LunaStory.com

Blog Malaysia

 
  • Home
  • Blogger Review Filem Malaysia
  • Blog
  • Advertorial
  • Retail
    • Restoren
Menu
  • Home
  • Blogger Review Filem Malaysia
  • Blog
  • Advertorial
  • Retail
    • Restoren
  • Panjat pokok : Perkara yang jarang dilakukan

    panjat pokok

    Cerita kalini tentang panjat pokok

     

    Blog ini Mommy buat untuk rekodkan aktiviti anak-anak yang dikasihi walaupun hanya aktiviti panjat pokok.
    Lama Mommy terberhenti menulis tentang anak-anak.

    Antaranya Mommy tak mahu anak-anak segan (bila tiba masanya) waktu mereka pandai membaca. Tapi ada ketikanya bila anak-anak bertanya tentang bagaimana mereka semasa kecil, Mommy (hampir) terlupa tentang dialog dan pertanyaan mereka. Sebab segalanya tak bertulis.
    Sekali-sekala mereka panjat pokok bolehlah Mommy kongsi disini ya!

    Mommy hanya ingat apa yang pernah ditulis dalam Facebook dan blog.

    Soalan simple sahaja seperti “Gigi Dzakwan yang mana tumbuh dahulu? Atas atau bawah? Kanan atau kiri?”
    Pun Mommy tak dapat jawab.


    Disember 2016 – aktiviti panjat pokok

    Gambar semasa Disember 2016, kami ke playground bersebelahan taman dengan berjalan kaki.panjat pokok

    Semasa berjalan kaki dengan tiga orang anak, memang merisaukan. Seakan lebih baik Mommy baring (sahaja) dirumah dan anak-anak berada dalam radius sekitar (apabila berpusing)

    Tapi Mommy bawa juga mereka keluar. If things are happen, it meant to be happened at all kan. Sentiasa doa yang baik-baik untuk keluarga kita dan orang lain.

    Berlatih melintas jalan dalam taman. dalam ragu-ragu nak jalan melintas atau nak berhenti dahulu sambil memanggil Dzakwan yang suka berlari laju dihadapan kami, Zikry tiba-tiba lari laju melintas jalan seorang diri.

    Kereta itu pun hanya dipandu (perlahan) dalam taman. Namun masih biru hijau jadinya warna Mommy dan pemandu. Kedua-dua kami terkejut bila ada anak kecil (tiba-tiba) lari laju melintas jalan.

    Subhanallah.

    Mommy beritahunya betapa serius apa yang dia lakukan. Semoga dia belajar dari peristiwa itu.

    Pesan Mommy “Whatever happens, stay with your family”.

    Angguk Zikry (cuba) memahami.

    Masa Mommy kecil umur 5 ke 6 tahun, Mommy pun seberani itu melintas jalan besar di Bagan Datoh dan Shah Alam. Keberanian yang Zikry ada — Mommy hargai. semoga ia dapat disalurkan ke jalan perjuangan agama suatu hari nanti ya anak.

    Perjalanan ke playground mengambil masa dalam 10 ke 15 minit. Kami melalui kawasan guard dahulu. Biasanya guard akan bertanya mengusik anak-anak “Nak kemana tu?”. Setiap kali itu juga Zikry akan mengingatkan “Nanti kita beli air tin untuk guard itu ya Mommy”.

    Rutin sebelum sampai ke playground ialah singgah ke Minimarket Speedmart. Mommy belikan jus dan biskut. Air kosong biasanya Mommy bawa dari rumah. Air untuk guard — selalunya Mommy akan (janji) untuk belikan lepas habis mereka bermain. Kadang-kadang ingat, selalunya terlupa bila anak-anak dah berpeluh.

     

    Bermain di playground yang dikongsi bersama dengan anak-anak lain yang tinggal di perumahan ini.
    Jarang ibu-bapa datang bawa anak kecil bermain disini. Selalu yang bermain disini berumur 10 tahun ke atas. Jadi tak macam playground untuk anak kecil. Buaian yang ada disini pun tak cukup mencabar anak-anak yang datang bermain disini.

    Sambil menanti mereka bermain, Mommy akan sketching pemandangan yang Mommy nampak.
    Melatih minda kiri dan kanan Mommy untuk berfikir diluar kotak.

    Sambil sketching gambar playground itu, Mommy lihat Zikry tercari-cari sesuatu.

    “Zikry cari apa?”

    “Zikry cari pokok untuk  dipanjat” jawabnya.

    “Di taman ini ada banyak pokok, panjatlah. tapi tengok dahulu samada pokok itu ada semut gatal atau dahan yang hampir reput”

    Ianya pesanan Mommy yang bercampur-campur rasa. Separuh rasa — ini waktunya untuk mereka merasa keseronokan jadi kanak-kanak yang kita lalui dahulu.
    Separuh rasa lagi ialah risau — bagaimana jika jadi apa-apa.

    Macam itulah ibu. Tapi biar apapun berlaku, doa Mommy tetap selamanya untuk anak-anak ini. Semoga selamat kehidupannya dunia dan akhirah.

    Bersih hatinya dan sentiasa dipandu.

    Panjatlah pokok itu. Akan ada banyak perkara yang akan dilalui dan bakal berlaku yang Mommy tak tahu.
    Namun doa Mommy sentiasa bersama kalian.


     

    Nak kongsikan dengan kawan?

    • Click to share on Facebook (Opens in new window)
    • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
    • Click to share on Twitter (Opens in new window)

    December 7, 2016 / Cik Luna / 0

    Categories: Lunakids

    Ebit Liew : Seorang Da’ie Yang Menginspirasi

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tentang LunaStory.com

Lunastory.com adalah sebuah blog oleh kumpulan penulis dan blogger Malaysia mengenai lifestyle, produk dan servis yang ditulis untuk berkongsi manfaatnya kepada pengguna Internet di Malaysia.

Ditulis dalam Bahasa Melayu dan berpengalaman selama hampir 20 tahun dalam penulisan blog dan SEO.

Blog ini mempunyai servis untuk menulis mengenai produk dan events yang bersesuaian.

Sebarang pertanyaan untuk quotation servis boleh emel ke lunastory.com@gmail.com

Facebook Page

Facebook Page

Arkib Artikel

  • February 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • December 2016

Top Posts & Pages

  • Petua Sambal Tahan Lama Daripada Seri Nenda |PeDAS
  • Harga Poslaju : Senarai Harga Kotak dan Sampul Poslaju yang Terkini
  • Cara Tukar Kad Pengenalan Baru
  • Pati Delima Organik Terbaik Dunia - Olive House
  • Cara Buat Baja Organik - Penyediaan Bekas Sisa Makanan
  • Resepi Ayam Penyet yang Mudah disediakan
  • Pejabat Pos Mid Valley dibuka pada hari Sabtu dan Ahad
  • Hilangkan Kesan Peluh Pada Tudung Dengan Niqa Hijab Wash
  • Ebit Liew : Seorang Da'ie Yang Menginspirasi
  • Review Filem Paskal The Movie - Bangganya Dengan Filem Malaysia
Milk Booster

Categories

  • Advertorial
  • Akaun
  • Aktiviti Parenting
  • Bakery
  • Beauty
  • Blog
  • Charity
  • Event Management
  • Hiking /Trailing
  • Hotel
  • Kisah Inspirasi
  • Lunakids
  • Malaysia
  • Morocco
  • Online Marketing
  • Parenting Tips
  • Penulisan
  • Places
  • Poslaju
  • Produk Kesihatan
  • Resepi
  • Restoren
  • Retail
  • Review Filem
  • Selebriti
  • Sports Massage
  • Tips
  • Travel

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 3 other subscribers

 

Statistik

Total7828572774
Today2426
This Week2411060
This Month2448389

Artikel Terkini

  • Tingkat Selera Makan Anak Bawah 6 Tahun
  • Susu Kambing Formula Terbaik? Baca Dahulu Disini
  • Susu Kambing Terbaik | Ada Apa Dengan Kambing
  • Adab Menuntut Ilmu Online | Semua Jenis Kelas Online
  • Ulangkaji Tajwid Secara LIVE dan Online | Beana Home Quran
  • Huruf Hijaiyah Al Quran Dengan Flashcard

Pages

  • Blog Review Filem Malaysia
  • Kelas Belajar SEO

Categories

  • Advertorial
  • Aktiviti Parenting
  • Bakery
  • Beauty
  • Blog
  • Charity
  • Event Management
  • Hiking /Trailing
  • Hotel
  • Kisah Inspirasi
  • Lunakids
  • Malaysia
  • Morocco
  • Parenting Tips
  • Penulisan
  • Places
  • Poslaju
  • Produk Kesihatan
  • Resepi
  • Restoren
  • Retail
  • Review Filem
  • Selebriti
  • Sports Massage
  • Tips
  • Tips Perniagaan
    • Akaun
    • Online Marketing
  • Travel

Copyright © 2017 Luna StoryTheme created by PWT. Powered by WordPress.org