Pembekal Madu Kelulut Perak | PeDAS FZ Agro

February 13, 2020 by No Comments

Bagi yang baru pertama kali singgah di page ini, usahawan “Pembekal Madu Kelulut Perak | PeDAS FZ Agro” adalah entri pertama untuk usahawan luar bandar FZ Agro Products and Services di bawah program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS). Anda boleh membaca ulasan lanjut mengenai program ini di bahagian nota kaki artikel.


Madu. Penggunaannya meluas dalam kehidupan seharian. Daripada di meja makan hinggalah ke barangan kecantikan. Iyelah, bagi Cik LIS sendiri, kalau ada lempeng a.k.a. pancake atas meja makan, memang wajib ada madu ni. Siap dengan butter gitu.

Pembekal madu kelulut perak-1

Ada juga orang yang suka minum minuman macam teh dengan madu. Baru rasa feeling-feeling macam noble lady bila minum teh macam ala-ala cerita period drama Downton Abbey tu.

Pembekal madu kelulut perak-2
Classy lady lakonan Dame Maggie Smith (kanan) di dalam cerita Downton Abbey (image from s.yimg.com)

Salah satu jenis madu lebah asli yang sangat popular di Malaysia adalah madu dari lebah kelulut. Mana kan tidaknya, pelbagai insentif dan kajian yang disediakan oleh kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kepada penternak lebah madu kelulut untuk memperbanyakkan lagi produk madu ini. Antaranya adalah dengan memberi pelepasan cukai atau insentif fiskal di bawah Projek Pengeluaran Bahan Makanan Yang Diluluskan [link].

No wonder lah madu kelulut ni juga diangkat sebagai makanan ‘super food‘! Kebaikan yang terkandung di dalamnya dan galakkan yang positif dari dunia penyelidikan, insentif kerajaan dan pelabur yang ramai membuatkan ramai yang berminat untuk pembekal madu kelulut ini.

So, siapakah personaliti usahawan madu kelulut PeDAS kita kali ini ya? Jom berkenalan dengan pengasas produk madu kelulut Trigona Bee Honey ini bersama Cik LIS.

Pembekal Madu Kelulut Perak, Trigona Bee Honey

Pembekal Madu Kelulut Perak: Pengenalan

Trigona Bee Honey adalah antara hasil produk keluaran FZ Agro Products and Services yang berpusat di Semanggol, Perak. Pemilik produk Trigona Bee Honey ini daripada anak dan ibu, iaitu Cik Siti Nuraini binti Yusof dan Puan Salhah binti Ramli (Ibu).

Trigona Bee Honey adalah Produk Keluaran Bumiputera

Perniagaan keluarga ini telah wujud lebih daripada 6 tahun. Produk keluaran mereka telah mendapat pensijilan HALAL oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) [no. sijil: JAKIM/(S/(22.00)/492/2/1 007-06/2014] sejak tahun 2014 lagi.

Kata-kata Inspirasi dari founder, FZ Agro Products and Service

“Tiada istilah terlambat untuk memulakan sesuatu, jika ada minat yang mendalam, pengetahuan yang luas, rajin berusaha dan tidak kenal putus asa, sesiapa pun boleh berjaya”

Founder, Allahyarham Hj. Yusof bin Abdullah dan Hjh. Salhah binti Ramli

A wise word to live by. Selagi nyawa dikandung badan, kejar dan jadikan cita-cita kita satu realiti.

Apa jenis produk di bawah jenama a.k.a. brand Trigona Bee Honey ini?

  • Trigona Bee Honey Natural Madu Kelulut – produk makanan tambahan organik
  • Sabun kecantikan Madu Kelulut – self explanatory. Produk kecantikan organik.
Pembekal madu kelulut perak-3
Pembekal madu kelulut perak-4

Di mana anda boleh menghubungi atau mengenali usahawan ini di media sosial?

Laman rasmi Facebook

Laman rasmi Instagram

Marketplace di Shopee [link]

Alamat kedai fizikal

FZ Agro Products and Services
Lot 6400 A, Jalan Bukit Merah,
Kubu Gajah, 34400 Semanggol, Perak.


Disebabkan kekangan masa, Cik LIS sambung reviu usahawan ini dengan detail penuh servis mereka di artikel seterusnya ya.

Link-link berguna untuk anda: WhatsApp | Facebook | Instagram | Shopee |

Baca Servis Usahawan PeDAS: Madu Kelulut FZ Agro Trigona Bee Honey | PeDAS


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.