Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2022

March 17, 2022 by No Comments

Hasrat rakyat Malaysia akhirnya bakal tercapai juga. Hal ini dikatakan demikian kerana, kerajaan kini telah bersetuju membenarkan pencarum membuat permohonan pengeluaran Khas KWSP 2022 sebanyak RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Ikuti perkongsian dengan lebih lanjut di bawah mengenai maklumat permohonan pengeluaran khas KWSP 2022 seperti yang telah diumumkan kerajaan. Sebelum itu, informasi bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Edu Bestari.

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2022

Pengeluaran Khas KWSP Sehingga RM10,000

Pada 16 Mac 2022, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan permohonan pengeluaran khas KWSP 2022 sebanyak:

  • Minimum RM50 sehingga RM10,000

Walau bagaimanapun, pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Sekiranya tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses.

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2022

Tarikh Pemohonan Pengeluaran Khas KWSP 2022

Untuk makluman anda, KWSP telah memaklumkan tarikh permohonan pengeluaran khas KWSP boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 1 April sehingga 30 April 2022

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP

Pembayaran bagi pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 adalah:

  • Mulai 20 April 2022

Dinasihatkan Membuat Pengeluaran Jika Terdesak Sahaja

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat. Justeru, pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

“Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.”

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.”

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Walaupun kerajaan memberi kebenaran untuk membuat pengeluaran khas KWSP, namun, perdana menteri merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.