Diet Keto Menurunkan Berat Badan, Betul Ke Ni?

June 20, 2022 by No Comments

Diet Keto menurunkan berat badan? Betul ke ni? Bukan ke diet Keto ni bantu orang yang ada penyakit aje? Dekat mana nak tahu info lanjut tentang diet Keto ni?

Persoalan, demi persoalan… 

Baiklah ni Cik Min nak tanya, anda sudah mula berasa jelas atau masih keliru tentang diet Keto ni? Atau, mungkin ada di antara anda yang sedang mencuba diet Keto sebagai usaha untuk mengurangkan berat badan? 

Jika ya, anda boleh bertenang dahulu, sebab Cik Min akan bantu anda dengan perkongsian tentang diet Keto yang ringkas tapi padat! Kali ini kita akan bongkarkan sedikit tentang bagaimana diet Keto boleh bantu berat badan berkurang. Cik Min yakin, anda akan puas hati! 

Okay, jangan buang masa lagi. JOM BACA!

Info Untuk Anda | Diet Keto Menurunkan Berat Badan

Diet Keto atau Ketogenik ini, bukan sekadar diet untuk mengurangkan faktor risiko beberapa penyakit sahaja. Tetapi, diet Keto juga diamalkan oleh beberapa individu untuk menurunkan berat badan! Lebih menarik lagi, terdapat beberapa kajian menyatakan bahawa diet Keto ini mampu menurunkan berat badan dengan lebih baik, berbanding pengamalan diet rendah lemak.

Tambahan pula, pengamalan diet Keto yang betul sebenarnya akan mengenyangkan anda! Ia mampu membantu dalam menurunkan berat badan, tanpa perlu mengira pengambilan kalori dan menjejak semula pengambilan makanan seharian.

Berapa Banyak Berat Badan Yang Mampu Diet Keto Turunkan?

Diet Keto ini berkesan untuk penurunan berat badan bagi jangka masa panjang. Jadi, pengamal diet Keto boleh menghilangkan 2 paun atau 0.9 kg berbanding pengamal diet rendah lemak.

Ada juga hasil kajian terhadap 34 orang dewasa menunjukkan bahawa pengamal diet Keto selama 8 minggu, mampu menghilangkan 5 kali lebih banyak jumlah lemak badan berbanding mereka yang mengikuti diet rendah lemak.

Menarik kan? Tapi, masih awal lagi nak untuk Cik Min berhenti membebel. Jom sambung baca lagi. Ada banyakkk lagi yang Cik Min nak ceritakan…

EATSLIM LIFESTYLE | Diet Keto Menurunkan Berat Badan

Diet Keto Menurunkan Berat Badan
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

Anda berminat untuk mencari info tentang diet Keto melalui sumber yang dipercayai, tapi tak tahu nak cari di mana? Tenang, dan jangan pening kepala, sebab Cik Min kan ada… Ni Cik Min nak kongsikan kepada anda satu port di mana segala info tentang diet Keto ini boleh anda dapatkan!

Jeng, jeng, jeng… 

Port info diet Keto yang anda boleh percaya tersebut ialah, EATSLIM LIFESTYLE! Satu-satunya brand yang menjadi one stop center di Malaysia untuk anda dapatkan maklumat tentang diet Keto.

Kenapa Cik Min beria percayakan EATSLIM LIEFESTYLE ni? 

Sebab… EATSLIM LIFESTYLE ini terhasil berdasarkan pengalaman pengusahanya sendiri, iaitu Puan Adda Uwais, atau lebih dikenali sebagai AU. Selain itu, produk EATSLIM LIFESTYLE juga dihasilkan mengikut rujukan atau saranan pakar atau doktor tau! InshaAllah, dijamin TRUSTED! Sungguh, produk EATSLIM LIFESTYLE memang selayaknya anda percaya dan yakini.

Apa Yang Ditawarkan Oleh EATSLIM LIFESTYLE?

Diet Keto Menurunkan Berat Badan
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

Apa contoh produk yang EATSLIM LIFESTYLE sediakan ya? Okay, baca baik-baik sebab ni Cik Min nak cerita part paling penting ni… 

Baiklah, untuk pengetahuan anda, EATSLIM LIFESTYLE bukan sahaja menjadi one stop center untuk anda ketahui tentang diet Keto untuk menurunkan berat semata. Namun, ia juga merupakan port bagi recipe sharing, serta menyediakan makanan diet sihat dan friendly yang sangat sesuai buat semua pengamal diet Keto! Tidak kiralah, sama ada anda mengamalkan diet Keto untuk menurunkan berat badan, kurangkan risiko penyakit ataupun untuk tujuan pengamalan makanan sihat. 

Ya, Cik Min tahu, walaupun terdapat makanan diet ready to eat yang dijual di pasar raya besar, namun, EATSLIM LIFESTYLE juga ada menyediakan pelbagai jenis menu makanan bercitarasakan Malaysia, serta berasaskan pengambilan makanan diet Keto iaitu rendah karbohidrat (low-carb). Kalau di pasar raya, anda tidak dapat memilih makanan mengikut keinginan tekak. Namun, dengan EATSLIM LIFESTYLE, anda boleh!

Jadi, buat anda yang sedang atau ingin mencuba diet Keto di samping menurunkan berat badan, jom cuba hidangan yang sedap tapi mengenyangkan daripada EATSLIM LIFESTYLE sekarang juga! Terdapat dua cara yang anda boleh lakukan untuk hubungi mereka iaitu:

1) Melalui website EATSLIM LIFESTYLE;
2) Klik link Linktr.ee ini untuk option yang lebih luas.

Keberkesanan Diet Keto Dalam Menurunkan Berat Badan

Haaa, kalau anda nak tahu, diet Keto memang terbukti mampu mengurangkan berat badan kerana terdapat beberapa penyelidikan yang telah dijalankan. Bukan itu sahaja, Puan Adda Uwais (AU) juga merupakan salah seorang pengamal diet Keto yang juga tau!

Jadi, jom kita ketahui sejauhmana keberkesanan diet Keto ini dalam penurunan berat badan.

1) Berat Badan Boleh Turun Dalam Seminggu?

“Cik Min, diet Keto ni tak boleh ke turunkan berat badan seminggu ke? 8 minggu macam lama sangat…”

Kalau anda nak tahu, kebanyakan penurunan berat badan di awal diet adalah disebabkan kehilangannya berat air. Jadi, kehilangan berat air adalah bergantung kepada saiz dan jumlah air yang badan anda bawa.

Terdapat satu laporan bahawa, anda mungkin kehilangan berat air minimum 1 paun (0.5 kg), hingga maksimum 10 paun atau lebih (5 kg). Jadi, untuk menjawab persoalan tersebut, ia adalah mustahil untuk menghilangkan lemak pada fasa awal diet Keto diamalkan.

2) Punca Berat Badan Tak Turun

Anda dah amalkan diet Keto atau apa-apa diet lain, tapi berat tak turun? Mari Cik Min beritahu antara sebabnya:

⚠️ Pengambilan karbohidrat terlalu banyak
⚠️ Pengambilan makanan yang tidak berkhasiat
⚠️ Pengambilan kalori yang terlalu banyak
⚠️ Terdapat masalah kesihatan yang tidak didianogsis
⚠️ Jangkaan penurunan berat badan yang tidak realistik
⚠️ Pengambilan makanan snek yang berkalori tinggi
⚠️ Mengalami tekanan dan tidur yang tidak mencukupi
⚠️ Tidak melakukan aktiviti yang mencukupi

Testimoni Pengamal Diet Keto | EATSLIM LIFESTYLE

Anda masih tak percaya berat badan boleh turun kalau amalkan diet Keto? Jangan risau, sebab Cik Min akan bantu meyakinkan anda untuk mempercayai diet Keto ini.

Di sini, Cik Min kongsikan kepada anda satu testimoni daripada pengamal diet Keto yang pernah dan masih menggunakan produk EATSLIM LIFESTYLE.

Diet Keto Menurunkan Berat Badan
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

Haa, macam mana? Anda dah mula yakin nak amalkan diet Keto ke belum? Kalau anda ikuti cara pemakanan diet Keto yang dikongsikan oleh EATSLIM LIFESTYLE di website mereka, Cik Min pasti anda akan lebih enjoy ketika menurunkan berat badan!

Apa yang pasti, kesemua menu yang disediakan oleh EATSLIM LIFESTYLE sememangnya sedap, sihat, mengenyangkan dan yang paling penting, memang TRUSTED!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Diet Keto Menurunkan Berat Badan”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.