Sandwich Delivery Sedap Kajang | ST:PeDAS

March 15, 2020 by No Comments

Salam sejahtera buat semua pembaca artikel “Sandwich Delivery Sedap Kajang“. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.


Bagi yang penat bekerja mengikut waktu pejabat, waktu rehat adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu. Waktu makan tengahari terutamanya menjadi waktu kemuncak; orang tidak putus-putus berkunjung ke tempat-tempat makan tidak kiralah dimanapun pilihan tempat makan untuk hari tersebut.

sandwich delivery sedap kajang-1
Menu paling popular waktu lunch? Semestinya adalah nasi campur

Kantin ke, kafeteria bangunan pejabat ke, ataupun da bao/tapau makanan dan bawa balik ke pejabat makan di sana. Tak pun, carpool atau menumpang kereta dengan teman sepejabat dan keluar makan ke restoran-restoran pilihan.

Malangnya, bukan semua orang bernasib baik untuk dapat menghabiskan masa rehat untuk makan makanan kompleks sebegini kerana kesuntukan masa. Lalu makanan segera menjadi pilihan. Order je, terus sampai. Sesuai sangat lah untuk orang yang tak ada masa untuk keluar cari makan juga.

sandwich delivery sedap kajang-2

Ataupun, bila waktu rehat makan dah menjadi terlalu rutin, timbul rasa bosan. Kalau jenis yang memang bawa bekal ke tempat kerja pun boleh jadi bosan kalau asyik ulang masak lauk yang sama setiap hari selama bertahun-tahun.

sandwich delivery sedap kajang-3
Tak pasal-pasal fikir bab makan pun boleh bikin stress. Haihh…

Jika anda…

  • Berada di sekitar Kajang, Putrajaya, Bangi, Seri Kembangan, Semenyih dan Cyberjaya
  • Kesuntukan masa untuk keluar cari makan
  • Mencari makanan ringkas tapi sedap, cepat dan mengenyangkan
  • Mencari kelainan selain daripada makanan tengahari atau hadiah kejutan yang clichΓ© (hehe…)
  • Mencari pembuat makanan ringkas seperti sandwich yang berpengalaman dalam urusan katering untuk tempahan besar ataupun mengendalikan majlis berprestij
  • Sedang berduka hati remuk kena tipu beli sandwich yang intinya ada dekat hujung-hujung roti sahaja…(Cik Lis selalu kena kotttt…cis)

via GIPHY

Senang cerita, anda mencari sandwich delivery sedap Kajang? Anda mungkin mahu mencuba homemade sandwich penuh inti daripada Sandwich Terliur!


Sandwich Terliur: Sandwich Delivery Sedap Kajang

Sandwich Terliur adalah produk homemade sandwich hasil daripada buah fikiran pengasasnya, Siti Amirah Othman.

Dengan 7 jenis inti dan sos Cranberry serta Hickory yang Cik Lis sendiri pun jarang jumpa, semestinya ianya satu produk makanan yang menjamin kepuasan buat peminat rasa eksotik masam manis dan savuri ini!

Eggwich|Sandwich|Tunawich|Eggtuna|Chicksweety|Chicktuna|Eggfloss

sandwich delivery sedap kajang-4

Antara komen pelanggan-pelanggan Sandwich Terliur:

“…murah…tp awak punya betul2 sedap tuhanlah tahu…”

“…husband buat muka pelik…x sangka bila makan2 start, sandwich yang kena kebas dulu…hihihi…”

“…serious isi padat melimpah-limpah bila kita bite…not expected isi meriah cmtu…will repeat order…”

“…Memula keluarkan 2 kotak je. Pastu licinnn. Bila keluarkan kotak terakhir smua tepuk tgn…”

Sandwich Terliur juga berpengalaman dalam menyediakan hidangan untuk majlis-majlis berskala besar bertaraf VVIP!


Dah, dah. Seka air mata kecewa kena tipu dapat sandwich hiba lain tu cepat-cepat. Cik Lis letak link penuh Sandwich Terliur di bawah ni ye (q‒̀ᴗ-)✧

Facebook|Instagram|WhatsApp

Entri Cik Lis terdahulu usahawan PeDAS Sandwich Terliur ini dahulu ada Cik Lis selitkan berapa cas yang dikenakan untuk khidmat penghantaran delivery dan promosi packaging. Sudilah kiranya jika anda mengambil sedikit masa untuk membacanya ya (β—•α΄—β—•βœΏ)

Entri pertama|| Sandwich Terliur Pelbagai Rasa | PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.