Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin Malaysia | Momazing PeDAS

February 11, 2020 by No Comments

Artikel “Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin Malaysia | Momazing PeDAS” ini merupakan entri kedua untuk usahawan ini di dalam siri pengenalan usahawan luar bandar di bawah program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS). Anda boleh membaca ulasan lanjut mengenai program ini di bahagian nota kaki artikel ini.

Jika anda baru mengikuti siri ini, anda boleh baca profil usahawan ini dengan klik di sini [link – Usahawan PeDAS – Momazing Tanjak Melayu Asli]


Dilema Pengantin Baru – Majlis Kahwin dan Doorgift

Majlis lagi dua bulan nak on. Kad wajib untuk orang-orang old timer dah siap di print, ready untuk dihantar. E-jemputan pun developer dah siap buat dan share link, tinggal nak send dekat group-group bawang WhatsApp keluarga dan sahabat handai.

Satu je problem tak settle lagi dari sekarang: nak bagi apa dekat jemputan yang datang nanti ya? Maka mula lah episod tak tidur malam bertapa depan laptop atau tangan sibuk meng-Google idea.

Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin-1
Stress planning bab kahwin ni, bukan pengantin je yang rasa; ibu bapa dan kaum keluarga semua tumpang stress nak buat majlis besar ni.

Bagi yang memang betul nak ikut cara perkahwinan orang Melayu, bunga telur mesti ada. Ataupun bunga rampai dalam kantung macam potpourri gitu. Tapi zaman sekarang, jarang orang kita bagi bunga telur semata-mata. Jadi, apa lagi pilihan lain yang ada?

Jika anda mahu mencari hadiah doorgift yang lain daripada yang lain, mengikut tema perkahwinan ala Melayu dan mungkin padan dengan baju songket pengantin sendiri, tanjak kecil dari Momazing ada jawapannya!

Tanjak Doorgift Dari Momazing – Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin Viral

Tanjak tidak asing lagi dalam tradisi orang Melayu sebagai perhiasan kepala bagi kaum lelaki. Dengan peralihan zaman, pemakaian tanjak jarang lagi dapat dilihat sebagai aksesori penghias pakaian harian kaum lelaki di jalanan. Namun, ianya masih terserlah dan diabadikan dalam majlis rasmi di Malaysia.

Majlis rasmi yang paling sinonim? Semestinya adalah majlis perkahwinan. Boleh dikatakan setiap hujung minggu pasti ada ruang dewan resepsi penuh di mana-mana tempat.

Orang kita dah tak kira dah, cuti sekolah mahupun tidak. Bukan senang nak dapat tempah ruang dewan dah sekarang; kadang-kadang sampai kena tunggu dalam queue list selama setahun jika perlukan tempat yang sangat spesifik!

Haha.

Apapun, mari kita berbalik semula kepada idea tanjak doorgift kahwin tadi. Gambar-gambar berikut adalah antara sampel rupa doorgift yang direka oleh Momazing. Sebijik macam replika raja sehari dengan kerongsang bulan bintang yang ikonik!

Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin-3
Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin-2
Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin-3

Mini Tanjak Songket doorgift dari Momazing ini memang nampak eksklusif! Sangat sesuai untuk dijadikan doorgift, lebih-lebih lagi tetamu VIP anda.

Cara tanjak Melayu diabadikan oleh Momazing sebagai tanda mata memang kualitinya dijaga elok. Boleh nampak dari sini yang replika tanjak sangat terperinci; daripada pemilihan material songket hinggalah ke kerongsang mininya.

Bukan pengantin sahaja yang boleh guna idea doorgift high-end ini; majlis rasmi lain pun sesuai tau!

Contoh majlis rasmi?

|Majlis Aqiqah / Cukur Jambul|Program Club / Universiti /Sekolah/ Kementerian Kerajaan|Reunion Sekolah|Hari Keluarga|

…dan bermacam-macam lagi!

Hubungi sahaja mereka di sini untuk membuat tempahan dan konsultasi di nombor yang tertera di laman rasmi media sosial Momazing ini:


Bagi yang belum singgah di entri pertama siri ini, Momazing adalah brand servis menjahit barang aksesori untuk kanak-kanak dan bayi. Selain daripada menjadi pembekal tanjak doorgift kahwin, Momazing juga terkenal dengan produk tanjak viral kanak-kanak.

Cik LIS sambung reviu produk tanjak kanak-kanak by Momazing di entri berikutnya di sini ya! Jangan lupa klik link di bawah ini tau (。•̀ᴗ-)✧

Link-link berguna untuk anda: WhatsApp (Zulqarnain) | Facebook | Instagram | Shopee |

Baca Seterusnya: Cara Memakai Tanjak Kanak-Kanak Momazing | PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.