Tips Bahulu Tradisional Lembut | Dhiaza:PeDAS

  • 0

Tips Bahulu Tradisional Lembut | Dhiaza:PeDAS

Siri jejak usahawan PeDAS diteruskan lagi dengan artikel “Tips Bahulu Tradisional Lembut | Dhiaza:PeDAS“. Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.


Tips Bahulu Tradisional Lembut-2

Semasa artikel ini ditulis, rakyat Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rangkaian pandemik Covid-19. Tengah bosan-bosan duduk rumah tak tahu nak buat apa, mesti ada yang sejenis mengGoogle nak buat kuih apa, kan? Nak cuba buat bahulu tak? Bahan untuk buat bahulu yang paling asas pun ada tiga sahaja, iaitu gula, tepung dan telur.

Kalau orang dulu-dulu nak membakar kuih, kena sediakan sabut kelapa dan bakar di belakang rumah. Penat nak jaga api bagai. Sekarang dah banyak kemudahan. Adanya microwave dan oven untuk membakar kuih-muih. Kalau tak ada pun di rumah, ada yang Cik Lis jumpa dalam Youtube cukup kreatif membakar bahulu dengan sandwich toaster! Asalkan jadi lah kan?

Di sini, Cik Lis kongsikan tips-tips penting di dalam pembuatan bahulu homemade sebagai panduan kita bersama.

Tips Bahulu Tradisional Lembut

Okey…sebelum kita mulakan, bahulu tradisional kita di sini adalah jenis bahulu kosong tiada inti. Boleh jadi bahulu cermai, bahulu ikan, bahulu bunga dan sebagainya. Kalau yang ada inti tu dah level tinggi dah. Hehe.

:x: Bahan paling asas ada 3; gula, telur dan tepung :x:

Namun, ianya masih bergantung kepada resepi mana yang anda ikut. Cumanya, jika anda terjumpa resepi yang tertulis ayat cliché sukatan “agak-agak” dan masih perlukan arahan jelas tentang sukatan tersebut, sebilangan pembuat bahulu mengesyorkan sukatan gula dan telur perlu sama banyak. Contohnya, kalau gula satu cawan, maka telur pun guna satu cawan.

:x: Jemur tepung dan/atau gula yang akan digunakan :x:

Kenapa banyak resepi tertulis arahan sebegini? Rata-rata penulis resepi bahulu mencadangkan agar tepung gandum terutamanya, dan gula pasir yang digunakan dijemur di bawah matahari panas terlebih dahulu.

Langkah pra-penyediaan ini dibuat agar bahulu yang dibuat nanti menjadi tahan berbulan lamanya dengan menggunakan bahan yang dan bebas lembapan. Tepung sudah cukup kering apabila kita boleh nampak debu tepung sedikit bertebangan.

:x: Pukul telur sehingga betul-betul kembang dan ringan supaya bahulu menjadi lembut di dalam :x:

Macam mana nak tahu dah cukup kembang dan ringan? Masa mula memukul telur, gunakan kelajuan perlahan dan naikkan kelajuan tersebut sedikit demi sedikit. Untuk mengetahui telur yang dipukul sudah cukup gebu, senduk adunan dan terbalikkan. Jika ia sudah cukup gebu, adunan tidak akan jatuh. Warnanya juga nampak berkrim.

:x: Telur Gred B sudah cukup sesuai. Tidak perlu gunakan telur gred tingi seperti gred A dan AA :x:

Mana-mana resepi kuih pun, benda ini yang paling kena tahu. Untuk membuat kuih, telur gred B sesuai kerana kandungan cecairn atau putih telurnya cukup sesuai, tidak seperti telur gred AA yang mempunyai kandungan cecair yang terlalu tinggi sehingga membuatkan doh menjadi lembik. Jadi untuk membuat bahulu, kita tidak mahu bahan-bahan kita terlebih air. Barulah dapat bahulu yang ‘bersakar’! Garing di luar, lembut di dalam.

x:x Hilangkan bau hanyir telur x:x

Gunakan sedikit esen vanila ataupun pandan. Pandan lebih klasik, namun ikut selera badanlah ya.

Kredi dan rujukan:

  • sajionline[dot]com[dot]my – 10 info tentang telur
  • nurulshamsaidin[dot]blogspot[dot]com – Cara buat bahulu macam orang dulu-dulu
  • mohaszue[dot]com – Tips dan resepi bahulu tradisional

Kalau rasa macam mengidam nak makan bahulu tapi sampai ke sudah tak sampai seru nak buat sendiri, anda juga boleh mendapatkan Bahulu Sekupang yang dibeli secara pukal dengan harga semurah namanya!

Dhiaza Bahulu Sekupang adalah pakar bahulu tradisional sejak dari 2008 lagi. Bahulu yang dibuat kecil tetapi cukup sifat dan puas dimakan banyak-banyak tidak kira waktu dan musim.

Tips Bahulu Tradisional Lembut-1

Anda boleh mengikuti promosi-promosi semasa ataupun menghubungi untuk pertanyaan lebih lanjut terhadap produk Bahulu Sekupang ini di laman-laman di bawah:

Facebook | Instagram | WhatsApp

Alamat kedai di sini jika anda berkesempatan nak singgah merasa sampel dan sebagainya:

5A, Kampong Linchan, Mukim Padang Kerbau, 06750 Pendang, Kedah

Sekian sahaja artikel untuk siri jejak usahawan PeDAS Dhaiza Bahulu Sekupang. Jumpa lagi di siri pengenalan usahawan PeDAS yang lain akan datang ya!

Klik link di bawah untuk membaca profil penuh usahawan Bahulu Sekupang!

Entri pertama|| Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah | PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]


  • 0

Door Gift Bahulu Sekupang | Dhiaza:PeDAS

Siri jejak usahawan PeDAS diteruskan lagi dengan artikel “Door Gift Bahulu Sekupang | Dhiaza:PeDAS“. Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.


‘Buah Tangan Daru Hulu’

Cik Lis pernah menulis serba sedikit asal usul nama kuih bahulu sebelum ini. Secara ringkasnya, kuih bahulu berasal daripada ungkapan lama “buah tangan daru hulu“, di mana kuih ini dihulur kepada tetamu sebelum mereka berangkat pergi meninggalkan tuan rumah menggunakan jalan sungai menaiki perahu atau sampan. Malah, pengangkutan air ini juga selalunya berlabuh di hulu sungai, di atas jeti kecil.

Kuih ini menjadi pilihan sebagai buah tangan pada waktu itu kerana bahan pembuatannya sangat ringkas, namun penuh tekstur dan rasa seperti menyampaikan hasrat tuan rumah dan tetamunya untuk berpisah dengan baik dan memberi ingatan manis. Sebab itulah kuih bahulu sangat simbolik di kalangan rakyat Malaysia sebagai kuih cenderahati ataupun door gift.

Di Kedah, ada seorang pengusaha kuih bahulu tradisi yang murah dan sedap dan telah beroperasi lebih sepuluh tahun lamanya. Jika anda mahukan rasa bahulu yang klasik seperti orang dulu-dulu buat di dalam kuantiti yang banyak, jenama Bahulu Sekupang ini adalah jawapan untuk anda!

Door Gift Bahulu Sekupang Utara

Dhiaza Bahulu Sekupang ini adalah jenama di bawah syarikat HBB Utama Enterprise. Berpengalaman sejak dari tahun 2008 di dalam pembuatan kuih bahulu, pelbagai jenis bahulu menjadi pilihan pelanggan. Antaranya adalah:

Door Gift Bahulu Sekupang-1
  • bahulu sekupang (bahulu mini)
  • bahulu cermai atau kandeh
  • bahulu ikan emas
  • bahulu bunga (selalunya untuk door gift, disediakan di dalam kotak)
Door Gift Bahulu Sekupang-2

Pada awal penubuhan dan penjualan bahulu sekupang, harganya hanyalah 10 sen untuk satu!


Anda boleh mengikuti promosi-promosi semasa ataupun menghubungi untuk pertanyaan lebih lanjut terhadap produk Bahulu Sekupang ini di laman-laman di bawah:

Facebook | Instagram | WhatsApp

Alamat kedai di sini jika anda berkesempatan nak singgah merasa sampel dan sebagainya:

5A, Kampong Linchan, Mukim Padang Kerbau, 06750 Pendang, Kedah

Entri ketiga|| Tips Bahulu Tradisional Lembut | Dhiaza:PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]


  • 0

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah | PeDAS

Siri jejak usahawan PeDAS diteruskan lagi dengan artikel “Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah | PeDAS“. Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.


Bahulu Bersakar?

Cik Lis baru belajar satu perkataan ini; sakar atau sakor (dalam dialek negeri tertentu). Katanya, sakar ini kalau dalam kehidupan seharian, kita gunakan untuk menggambarkan keadaan dan rasa kuih bahulu yang rasa asli dari segi ratio atau kuantiti gula yang digunakan, kulit atau tekstur luar yang keras di luar, tetapi gebu di dalam.

Dari mana datang idea penggunaan perkataan ‘sakar’ untuk menggambarkan kuih bahulu ini?

ساکر

Tertulis di atas adalah tulisan jawi untuk perkataan ‘sakar’. Di dalam bahasa Arab, ianya tertulis seperti ini:

سُكّر

Ini adalah kata nama (noun) untuk gula. Bunyinya hampir sama dengan sebutan bahasa Inggeris, iaitu sugar.

Gambar sebagai hiasan

Jadi, pernyataan kuih bahulu bersakar atau bersakor ini mungkin adalah benar. Bahan membuat bahulu yang paling asas pun memang daripada gula, tepung dan telur.

Baru-baru ini, Cik Lis memperkenalkan dengan anda semua akan pembuat bahulu usahawan PeDAS dari Selatan Tanah Air. Kali ini, kita berkenalan dengan pembuat kuih bahulu dari Utara Malaysia pula!

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah

Nama jenama bahulu Dhiaza terkenal dengan keenakan bahulu sedap, lembut dan murah serendah sekupang sejak awal perniagaan lagi. Puan Rodiah Binti Md Akhir memulakan perniagaan bahulu sekupang ini dari tahun 2008 lagi di bawah syarikat miliknya, iaitu HBB Utama Enterprise.

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah-1
Puan Rodiah Binti Md Akhir

Keistimewaan bahulu sekupang selain daripada harganya yang murah adalah bentuknya yang comel dan kecil tetapi sama sedap seperti bahulu biasa yang lain. Bahulu sebegini sesuai untuk dijadikan seperti snek ringan yang sentiasa ada di dalam rumah mahupun di pejabat! kalau bosan dengan jajan, boleh lah cuba jadikan bahulu sekupang pengganti jajan.

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah-2

Selain bahulu sekupang, usahawan ini juga membuat bahulu-bahulu yang lain seperti:

  • bahulu ikan puyu
  • bahulu cermai atau kandeh
  • bahulu ikan emas
  • bahulu bunga (selalunya untuk door gift, disediakan di dalam kotak)

Dengan usia perniagaan bahulu lebih dari sepuluh tahun, semestinya kredibiliti dan kesedapan bahulu sekupang ini dijamin sedap!


Anda boleh mengikuti promosi-promosi semasa ataupun menghubungi untuk pertanyaan lebih lanjut terhadap produk Bahulu Sekupang ini di laman-laman di bawah:

Facebook | Instagram | WhatsApp

Alamat kedai di sini jika anda berkesempatan nak singgah merasa sampel dan sebagainya:

5A, Kampong Linchan, Mukim Padang Kerbau, 06750 Pendang, Kedah

Entri ketiga|| Tips Bahulu Tradisional Lembut | Dhiaza:PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]