Laptop Secondhand Murah Ipoh

June 3, 2022 by No Comments

Laptop selalu hang? Workflow Tuan/Puan sentiasa terganggu? Nak beli laptop baru, tapi tak mampu? Takpaaa, Cik Min faham… Zaman sekarang ni, kita sememangnya sudah memasuki sesi permulaan gaya hidup normal atau norma baharu fasa endemik. Jadi, laptop ni kira wajib adalah, kan? Tapi, jangan risau dulu ya Tuan/Puan… Kedai laptop secondhand murah di Ipoh kan ada?

Haaa, mulalah Cik Min ni duk main hint-hint dengan ayat dia tu…”

Hahaha, janganlah frust dulu wahai pembaca yang disayangi! Meh baca dulu sampai habis, nanti Cik Min bagitahu kedai laptop secondhand mana yang memang murah di Ipoh ya…

Kedai Laptop Secondhand Murah di Ipoh Mana yang Jadi Pilihan Ramai Tuuu?

Untunglah komee oii… Mesti warga Perak seronok kalau tahu tentang wujudnya satu kedai laptop secondhand murah dekat Ipoh ni! Nak cari laptop secondhand ni senang aje… Part yang susah tu, bila nak cari seller laptop second hand yang memang trusted. Tidak dinafikan, laptop second hand ni banyak je dijual di Internet tu ha… Tapi Cik Min nak tanya Tuan/Puan, “boleh percaya ke?“. Risau jugalah, sebab sekarang ni scammer memang merata!

TAPI

Cik Min dengar, Tuan/Puan boleh dapatkan laptop secondhand murah di Ipoh melalui satu kedai trusted bernama, Chip Computer tau! Mereka menawarkan pelbagai jenis jenama dengan harga yang berbaloi! Di sini, Tuan/Puan tak perlu risau, sebab laptop secondhand yang ditawarkan memang berkualiti. Team Chip Computer akan membuat semakan luaran dan dalaman sekali tauuu! Kiranya, Tuan/Puan beli laptop secondhand tapi kualiti macam laptop baharu juga… Fuhhh, terbaik kannn?!

Bukan itu aje… setiap pembelian juga akan diberi free gift tau! Tuan/Puan tengoklah Chip Computer ni… Dah bagi kita laptop secondhand berkualiti dan setaraf yang baru, lepas tu nak bagi free gift pula lagi. Tak cukup dengan tu, warranty pun ada kome… Sekiranya terdapat sebarang masalah, Tuan/Puan boleh gunakan warranty tersebut untuk proses repair secara percuma!

Padu tak padu, Chip Computer ni?! Dalam banyak-banyak kedai, hanya Chip Computer aje yang menjadi pilihan warga Ipoh untuk dapatkan laptop secondhand murah tauuu…

Antara Laptop Secondhand yang Ditawarkan Chip Computer

Inilah antara laptop secondhand murah yang ditawarkan oleh Chip Computer Ipoh!

Harga yang ditawarkan pun bermula daripada RM1000 sahaja. Tuan/Puan boleh comparekan harga laptop baru, dan laptop secondhand yang Chip Computer jual juga tau! Sememangnya harga mampu milik, inshaallah…

Sekiranya Tuan/Puan nak mencari laptop jenis refurbished pun ada juga… Ikut kepada kemahuan dan kemampuan Tuan/Puan ya! Apa yang pasti, semuanya ada di Chip Computer! By the way, ni Cik Min belanja sikit condition laptop secondhand dengan lebih dekat untuk anda tonton:

Macam Mana Nak Hubungi Chip Computer?

Laptop secondhand murah ipoh

Tuan/Puan boleh walk-in terus ke kedai Chip Computer yang terletak di Ipoh, Perak ni! Tuan/Puan boleh Waze alamat ini “50A, Lengkok Wira Jaya Timur 1, Taman Timah, 31350 Ipoh, Perak” ya.

Kedai Chip Computer pula beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 9 pagi sehingga 6 petang! Jadi, Tuan/Puan bolehlah lihat sendiri kondisi laptop secondhand tersebut depan mata sepanjang waktu mereka beroperasi tu tau! Janganlah datang waktu mereka tutup pula, haha…

Alamak! Tuan/Puan busy sampai tiada masa untuk walk-in?! Jangan patah harapan dulu, sebab Chip Computer turut menyediakan servis pick up dan delivery ke rumah Tuan/ Puan juga. Hanya perlu beri alamat aje. Sekelip mata, Team Chip Computer muncul di depan mata tau!

Laptop secondhand murah Ipoh
Antara pelanggan yang telah menggunakan servis pick up dan delivery bersama Chip computer.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Chip Computer ni bukan scammer yaaa! Ramai pun yang dah dapatkan servis Chip Computer dalam pencarian, pembelian atau pembaikian laptop… Kalau Tuan/Puan nak dapatkan maklumat lebih lanjut, bolehlah singgah-singgah ke laman web Chip Computer.

Bagi yang berminat untuk mengetahui info lanjut melalui pertanyaan secara terus, Tuan/Puan boleh hubungi Encik Husni dan juga Puan Nisa’. Jom cari laptop secondhand murah di Chip Computer Ipoh!

Ehhh, kejap! Satu lagi… Sememangnya khas untuk pembaca Lunastory! Tuan/Puan juga boleh claim E-Book daripada Chip Computer secara PERCUMA tentang “Tips Penjagaan Bateri Laptop” di sini ya…

Setakat ini sahaja dahulu perkongsian Cik Min tentang ‘Laptop Secondhand Murah Ipoh’ kali ini. Jumpa lagi di postingan seterusnya! Lebih banyak artikel yang menarik di laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.