikutan sehingga hari ini!

Resepi Wanpaku Rendah Kalori

Haihhh…

Jika anda taip “wanpaku”, “wanpaku sando”, “numasan” atau ” #沼サン ” di media sosial, ada banyak versi.

Dan ada di antaranya yang mungkin perlu olah atau ubahsuai sedikit. Contohnya, ada yang menggunakan daging merah khinzir yang hampir majoriti orang Malaysia tak makan (resepi asal menggunakan tonkatsu). Ataupun, ada orang yang ada alahan teruk dengan telur dan sesetengah jenis mayonis.

Sebab itu Cik Lis akan mulakan dengan apa yang kena ada pada wanpaku supaya ia seakan-akan wanpaku Numasan versi pasangan Onuma terlebih dahulu.

Versi asal rupa wanpaku Numasan kena ada…

[1] Pelbagai warna

Antara warna paling ikonik yang ada pada wanpaku adalah warna ungu daripada sayur kobis atau kubis ungu. Rata-rata resepi menyarankan penggunaan 5 warna. Cik Lis ada sebut di atas tadi yang Encik Onuma suka sayur banyak pelbagai warna, kan?

[2] Cara susun inti di dalam wanpaku

Seeloknya, inti-inti yang nipis dan leper seperti hirisan tomato, karot, timun, keju dan sebagainya berada di lapisan paling luar wanpaku, selepas roti.

Sebelum meletakkan inti-inti tebal seperti telur rebus, dan daging di bahagian tengah, inti-inti yang fleksibel dan senang lipat seperti sayuran kubis dan salad dibentangkan terlebih dahulu sebagai lapik inti tebal itu tadi.

Kalau semuanya menjadi, nanti bila belah wanpaku jadi dua bahagian nampak simetri dan tebal, tanpa lopong yang jelas. Anda juga perlu membuat perancangan cara susun sebagaimana arah mana yang anda pilih untuk memotong wanpaku menjadi 2 bahagian itu nanti.

[3] Cara susun inti mengikut komposisi warna

Segalanya tentang wanpaku adalah seni visual. Selang-selikan warna inti-inti supaya ia nampak seimbang dan penuh warna-warni.

[4] Wanpaku perlu dibalut dengan kemas dan ketat

Wanpaku adalah hidangan sandwich yang tebal dan padat, jadi kalau terlebih tekan, isinya boleh terburai keluar. Wanpaku sering dilihat menggunakan pembalut. Pilihan pembalut yang popular adalah dengan kertas pembalut makanan parchment paper, namun bukan senang untuk memahirkan diri melipatnya dengan kemas. Jadi, pilihan yang lain adalah dengan membalutnya dengan plastik.

[5] Menggunakan roti yang tebal

Resepi yang asal adalah dengan menggunakan roti susu Jepun yang tebal shokupan. Teksturnya lembut dan gebu. Kalau tiada shokupan, cuba cari alternatif roti jenis tebal yang lain juga.

Resepi Wanpaku Rendah Kalori

Dengan video IGTV yang mendapat tontonan lebih daripada 1 juta, resepi wanpaku ini nampak mudah untuk dibuat dan bahan-bahannya juga agak mudah untuk didapati di kedai-kedai biasa. Pilihan daging adalah ayam dan resepi ini menggunakan telur goreng. [kredit: IG @khairulaming]

Resepi Wanpaku Rendah Kalori-1

Resepi wanpaku versi yang ini pula tidak menggunakan banyak dressing dan seasoning serta menggunakan daging nipis shabu-shabu. [kredit: IG @emymellisa]

Resepi Wanpaku Rendah Kalori-2

Ada banyak versi lagi sebenarnya. Tak pakai roti tebal pun tak apa, guna roti biasa 2 lapisan macam video yang pertama. Apapun pilihan anda, jika anda bimbang dengan pengambilan kalori di dalam hidangan wanpaku, anda boleh sesuaikan sendiri inti-intinya. Yang penting, tengok cara susun, daun salad dan kubis ungu kena ada dan hati-hati menggunakan seasoning perasa anda. Nak guna boleh, tapi jangan banyak sangat.

*Sumber dan kredit penuh:

  • justonecookbook.com – Wanpaku Sandwich わんぱくサンド
  • IG – @khairulaming
  • IG – @emymellisa

Kalau nak cuba sandwich rendah kalori jenis lain yang kaya dengan sos masam manis cranberry dan hickory, anda boleh cuba produk Sandwich Terliur. Ada 7 jenis yang anda boleh pilih, dan jika anda berdekatan dengan area delivery yang Sandwich Terliur cover, anda boleh menghubungi mereka di sini:

Facebook|Instagram|WhatsApp

Ulasan penuh produk usahawan PeDAS ini Cik Lis ada selitkan di entri terdahulu. Sekian sahaja dari LunaStory. Jumpa lagi di siri usahawan lain yang akan datang ya!

Entri kedua|| Sandwich Delivery Sedap Kajang | PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]


  • 0

Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Padi |Seri Nenda PeDAS

Bagi yang baru pertama kali singgah di page ini, usahawan “Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Padi |Seri Nenda PeDAS” adalah entri kedua untuk usahawan luar bandar Dapur Seri Nenda di bawah program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS). Anda boleh membaca ulasan lanjut mengenai program ini di bahagian nota kaki artikel.

Terlepas membaca profil usahawan Seri Nenda? Anda boleh membaca entri pertama ini di link yang tertera di bawah. Klik sahaja tau!

Entri pertama|| Sambal Ikan Bilis Seri Nenda |Usahawan PeDAS


Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Padi

Jujur Cik LIS cakap; seumur hidup Cik LIS tak pernah masak sendiri sambal ikan bilis jenis cili padi. Sambal ikan bilis yang Cik LIS masak menggunakan cili kering berbanding dengan cili padi dan guna sedikit gula Melaka. Reasons? Keluarga Cik LIS tak makan pedas sangat, kecuali beberapa orang tertentu. Heh.

So, apa yang Cik LIS share di sini adalah resepi sambal ikan bilis cili padi yang bagi Cik LIS paling mudah untuk Cik LIS dan pembaca semua follow step by step. Mana lah tahu satu hari nanti ada tetamu Cik LIS yang request nak rasa air tangan Cik LIS masak sambal ikan bilis cili padi yang pedas podeh ni (゚ω゚;)

(Kredit sepenuhnya kepada pemilik content Youtube Masak Ke Tak)

Resepi sambal ikan bilis cili padi-1

Resepi sambal ikan bilis cili padi / api: Bahan-bahan

Segenggam ikan bilis
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
10-15 biji cili api

***Cik LIS buat minute breakdown ikut steps yang Masak Ke Tak tunjuk untuk panduan kita bersama ya.

|1|Penyediaan Ikan Bilis

0.07 |panaskan minyak dalam kuali

0.170.36 |masukkan segenggam ikan bilis dan goreng sehingga garing
(Dah garing, angkat ikan bilis tadi dan bersedia untuk buat sambalnya pula)

|2|Penyediaan Sambal Cili Padi

0.37 |Masukkan minyak sedikit dan masukkan 2 ulas bawang putih yang telah ditumbuk ke dalam kuali

0.45 |Masukkan juga 5 biji bawang kecil siap dipotong dan tumbuk ke bersama dengan bawang putih tadi

0.54 |Masukkan cili padi (dalam video guna 10-15 biji. Ikut tuan punya badan nak pedas macam mana kot. Kalau ada tetamu yang tak makan pedas tapi masih nak rasa cili padi/api, Cik LIS mungkin akan buang bijinya juga?)

|3|Dah siap sambal naik bau/bawang berwarna perang karamel?

1.041.19 |Masukkan ikan bilis goreng tadi ke dalam sambal tadi dan gaulkan ia sehingga sebati

Masak Ke Tak pesan, tambah garam sedikit kalau perlu.

|4|Dah siap!

Boleh dimakan bersama hidangan berat nasi panas, ataupun makan bersama roti, roti canai dan seumpama dengannya.

***Cik LIS minta maaf ini bukan resepi daripada Seri Nenda ya.


Kalau anda teringin untuk merasa masakan orang Negeri Sembilan sambal ikan bilis cili padi yang original punya, Dapur Seri Nenda ada menyediakan produk best seller mereka untuk penggemar ekstra pedas!

Resepi sambal ikan bilis cili padi-2

Ada juga pilihan variasi sambal yang lain dijual Sambal Nenda tau (。•̀ᴗ-)✧

Sambal Bilis Cili Padi (penggemar ekstra pedas)|  Sambal Tumis Bilis | Sambal Daging Carik2 | Sambal Paru | Sapi Berlada 3 Malam | Sambal Bilis Adik Manja

Ingin mendekati usahawan PeDAS kita yang ini dengan lebih dekat? Atau berminat untuk mencuba produk pedas usahawan PeDAS Seri Nenda? Follow mereka di laman media sosial rasmi:

Facebook – link

Instagram – link

WhatsApp – link

Alamat HQ:

NO 27-1A, LOT 237,
KAMPUNG SUNGAI JAI,
JALAN SUNGAI JAI, BERANANG
43700 SELANGOR

Klik link di bawah untuk entri ketiga dan terakhir dari usahawan ini, iaitu petua supaya sambal tahan lama:

Entri ketiga|| Petua Sambal Tahan Lama Daripada Seri Nenda |PeDAS


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program anjuran kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]