Sambal Pecal Segera Lahza | Usahawan PeDAS

April 1, 2020 by No Comments

Artikel “Sambal Pecal Segera Lahza | Usahawan PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Pecal atau sambal pecal kebiasaannya pada asalnya dimakan bersama dengan ulam-ulaman atau sayur-sayuran. Malah, ada yang memanggilnya ‘Salad’ Orang Jawa, kerana ia dikatakan berasal dari sana.

Bahan dalam penyediaan sambal pecel yang unik daripada resepi sambal lain adalah kacang dan biasanya jenis kacang yang digunakan ialah kacang tanah. Sebab itu rasa sambal pecal manis berlemak seperti kacang selain daripada bahan-bahan yang lain.

Hari ini, sambal pecal bukan lagi hanya ekslusif dimakan bersama sayur-sayuran ataupun rojak-rojak. Terdapat pelbagai resepi hidangan berat sesuai digandingkan dengan sambal pecal ini.

Seperti makanan yang lain, sambal pecal juga mudah didapati kerana ramai yang sudah memasarkannya secara komersial di dalam bentuk mudah disediakan dan instant bagi menyesuaikan diri dengan keadaan dan gaya hidup masa kini. Usahawan PeDAS kita kali ini adalah pengeluar sambal pecal. Jom berkenalan dengan mereka!

Sambal Pecal Segera Lahza

Sambal Pecal Segera Lahza-1

Produk pecal daripada Lahza dimiliki oleh syarikat Lahza Enterprise. Encik Saiful Faiez bin Sohaimi telah menjalankan perniagaan ini sejak 2018.

Produk sambal pecal Lahza ini bermula dari Raub, Pahang dan telah berkembang dengan kewujudan produk terbaru iaitu kuah rojak Lahza.

Sambal Pecal Segera Lahza-2

Untuk produk sambal pecal, pengguna hanya perlu menambah air panas sahaja sebelum dicampur atau digunakan untuk hidangan! Ramai yang menyukai produk pecal dan kuah rojak Lahza ini.

Sambal Pecal Segera Lahza-3

Ingin mengikuti promosi-promosi semasa produk keluaran Lahza ini? Ataupun bertanyakan dengan lebih lanjut? Layari mereka di sini:

Facebook | Instagram | Lahza Homepage | WhatsApp | Saluran Youtube

Entri ketiga|| Mee Rebus Sambal Pecal | Lahza:PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.