Pembekal Ayam Gunting Frozen | Abim Best Terbaik

August 10, 2022 by No Comments

Assalamualaikum dah hai semua! Hari ini Cik Min ada benda best nak kongsi dengan para pembaca setia Lunastory. Anda semua tahu tak, sekarang, ayam gunting pun dah ada dalam bentuk frozen tau! Lepas ni, bolehlah anda borong ayam gunting banyak-banyak daripada salah satu pembekal ayam gunting frozen terbaik di Johor ini.

Sekali sekala tu kalau craving ayam gunting, tapi tak rajin nak drive keluar, anda boleh goreng aje ayam gunting versi frozen ni. Lepas tu, makan panas-panas. Memang nikmat! Tapi, di mana agaknya nak cari pembekal ayam gunting frozen yang betul-betul trusted di Johor ni?

Haha, Cik Min ada jawapannya…

Salah satu pembekal ayam gunting frozen terbaik di Johor ialah, Abim Best! Nak tahu info dengan lebih lanjut? Pastikan anda baca perkongsian Cik Min sampai habis ya. Pssst, ada surprise menanti anda di hujung artikel tau. Stay tuned.

Keistimewaan Ayam Gunting Jenama Abim Best, Pembekal Ayam Gunting Frozen Terbaik di Johor

Cik Min yakin, anda semua pasti pernah cuba hidangan ayam gunting ni kan? Kalau dimakan panas-panas, fuhhh memang layan. Memang banyak peniaga yang menjual ayam gunting ni, terutama di kawasan pasar malam dan juga kiosk-kiosk kecil di tepi jalan.

Tapi, anda pernah cuba tak ayam gunting terbaik daripada Abim Best? Kalau belum, inilah peluang terbaik untuk anda rasai sendiri keenakannya! Ayam gunting Abim Best ni merupakan salah satu nikmat yang tak boleh dilepaskan tau … Memang lain daripada yang lain.

Pembekal ayam gunting frozen
Sumber: Facebook Abim Best

Keistimewaan pertama ayam gunting Abim Best ini adalah dari segi rasanya yang unik. Untuk pengetahuan anda, snek ini asalnya dari negara Taiwan dan telah disesuaikan mengikut selera orang Malaysia. Oleh itu, segala resipi yang digunakan oleh Abim Best untuk menghasilkan ayam gunting terbaik ini sudah semestinya kena dengan tekak anda.

Kedua ialah, daging ayamnya merupakan sumber tempatan. Ia turut diproses oleh kilang-kilang yang dijamin 100% bumiputera dan keluaran muslim. Apa yang penting, halalan thoyyibanInsyaAllah, tiada ruang keraguan jika anda membeli produk-produk daripada Abim Best.

Selain itu, Abim Best bukan semata-mata menjual ayam gunting sahaja tau! Terdapat banyak lagi pilihan produk lain yang turut dijual di sini. Antaranya ialah sotong raja, sosej cheese, ayam fillet dan Mozzarella Chicken Bomb (MCB). Pastikan anda borong kesemuanya jika ke Abim Best ya…

Pembekal Ayam Gunting Frozen Abim Best, Produk Dijamin Tahan Lama!

Zaman sekarang ni, lebih ramai pembeli memilih makanan frozen untuk disimpan sebagai stok di rumah. Jadi, pastikan anda beli ayam gunting frozen daripada pembekal terbaik di Johor ini ya. Jika keluarga besar ingin berkunjung ke rumah nanti, anda tinggal goreng sahaja ayam gunting Abim Best ini untuk dijadikan hidangan buat mereka. Mudah kan?

Eh, choppp! Bukan itu sahaja, kalau anda nak jadikan ia sebagai hidangan dalam majlis kecil-kecilan pun sesuai sangat. Bak kata orang, hidangan rare macam ni pasti akan disukai ramai.

Selain itu, kalau anda berminat untuk memborong ayam gunting frozen Abim Best sambil menjana side income pun boleh juga! Senang cerita, banyak sungguh kelebihannya kalau anda dapatkan ayam gunting frozen daripada pembekal bernama Abim Best ni.

Sumber: Facebook Abim Best

Cik Min tahu, pasti ada di antara anda yang tertanya-tanya tentang ketahanan produk Abim Best ni kan? Almaklumlah, kalau nak borong secara banyak, maka kita juga perlu tahu seberapa lama setiap produk itu boleh bertahan di dalam simpanan. Tak gitu?

Apa yang pasti, anda tak perlu risau kerana produk Abim Best dijamin segar dan mampu bertahan lama! Ayam gunting frozen daripada Abim Best ini boleh bertahan sehingga 12 bulan daripada tarikh ia dikilangkan. Jadi, para pembeli perlu pastikan agar produk disimpan di dalam peti sejuk beku agar ia lebih tahan lama dan kualitinya tetap padu.

Adakah Limit Pembelian Ditetapkan oleh Abim Best? | Pembekal Ayam Gunting Frozen Terbaik

Pembekal ayam gunting frozen
Sumber: Facebook Abim Best

Abim Best, selaku pembekal ayam gunting frozen terbaik di Johor ini tidak menetapkan sebarang limit untuk setiap pembelian para pelanggannya. Hebat tak hebat? Jadi, anda bolehlah beli sebanyak mana yang anda mahu.

Kalau nak beli satu sahaja pun boleh, kalau nak beli secara borong pun boleh! Cuma Cik Min sarankan, jika anda berniat untuk membeli atau memborong secara banyak, pastikan anda tempah atau inform pihak Abim Best terlebih dahulu ya.

Di sini Cik Min kongsikan alamat kedainya juga, No.3, Jalan Intan 2, Taman Intan, 84900 Tangkak, Johor. Anda juga boleh hubungi Abim Best di talian, 016-888 9957.

Duk bercakap tentang ayam gunting ni, Cik Min terasa macam nak ke Tangkaklah petang ni. Nak pergi borong ayam gunting frozen daripada Abim Best. Bolehlah Cik Min beri kepada keluarga dan jiran-jiran untuk rasai sekali keenakannya. Mesti mereka suka! So, ada sesiapa nak join Cik Min serbu Abim Best petang nanti? Roger me, okay

Peraduan MERDEKA Bersama ABIM BEST

Pembekal ayam gunting frozen
Sumber: Facebook Abim Best

Berita baik untuk anda semua: ABIM BEST sedang mengadakan peraduan beli dan menang pelbagai hadiah menarik. Pembelian terbanyak, akan menjadi pemenangnya tau!

Jadi, kepada anda yang ingin memenangi hadiah-hadiah tersebut, anda boleh ke mana-mana kiosk ABIM BEST sekarang juga. Peraduan berlangsung bermula 1/8/2022 sehingga 31/8/2022 sahaja! Untuk ketahui cara penyertaan dengan lebih lanjut, tekan di sini.

Jom layari Facebook ABIM BEST dan Instagram ABIM BEST untuk dapatkan update terkini, atau WhatsApp sahaja team Abim Best di talian 016-888 9957 untuk maklumat lanjut.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.