Kelas Mengaji Personal Kanak-kanak Dan Dewasa

October 15, 2020 by No Comments

Jika anda sedang mencari guru untuk kelas mengaji personal bagi kanak-kanak dan orang dewasa, Beana Home Quran ada jawapannya!

Pergerakan Yang Terbatas Di Dalam Norma Baharu

Semasa artikel ini ditulis, beberapa kawasan dan negeri sedang menjalani perlaksanaan dalam pencegahan penularan wabak Covid-19 yang sedikit ketat berbanding dengan yang lain. Manakan tidaknya, angka kes Covid-19 mengalami peningkatan yang agak mendadak sejak kebelakangan ini. Maka, ramai orang terkesan akan impaknya dalam kehidupan seharian apabila hal ini terjadi.

Apabila pergerakan sedikit terbatas tidak seperti hari-hari biasa, bukan mudah untuk membiasakan diri untuk tidak bersosial secara bersemuka dengan orang lain. Anak-anak tertangguh sesi persekolahan mereka dan duduk di rumah. Sesetengah pejabat juga memberi kelonggaran untuk pekerja mereka untuk bekerja dari rumah, atau work from home (WFH).

kelas mengaji personal 1

Nak beli barang dapur pun sekarang ada opsyen lain jika tidak mahu bergerak keluar dari rumah. Banyak pasar raya juga meneydiakan perkhidmatan dalam talian atau online. Hanya dengan melayari internet sahaja pengguna dapat membeli barang dan dalam masa tempoh tertentu, barang tersebut akan dihantar ke pintu rumah anda.

Dengan erti kata lain, apa sahaja aspek dalam kehidupan kita yang terkesan dengan norma baharu ini dapat diteruskan dengan adanya kemudahan internet!

Namun bagaimana pula jika ingin memenuhi tuntutan rohani yang asyik tertangguh disebabkan kekangan? Contohnya untuk mencari guru mengaji Al Quran. Dengan norma baharu yang pergerakan semua orang terjejas mungkin juga membuatkan pembelajaran dalam aspek ini juga tertangguh. Sedangkan sesi persekolahan biasa juga dapat diteruskan dengan sesi online, semestinya pembelajaran Al Quran juga boleh dilakukan dengan cara lain ini.

Kelas Mengaji Personal untuk Kanak-kanak dan Dewasa

Beana Home Quran telah beroperasi lebih daripada 20 tahun. Dengan tenaga pengajar Al Quran terlatih atau Qutor seramai 121 orang, ianya adalah nombor yang cukup. Apa yang dimaksudkan dengan cukup adalah sama ada mahu belajar secara online mahupun bersemuka ke lokasi pelajar dalam jumlah yang banyak namun terkawal. Dengan cara ini, pelajar dan Qutor dapat menyesuaikan masa pembelajaran pada bila-bila masa yang fleksible!

Setiap pakej mengaji Al Quran dari Beana merangkumi belajar asas Al Quran, makhraj huruf, hukum Tajwid dan ayat hafazan. Matlamat “50 jam Sudah Boleh Mengaji Al Quran” dan moto “Mengaji To Your Door Step” dapat dilakukan dengan adanya penilaian terhadap tahap peningkatan pelajar dengan ujian penilaian setiap 3 bulan serta ada rekod rasmi pembelajaran bulanan.

Kaedah pembelajaran diselaraskan dengan peringkat umur pelajar.

Berminat untuk mencari guru mengajar Al Quran peribadi? Ikuti pautan-pautan di bawah untuk maklumat lebih lanjut:

Laman Web | Facebook | Instagram | WhatsApp

Atau hubungi nombor +6011-5223 4111

Baca tentang khidmat Pusat Pengajian Bergerak Beana Quran Centre di Damansara di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.