Sambal Ikan Bilis Seri Nenda |Usahawan PeDAS

February 21, 2020 by No Comments

Bagi yang baru pertama kali singgah di page ini, usahawan “Sambal Ikan Bilis Seri Nenda |Usahawan PeDAS” adalah entri pertama untuk usahawan luar bandar Dapur Seri Nenda di bawah program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS). Anda boleh membaca ulasan lanjut mengenai program ini di bahagian nota kaki artikel.


Bercerita tentang sambal ikan bilis, sememangnya semua orang pasti biasa dengannya. Kalau tak ada sambal ikan bilis, terasa kosong hidangan nasi lemak. Iye, memang boleh ganti dengan hidangan lauk sambal yang lain (sambal sotong, sambal ayam, dsb.), tapi sesetengah orang rasa lebih rasi hidangan tertentu seperti nasi lemak dengan sambal ikan bilik yang rangup.

Ada sesetengah orang boleh makan nasi bersama lauk sambal ikan bilis semata-mata pun dah cukup kenyang! Ada juga yang memvariasikan hidangan sambal ikan bilis dengan menambah makanan lain seperti kentang, tempe dan sebagainya. Ikut selera tuan punya badan lah katakaaaannn…

Tiada masalah untuk membuat sambal ikan bilis mengikut citarasa tersendiri kalau ada dapur memasak, barang dan bahan memasak, serta masa. Tapi kalau tiada? Macam pelajar yang duduk di hostel yang tiada kemudahan dapur untuk menggoreng ataupun memang dilarang untuk memasak.

Takkan hari-hari makan dekat luar kot. Bukan nak jimat duit sangat, tapi kadang-kadang bila dah balik lewat, badan dah letih sangat tapi masih mahu makan makanan panas, maka digagahkan juga ke dapur atau pantry masak nasi. Kalau ada telur, goreng sebiji.

Badan dah letih sangat sangat, kalau ikutkan hati nak je terus terjun ke katil gebu kesayangan tu. Tak larat nak masak banyak-banyak. Hehe.

Sebab itu ada banyak jenis makanan yang biasa jadi side dish ini dah banyak dikomersialkan dalam bentuk mesra pek. Dan yang paling banyak permintaan adalah jenis buatan tangan (homemade). Orang makin sibuk, tapi masih inginkan rasa asli bukan mesin yang boleh menenangkan dan panas macam comfort food. Pengkomersialan sambal ikan bilis adalah antar produk side dish yang popular di pasaran.

Jom berkenalan dengan salah seorang pengusaha sambal ikan bilis homemade usahawan PeDAS (。•̀ᴗ-)✧


Sambal Ikan Bilis Seri Nenda: Sambal Ikan Negeri Sembilan

Sambal ikan bilis Seri Nenda, atau nama glamor Sambal Nenda N9 adalah salah satu produk keluaran usahawan Dapur Seri Nenda. Konsep pengkomersialan makanan homemade sambal bilis disasarkan untuk golongan yang suka makan sambal pedas tetapi kekurangan masa atau ‘kepakaran’ untuk membuatnya sendiri.

Pengasas Dapur Seri Nenda

Puan Fauziah Mohd Noh telah memulakan perniagaan Sambal Nenda N9 selama 2 tahun, namun permintaan terhadap produknya semakin hari semakin meningkat. Hal ini adalah kerana kualiti penghasilan sambal bilis Seri Nenda N9 sangat dititikberatkan oleh pengasasnya bagi memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dan gembira.

Kenapa Produk Sambal Bilis Seri Nenda Sangat Popular?

  • BUATAN SENDIRI TANPA PENGAWET ATAU BAHAN TIRUAN.
  • MENGGUNAKAN BAHAN BERKUALITI TINGGI.
  • TAHAN LAMA SEHINGGA 3 BULAN
  • SEDIA UNTUK DIHIDANG.
  • SESUAI DIMAKAN DENGAN PELBAGAI JENIS MAKANAN.

Moto atau Tagline Popular Dapur Seri Nenda

“All about sambal;
Try or Cry”

-Dapur Seri Nenda
View this post on Instagram

Take it don’t leave it😎 Delicious sambal ikan bilis #sambalnendan9 TRY! You will not regret 😏 Easy! Place your order with these steps. 1. Tap profile picture on the top to visit Zyeelicious 2. Tap the link in bio 😉 3. Place your order via whatsapp. Thank you and enjoy your day with #sambalnendan9 😊 #sambalnenda #sambalnendan9 #sambalikanbilis #sambalikanbiliscilipadi #sambalikanbilisciliapi #seleraorangkampung #selerakampung #kampungcuisine #seleranogori #seleranegerisembilan #seleranegeri9 #instantfood #rasaorangkampung #sambal #instantsambal #instantsambalikanbilis #sambalsegera #sambalikanbilissegera #delicious #deliciousfood #tasty #tastyfood #cuisine #malaysia #malaycuisine #malaysianfood #malaysiancuisine #nopreservatives #tanpabahanpengawet #original

A post shared by PEMINAT TEGAR Sambal Nenda N9 (@seri_nenda) on

Apa kata peminat sambal ikan bilis Seri Nenda ya?

View this post on Instagram

PERNAH TAK RASA KALAU TAK PEDAS RASA MACAM MAKAN TAPI MACAM TAK MAKAN … 🤭 Alhamdulillah, perkongsian ini datangnya dari salah seorang peminat SAMBAL NENDA N9 juga. ❤️ Puan Asmat Ismail Katanya dapat menjimatkan masanya dan sekarang botol sambal sentiasa standby di atas meja makannya sekeluarga. 🥰 Terima kasih saya ucapkan atas sokongan puan. Terima kasih juga kepada sahabat saya Salbiah Mokhtar yang memperkenalkan Sambal Nenda N9 kepada sahabatnya. #sambalado #lapar #sambalnendan9 #rendang #sambaleena #makan #makanan #orangkampung #foodhacks #foodphotography #foodporn #malaysianfoods #tudungbawal #ariani #hijabista #cantikcantik #lapar #kampung #masakan #resepi #rasa #marathonrunner #diet #fitness #fitnessjourney #umrah #melayu

A post shared by PEMINAT TEGAR Sambal Nenda N9 (@seri_nenda) on


Ingin mendekati usahawan PeDAS kita yang ini dengan lebih dekat? Atau berminat untuk mencuba produk pedas usahawan PeDAS Seri Nenda? Follow mereka di laman media sosial rasmi:

Facebook – link

Instagram – link

WhatsApp – link

Alamat HQ:

NO 27-1A, LOT 237,
KAMPUNG SUNGAI JAI,
JALAN SUNGAI JAI, BERANANG
43700 SELANGOR

Klik link di bawah untuk entri seterusnya dari usahawan ini:

Entri kedua||Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Padi |Seri Nenda PeDAS

Entri ketiga|| Petua Sambal Tahan Lama Daripada Seri Nenda |PeDAS


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program anjuran kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.