Momazing Tanjak Melayu Asli |Usahawan PeDAS

February 11, 2020 by No Comments

Artikel “Momazing Tanjak Melayu Asli |Usahawan PeDAS” ini merupakan entri pertama untuk usahawan ini di dalam siri pengenalan usahawan luar bandar di bawah program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS). Anda boleh membaca ulasan lanjut mengenai program ini di bahagian nota kaki artikel ini.

*Tanjak di sini merujuk kepada tanjak di dalam daftar kata Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka demi kesejahteraan bersama ya (。•̀ᴗ-)✧. [link]


Tanjak-Seni Peragaan Tradisional Melayu

Tanjak. Sebut sahaja perkataan ni, benda pertama yang keluar dalam kepala adalah pendekar. Macam kain yang dililit di atas kepala salah satu gambar lama dalam filem pendekar Bujang Lapok.

Momazing Tanjak Melayu Asli-1
Kalau tak silap, pelakon yang pakai tanjak ni namanya Pendekar Mustar di dalam filem ini. Nampak sangat Cik LIS tak boleh move on lagi dengan filem Bujang Lapok (¬‿¬ )
(Sumber gambar: mymartialarts.nas.my)

Dengan erti kata lain, tanjak bagi Cik LIS adalah simbol macho. Pesilat-pesilat dalam sukan SEA ada yang pakai tanjak juga kan? Nampak macam hulubalang/pahlawan/pendekar nak pergi berperang.

Bila lagi kita biasa nampak tanjak? Hujung minggu biasanya penuh dengan undangan walimatul urus kan? Pengantin lelaki di perkahwinan ala melayu tradisional bersongket mesti pakai tanjak songket juga untuk nampak segak.

Momazing Tanjak Melayu Asli-2
Kalau yang jenis ni, memang kena pergi galeri pengantin ataupun pameran muzium baru dapat tengok yang ori punya.

Setakat ini, semua yang Cik LIS tuliskan semuanya berkait dengan fesyen hiasan kepala untuk kaum lelaki dewasa kan?

“Tapi Cik LIS, anak saya pakai tanjak juga berpantun / bersyair / berpuisi / berkompang / berkawad dalam acara di sekolah. Siap ada awning/lace cantik/rupa macam bendera Malaysia lagi tau!”

– Situasi 1: Mak anak sekolah/tadika/taska dsb…

Ataupun…

“Itu hari saya dapat hadiah cenderahati tanjak dalam bentuk keychain! Comel je sangkut dekat zip duffel beg ʱªʱªʱª (ᕑᗢूᓫ∗)”

– Situasi 2: tanjak yang diabadikan dalam bentuk selain fesyen untuk dipakai

Dan lagi satu…

“Akak saje je scroll dalam [insert online marketplace] nak cari idea untuk baju akikah anak lelaki akak. Comel pulak tengok baby pakai tanjak siap kerongsang. Susah betul nak cari idea untuk baby boy ni. Encik suami balik rumah nanti bincang dengan dia la kat rumah boleh ke try… (✧ω✧) ”

-Situasi 3: trend marketing online zaman sekarang yang tidak perlu keluar dari rumah lagi untuk tengok barang. Duduk atas katil tengah pantang pun boleh guna jari dan phone je surf dekat internet

… Sebenarnya, apa yang Cik LIS cuba sampaikan di sini? Semestinya ada kaitan dengan usahawan yang akan diperkenalkan di sini nanti.

Tanjak Melayu Asli Di Alaf Baru

Umum bagi rakyat Malaysia terutamanya, tanjak sinonim dengan masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Dan hiasan tradisional ini pada waktu itu juga dipakai dengan baju melayu tradisional sebagai aksesori bersama pakaian harian.

Zaman bersilih ganti, tanjak masih teguh berdiri. Biarpun tanjak sekarang wujud dalam majlis rasmi. Material dan jahitan moden. Buah tangan untuk tetamu istimewa. Dan mudah untuk didapati dengan hanya klik di smart phone sahaja.

Jadi, siapakah usahawan di sebalik tabir tanjak melayu asli di alaf baru ini yang Cik LIS nak kenalkan kepada pembaca semua?

Tanjak Momazing: Pendekar dan Srikandi Tanjak Melayu Zaman Digital

Pengenalan

Momazing Tanjak Melayu Asli-3

Tanjak Momazing adalah antara hasil produk keluaran Momazing Enterprise berpusat di Tanjung Malim. Konsep tanjak moden yang dibawa oleh Momazing ini mengetengahkan konsep fesyen lelaki dan cenderahati yang tidak cliché sebagai hadiah cenderahati di majlis kahwin, malah sesuai juga untuk delegasi atau pelancong asing sebagai tanda ingatan.

Pengasas

Pendekar dan srikandi di sebalik Tanjak Momazing ini adalah bekas jurutera dan perunding perkapalan minyak dan gas, Encik Zulqarnain dan isterinya, Sazarina Jamaluddin. Minat dalam jahitan kraftangan isteri ini yang mendorong Encik Zulqarnain untuk menjual Tanjak Momazing selain daripada produk servis menjahit baju kanak-kanak dan bayi Momazing yang lain.

Kata-kata inspirasi daripada Founder, Momazing Enterprise

“HIDUP SEBAGAI USAHAWAN MEMERLUKAN KESABARAN YANG TINGGI, USAHA YANG GIGIH TANPA KENAL ERTI PUTUS ASA.
SELEBIHNYA KITA BERTAWAKKAL PADA ALLAH S.W.T UNTUK REZEKI YANG TELAH DITENTUKANNYA UNTUK KITA. JANGAN LOKEK BERKONGSI REZEKI, KERANA DALAM REZEKI KITA, ADA JUGA ALLAH TETAPKAN REZEKI UNTUK ORANG LAIN. CUBA MAKMURKAN HIDUP ORANG LAIN, INSYALLAH ALLAH AKAN MAKMURKAN HIDUP KITA.”

Boleh tahan usahawan tanjak kita yang ini. Rating di Shopee memang tip-top lah! Kudos for the 4.9 stars~ [link]


Disebabkan kekangan masa, Cik LIS sambung reviu usahawan ini dengan detail penuh servis mereka di artikel seterusnya ya. Link berikutnya telah Cik LIS bold dan highlight kan di bawah ini.

Link-link berguna untuk anda: WhatsApp (Zulqarnain) | Facebook | Instagram | Shopee |

Klik untuk baca sambungan di sini: Usahawan PeDAS Momazing – Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin Malaysia


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.