Kelas Mengaji Online Beana | Kanak Kanak dan Dewasa

July 27, 2021 by No Comments

Sejak pandemik, kebanyakkan bisnes dan kelas diadakan secara online. Kelas mengaji juga boleh diadakan secara online. Jadi, adakah anda mengalami kesulitan untuk belajar mengaji sendirian? Perlukan tutor atau tenaga pengajar yang mahir dalam Al-quran untuk mengajar anda atau anak-anak anda? Jangan risau, Kelas Mengaji Online mampu menyelesaikan masalah anda. Jom kita baca terlebih dahulu tentang Kelas Mengaji Online Beana!

Kelas Mengaji Online

Baca mengenai kelas mengaji khas untuk orang dewasa disini

Apa itu Kelas Mengaji Online?

Dengan keadaan virus Covid-19 yang sangat bahaya untuk kesihatan, Beana Home Quran telah mengambil inisiatif untuk mengadakan servis Kelas Mengaji Online yang dimana tidak perlu bersemuka. Untuk pengetahuan anda, kelas ini disediakan oleh Beana Home Quran dan ia dijalankan secara online dan menggunakan pelbagai medium online seperti Whatsapp Video Call, Zoom, Skype dan banyak lagi. Jangan risau, tutor yang akan mengajar dalam Kelas Mengaji Online Beana adalah mereka yang berpengalaman dalam mengajar Alquran dan juga mempunyai teknik moden terkini yang menggunakan teknologi sekarang. Kelas ini terbuka kepada kanak-kanak dan dewasa yang ingin memperbetulkan bacaan dan menambah ilmu bacaan Al-quran dengan betul.

Baca tentang kelas mengaji online kanak-kanak

Baca tentang cara daftar sebagai tutor di Beana Home Quran di sini

Kelebihan Kelas Mengaji Online – Beana Home Quran

Mengaji adalah amat penting sebagai umat Islam kerana ia merupakan satu ibadah. Firman Allah SWT:

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Terdapat pelbagai kebaikan dan kelebihan apabila seseorang itu membaca Kitab Allah. Dengan peredaran globalisasi, pelbagai teknik dan cara untuk membolehkan seseorang itu membaca Al-quran. Salah satunya adalah dengan mengaji online dengan tutor atau pengajar yang mahir dalam ilmu Al-Quran. Dengan itu, Beana Home Quran telah menyediakan kelas mengaji secara atas talian kepada mereka yang ingin belajar Al-quran dengan lebih meluas. Pelabagai kelebihan yang dapat melalui mengaji online bersama Beana Home Quran:

1. Belajar dengan kaedah “FUN LEARNING” dan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

2. Pelajar akan menggunakan modul pembelajaran yang sangat efektif iaitu Modul Smart Jazary dan Smart Fardhu Ain.

3. Pelajar akan dibimbing di dalam talian dan latihan akan disediakan sepanjang proses pembelajaran.

4. Menjimatkan waktu dan mengurangkan kos

5. Pelajar akan didedahkan dengan pengenalan asas Al-Quran, Fardhu Ain dan Hafazan.

6. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa dan boleh belajar anyday, anytime dan anywhere.

7. Menggunakan platform online seperti Whatsapp video call, Zoom atau Skype.

Testimoni terhadap servis mengaji online

Daripada Puan Marlene:

Kelas Mengaji Online
Sumber: Website Beana Home Quran

Daripada Puan Zaza:

Kelas Mengaji Online
Sumber: Website Beana Home Quran

Testimoni kebanyakannya adalah positif terhadap servis kelas mengaji online daripada Beana Home Quran yang mana pelajarnya terdiri daripada golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Wah! nampak menarik dan berbaloi bukan ?

Jadi apa tunggu lagi, inilah masanya untuk kita bersama belajar Al-Quran dengan lebih baik dengan tunjuk ajar daripada pengajar yang berpengalaman! Jika berminat, boleh klik di bawah ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.