Kasut Kesihatan untuk Umrah Haji

July 28, 2022 by No Comments

Tarikh untuk pergi Umrah atau Haji semakin dekat? Segala persiapan sudah siap, namun kasut pula menjadi kegusaran? Untuk pengetahuan anda, kasut yang selesa amatlah diperlukan ketika beribadah. Jadi, jika anda masih belum mempunyai kasut kesihatan untuk Umrah atau Haji, mari Cik Min kongsikan sesuatu kepada anda.

Cik Min tahu, ramai yang risau tentang kesihatan diri, di samping rasa gembira untuk ke tanah suci. Ada juga yang takut untuk menyusahkan orang lain sekiranya penyakit mulai menyerang di sana, terutama pada bahagian kaki, kan?

Cik Min juga faham, kita ni sebaik boleh nak menunaikan Umrah dan Haji dengan kesihatan dan keselesaan yang baik agar dapat fokus sepenuhnya ketika beribadah. Kalau tengah beribadah asyik sakit kaki je, pasti kita akan berasa kecewa dan rugi di kemudian hari kan? Tapi, anda semua jangan risau dahulu!

Jom sama-sama kita ketahui tentang sebuah kasut kesihatan untuk ibadah Umrah dan Haji ini, daripada Eimanazz Medic. Bermanfaat atau tidak, anda boleh tentukan di penghujung bacaan ini. Jadi, pastikan anda baca perkongsian Cik Min sehingga habis ya!

Kasut Kesihatan MediFeet untuk Ibadah Umrah dan Haji Boleh Digunakan untuk Pelbagai Aktiviti

Kasut Kesihatan Untuk Umrah Haji
Sumber: Facebook Eimanazz Medic

Setiap umat Islam pasti mengidamkan penunaian ibadah Umrah dan Haji dalam keadaan yang selesa dan sihat. Hal ini kerana, penunaian ibadah Umrah dan Haji memerlukan pergerakan yang banyak dan jauh bersama para Ihram yang lain. Oleh itu, kesihatan diri terutama pada bahagian kaki amatlah perlu untuk dititikberatkan supaya ibadah tersebut dapat dilakukan dengan selesa dan lancar.

Mungkin ada di antara anda sudah mengetahui bahawa kasut kesihatan MediFeet ini juga boleh digunakan untuk individu yang kaki travelling, mempunyai penyakit seperti diabetes, bunion, plantar fasciitis, sakit tumit, sakit sendi, sakit belakang, sakit leher dan sebagainya.

Namun selain daripada itu, kasut kesihatan MediFeet ini juga amat sesuai untuk digunakan oleh mereka yang ingin menunaikan ibadah Umrah dan Haji tau! Sungguh, ia mampu membantu memberikan anda keselesaan semasa beribadah.

Kelebihan Penggunaan Kasut Kesihatan MediFeet Eimanazz Medic

Kasut Kesihatan Untuk Umrah Haji
Sumber: Facebook Eimanazz Medic

Kasut kesihatan MediFeet ini sememangnya direka khas dengan penggunaan bahan yang berkualiti. Ia turut menitikberatkan beberapa perkara penting untuk semua pengguna. Apa yang pasti, ia bukan sahaja dapat memberikan keselesaan, malahan dapat membantu merawat penyakit-penyakit tertentu.

Di samping itu, kaki juga merupakan anggota badan yang sangat penting kerana ia perlu menampung beban berat badan anda. Jadi, jika anda tidak mengenakan kasut yang betul, maka pergerakan yang terlalu banyak boleh menyebabkan kaki untuk berasa sakit, tidak selesa, bahkan tidak mampu untuk berjalan dengan baik.

Oleh hal yang demikian jugalah, Cik Min amat mengesyorkan kasut kesihatan MediFeet ini untuk mereka yang bakal menunaikan ibadah Umrah dan Haji.

Tips Penjagaan Kaki | Kasut Kesihatan Untuk Umrah Haji

Sebelum Cik Min beritahu lokasi Eimanazz Medic ini, mari Cik Min kongsikan antara tips penting yang boleh para Ihram gunakan untuk menjaga kaki ketika melakukan ibadah Umrah dan Haji nanti. Antara yang perlu anda lakukan atau sediakan adalah:

1) Sandal saraf
2) Kasut kesihatan
3) DEO spray kaki
4) Krim kaki

Keempat-empat perkara ini sangat penting untuk memastikan kaki anda berada dalam keadaan yang baik dan tidak terlalu kering atau tertekan.

Pemilihan kasut dan sandal yang baik akan membantu mengelakkan tekanan terlalu tinggi pada kaki. Manakala DEO spray dan krim kaki pula boleh membantu kaki anda jika berlaku sebarang kemelecetan, kekejangan atau kepenatan.

Lokasi Eimanazz Medic | Kasut Kesihatan untuk Umrah Haji

Kasut Kesihatan Untuk Umrah Haji
Sumber: Facebook Eimanazz Medic

Warga Shah Alam ataupun Lembah Klang yang berminat untuk mendapatkan kasut kesihatan MediFeet untuk Umrah dan Haji daripada Eimanazz Medic ini, anda boleh kunjungi kedai mereka yang beralamat di, NO 19G, JALAN TUKUL P15/P, SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.

Jangan risau kalau tak jumpa, sebab anda boleh tekan sahaja peta di bawah untuk terus mendapatkan panduan daripada Google Maps.

Eimanazz Medic juga mempunyai cawangan kedai kasut MediFeet di Teluk Intan, Perak tau! Kedai kasut ini pula berlokasi di, NO 13 TINGKAT BAWAH PUSAT KOMERSIAL SENTRAL INTAN, JALAN PASAR, 36000 TELUK INTAN, PERAK.

Anda tidak biasa dengan kawasan Teluk Intan? Jom tekan sahaja peta di bawah ini untuk terus mendapatkan panduan daripada Google Maps.

Jika anda tidak pasti apa yang perlu dicari di kedai nanti, anda boleh terus bertanya kepada staf mereka. InshaAllah, mereka telah dilatih sebaiknya untuk membantu anda dalam pencarian kasut kesihatan MediFeet Umrah Haji terbaik dan selesa. MediFeet, pilihan yang lebih sihat untuk kasut yang lebih trendy!

Hubungi Eimanazz

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan kasut kesihatan MediFeet untuk Umrah dah Haji ini, anda boleh hubungi Team Eimanazz di talian 010-257 6650 atau 019-276 7494.

Anda juga boleh layari Facebook Eimanazz Medic untuk sebarang update terkini. Untuk membuat pembelian secara terus, anda boleh layari laman web Eimanazz Medic di https://eimanazzmedic.com/.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Kasut Kesihatan Untuk Umrah Haji”. Untuk dapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.