Kuih Frozen Aizan’s Food | PeDAS

March 18, 2020 by No Comments

Bagi yang baru pertama kali menjejakkan diri ke blog LunaStory dan artikel “Kuih Frozen Aizan’s Food | PeDAS“, selamat datang Cik Lis ucapkan. Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.


Teringin untuk makan makanan tradisi seperti karipap, cucur, samosa, onde-onde dan sebagainya tetapi kedai sudah tutup? Ataupun anda inginkannya pada bila-bila masa tetapi malas nak buat sendiri atau memang anda sejenis yang masak kuih mesti tak jadi punya? Anda mungkin mahu mempertimbangkan produk kuih tradisional yang disejukbekukan ataupun frozen food.

Jika baru-baru ini LunaStory menulis dan memperkenalkan usahawan PeDAS yang menjual frozen food berasaskan makanan yang sesuai dimakan bersama oden atau yong tou foo, kali ini kita berkenalan dengan usahawan frozen food berasaskan makanan tradisional pula!

Kuih Frozen Aizan’s Food

Kuih Frozen Aizan's Food-1

Kuih frozen Aizan’s Food adalah pakar di dalam pembuatan makanan tradisional sejuk beku. Mula beroperasi sejak 7 tahun yang lalu, pemliknya Puan Noor Aizan Binti Abdul Hamid menggunakan rempah ratus asli buatan Melayu dan resepi turun-temurun daripada keluarganya sendiri di dalam pembuatan kuih tradisional kuih frozen ini.

Antara pilihan dan seleksi kuih frozen dari usahawan PeDAS ini adalah:

  • Frozen Karipap
  • Frozen Cucur badak
  • Frozen Cucur kacang
  • Frozen Roti canai
  • Frozen Donut
  • Frozen Samosa (ikan)
  • Frozen Karipap sardin
  • Frozen Onde-onde
Kuih Frozen Aizan's Food-2

Aizan’s Food sedia untuk menerima tempahan untuk pesanan yang besar seperti katering untuk jamuan dan majlis kecil-kecilan.


Di mana anda boleh mencari usahawan PeDAS ini? Link di bawah:

Facebook|Instagram|WhatsApp

Ataupun mencari mereka di alamat ini:

KAMPUNG SUNGAI DAUN ATAS,06680 ALOR SETAR KEDAH

Entri ketiga|| Tips Membuat Kuih Frozen | Aizan:PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.