Tips Basuh Tudung dari Niqa Hijab Wash Sabun Pencuci Tudung

December 10, 2018 by No Comments

Tips Basuh Tudung dari Niqa Hijab Wash Sabun Pencuci Tudung

Bayangkanlah perasaan yang hancur apabila lihat tudung yang kita sayang ada kesan minyak pada wajah, peluh dan paling sadis ialah kesan kosmetik (make-up) macam lipstick, maskara dan bedak asa (foundation).
Memang sabun pencuci tudung Niqa adalah penyelamatnya.

Tudung adalah kawan baik (BFF) seorang wanita. Tidak pernah ada hari yang tidak menggunakannya kan rasanya. Dan dalam banyak-banyak kawan baik, mesti ada yang ‘favourite’.

Niqa Hijab Wash Sabun Cuci Tudung

Niqa adalah pembantu kaum wanita bagi isu hilangkan kesan peluh pada tudung chiffon atau apa-apa sahaja material kain tudung anda. Samada tudung sarung, shawl, tudung labuh atau apa juga jenis tudung, kami faham kasihnya anda kepada tudung yang dimiliki tanpa batasan haha.

Tambah-tambah lagi bagi tudung yang limited edition kan? Sayang kalau tak dijaga betul-betul bersama Niqa Hijab Wash.

Niqa Hijab Wash selaku peneraju sabun cuci tudung ingin kongsikan tips basuh tudung supaya tudung kekal cantik seperti baru dan yang paling penting ialah bersih!
No tompok-tompok anymore. Semudah 1.2.3 – Rendam, bilas dan sidai.

Tips Pertama :
Asingkan yang berwarna dan yang putih bersih.

Terutama tudung yang baru dibeli dimana kita tak tahu warnanya turun atau tidak. Asingkan siap-siap dalam baldi yang berbeza semasa membasuhnya.

Kalau warna dah turun dan bertompok-tompok pada tudung putih kita, lagi susah nak buat.

Kalau kawan-kawan guna Niqa Hijab Wash Sabun Cuci Tudung, hanya guna teknik ini:

Tips Basuh Tudung Cuci Tudung

Rendam 10 – 20 ml Niqa ke dalam baldi yang berisi air. Rendam tudung yang hendak dibasuh kedalam baldi tersebut.

Ingat ya, asingkan tudung berwarna putih dan juga yang baru dibeli.

Tips tambahan : Bagi tudung yang mempunyai manik, hiasan mahupun bulu-bulu yang istimewa juga kena diasingkan dengan tudung plain. Ianya bagi mengelakkan mereka ‘tersangkut’ satu sama lain didalam baldi dan menimbulkan kemudaratan lain haha.

Tips Guna Sabun Pencuci Tudung Kedua : Bilas Manja Manja Sahaja

Dengan menggunakan Niqa Sabun pencuci Tudung, Puan-Puan hanya perlu bilas manja sahaja. Elakkan berus mahupun tenaga berlebihan semasa menyental kotoran pada tudung anda.

Takut material tudung rosak terutama fabrik yang sensitif jika kita sental beria-ria.
Niqa Hijab Wash memang diformulasi supaya ‘hanya bilas sedikit dah bersih’. That is what best friend is for kan?

Tips Basuh Cuci Tudung

Tips Ketiga – Sidai Tudung di Bawah Bumbung

Matahari panas terik memang kelebihan untuk berada di Malaysia. Namun cahaya matahari berlebihan tak elok untuk fabrik tudung kita. Ada setengah kain tudung akan jadi keras kejung dan tak seronok untuk di pakai nanti. Ada juga kain tudung yang jadi lembut sangat akibat terlalu lama berjemur di bawah panas.

Seeloknya, sidai bawah bumbung dan sebaik sahaja tudung kering, terus angkat dari penyidai.

Jangan tunggu macam dialog dalam cerita P.Ramlee “Eni…angkat hujan, jemuran dah turun’ haha baru nak angkat tudung yang disidai ya.

Niqa Hijab Wash 1

Untuk mendapatkan Niqa Hijab Wash bagi cepat hilangkan kesan peluh pada tudung boleh hubungi :

Facebook Niqa Hijab Wash

Klik untuk menjadi ejen Niqa Hijab Wash

WhatsApp tim Niqa untuk mendapatkan produk ini

Baca artikel tentang Tips Hilangkan Kesan Peluh Pada Tudung

Hilangkan Kesan Peluh Pada Tudung

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.