Serunding Daging Terus Dari Kilang

May 13, 2022 by No Comments

Cik Min nak tanyalah, siapa dekat sini yang memang makanan favourite dia, serunding? Lagi-lagi, kalau serunding daging! Fuhhh, memang layan… Untuk pengetahuan Tuan/Puan, Cik Min baru tahu yang kita sebenarnya boleh dapatkan serunding daging terus dari kilang tau! Confirm freshhh!

Mengikut pengalaman Cik Min, tak banyak pengusaha yang selesa kalau pelanggan nak beli direct dari kilang ni. Tapi, kalau dengan HajiWan serunding, Tuan/Puan boleh siap boleh rasa serunding daging ni fresh from the oven, bak kata omputeh… Jadi, jom layan dulu perkongsian daripada Cik Min tentang HajiWan Serunding pada kali ini!

Usahawan Makanan Wajib Tahu Siapakah HajiWan Serunding

Sumber: HajiWan Serunding Kg Laut

Hari ni, Cik Min nak Tuan/Puan mengenali dengan lebih mendalam, siapa HajiWan Serunding ni sebenarnya. Haaa, HajiWan Serunding ni merupakan brand yang mengeluarkan produk serunding tau! Terutamanya, serunding daging terus dari kilang yang memang sedap dan fresh! Bagi Tuan/Puan yang menjual tempahan kuih-muih seperti popia mini atau karipap mini, sudah pasti akan memerlukan serunding sebagai inti kuih tersebut, kan? Jadi, pemilihan serunding yang betul adalah sangat penting, kerana kebiasaanya, pelanggan akan menilai keenakan sesuatu kuih melalui intinya.

Bagi Cik Min la, produk HajiWan Serunding ni berbeza sedikit dengan jenama serunding lain, sebab rasanya lebih sesuai untuk semua peringkat umur dalam kalangan ahli keluarga kita!

HajiWan Serunding Sememangnya Berbeza Dengan Serunding Jenama Lain!

serunding daging terus dari kilang

Setiap orang, pasti ada cita rasa mereka yang tersendiri, termasuklah Cik Min… Tapi, kalau cakap je tentang HajiWan Serunding ni, Cik Min pasti, semua golongan pun akan menggemari rasa serunding daging terus dari kilangnya itu! Antaranya sebabnya ialah:

1. Berpengalaman dalam penghasilan serunding daging terus dari kilang

serunding daging terus dari kilang

Kalau nak cari serunding yang authentic atau asli, Tuan/Puan kenalah kenal orang yang berpengalaman dalam pembikinan serunding. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, pengasas kepada HajiWan Serunding ini dikenali sebagai Haji Wan Abdullah. Beliau sudah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual serunding sejak tahun 2016. Dalam menghasilkan serunding yang segar dan enak, proses penghasilan serunding juga amat penting dalam memastikan kualiti serunding dan jangka hayatnya, agar tahan lebih lama. Hal ini kerana, apabila proses penghasilan serunding tidak dititikberatkan, ia akan menyebabkan serunding berbau hapak, atau teksturnya menjadi keras!

2. Resepi asli Kampung Laut, serunding daging terus dari kilang

Serunding Daging terus Dari Kilang

HajiWan Serunding telah menggunakan resepi turun-temurun sebanyak 3 generasi keluarga Haji Wan Abdullah, sejak tahun 1976 lagi! Resepi ini juga telah bertahan lebih daripada 30 tahun tau… Seperti yang kita ketahui, serunding ini sememangnya makanan asli negeri Kelantan dan Kampung Laut, Tumpat, Kelantan yang paling best dan digemari ramai! Jadi, tidak dapat diragui lagi, bahawa HajiWan Serunding sememangnya salah satu jenama yang perlu anda cuba dan rasai sendiri serunding dagingnya!

3. Penggunaan bahan yang berkualiti | Serunding Daging Terus Dari Kilang

serunding daging terus dari kilang

Tuan/Puan jangan risau ragu kerana, HajiWan Serunding sangat mementingkan kualiti dan kesegaran produknya juga tau! Baginya, penggunaan bahan basah perlu mencapai kriteria yang ditetapkan sebelum bermulanya proses masakan. Tambahan pula, penghasilan serunding HajiWan ini juga telah menggunakan rempah-ratus yang terpilih dan berkualiti tinggi yang mampu membuatkan serunding HajiWan tahan lama, sehingga 1 tahun dalam suhu bilik! Apa yang paling menarik perhatian Cik Min ialah, kebersihan juga amatlah dititikberatkan semasa pembikinan serunding dijalankan tau… Barulah rasa lega bila nak makan nanti, tak gitu?

4. Memiliki kilang sendiri

Kalau nama pun serunding daging terus dari kilang, sudah semestinya HajiWan Serunding ni ada kilang sendiri. Tuan/Puan mesti risau jika permintaan ramai, stok serunding pula tidak mencukupi kan? Tapi, Cik Min ada jalan penyelesaiannya… Cari je kilang HajiWan Serunding ni!

Ada banyak kelebihan kalau ada kilang sendiri ni tau… Antaranya ialah, jaminan rasa dan kualiti serunding juga pasti akan sama bagi setiap penghasilan. Consistency is the key bak kata omputeh!

Selain itu, proses pembikinan serunding HajiWan juga tidak menggunakan sebarang bahan pengawet buat masa terkini! Ini yang Cik Min paling suka, sebab semua ahli keluarga boleh makan tanpa rasa was-was!

5. Bagi usahawan yang mencari serunding daging terus dari kilang, custom order pun ada juga!

Berita baik bagi pengusaha-pengusaha yang sedang mencari stok serunding daging terus dari kilang, HajiWan Serunding turut sedia memberikan khidmat untuk customized order, mengikut kehendak pelanggan! Jangan risau… HajiWan Serunding pasti akan memberikan anda harga yang berpatutan sekiranya Tuan/Puan membeli dengan jumlah yang banyak! Tu yang Cik Min bertambah minat dengan HajiWan Serunding ni… All time favourite! Bukan sekadar kualiti, namun sebolehnya nak bantu pengusaha di Malaysia ni. Memang hebat!

Free Sample Untuk Pembaca Lunastory | Jangan Lepaskan Peluang Ini!

Oh ya, sebelum Cik Min terlupa! Tuan/Puan boleh dapatkan serunding sample taster secara PERCUMA yang disediakan khas oleh HajiWan Serunding, untuk Tuan/Puan tau! Boleh klik di sini untuk dapatkannya sekarang juga. Siapa cepat, dia dapat!

Bagi yang ingin mendapatkan serunding daripada HajiWan, Tuan/Puan boleh layari website HajiWan Serunding untuk membuat sebarang pembelian. Jika Tuan/Puan ingin bertanyakan sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552.

Sampai di sini dahulu perkongsian Cik Min pada kali ini ya! Untuk lebih banyak artikel menarik, boleh dapatkan di portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.