Peminat Daiso Cheras di AEON Bandar Mahkota

April 11, 2017 by No Comments

Daiso Cheras kini berada di AEON Bandar Mahkota Cheras!

Saya ialah peminat Daiso Cheras. Peminat maksudnya ialah orang yang akan datang seminggu lebih dua kali ke sesuatu tempat haha.

Siapa yang tidak gembira bila masuk Daiso? Semua orang gembira kan kan?

Semasa di Osaka dan Tokyo, terdapat banyak Daiso dan kedai seumpamanya di sana.

Pernah suatu hari di Daiso Shinshaibashi, saya melihat sebuah screen TV dalam Daiso tentang sejarah Daiso.

Perjuangan Daiso ialah memudahkan ibu menguruskan rumah di seluruh Jepun asalnya sebelum berkembang ke seluruh dunia.

Setiap Daiso lain sikit decoration didalamnya.

Tempohari saya ke Daiso The Quill di Kuala Lumpur yang saaaaaaangat besar.

Daiso di The Quill lebih besar dengan rekaan dalaman yang moden.

Ini Daiso Cheras di kawasan neighbourhood AEON Bandar Mahkota Cheras.

Ianya pink ke-peach-an haha, ringkas dan sangat mesra family.

Masuk sahaja dalam Daiso Cheras terus dipaparkan barangan untuk bayi.

Daiso Cheras

Terbaru di Daiso Cheras

Sejak bulan Mac 2017, harga semua barangan di Daiso yang sebelum ini RM5.30 (termasuk GST) sudah jadi RM5.90.

Semasa di Jepun, semua barangan di Daiso ialah Yen 100. Lebih kurang RM3.70 ke RM4.40 (bergantung kepada currency).

Jadi semasa di sana — saya betul betul bergembira!

Pilihan barangan di Daiso Cheras

Bahagian yang mesti saya kunjungi ialah elektronik (baca sebagai nak beli earphone).

Asyik hilang sahaja earphone — sebulan sekali beli. Untuk tonton drama Korea sorang sorang lettewww.

Lagi, bahagian stationary.

Saya cari buku budak tadika untuk saya belajar Hiragana. Bukunya dah banyak dibeli cuma belum pandai-pandai lagi.

Daiso banyak barang yang kita tak sangka ia ada namun kita memang memerlukannya.

Contohnya penutup pensel!

Bayangkan selama ni pensel kita terconteng conteng bekas pensel warna pink lembut kita!

Menyakitkan jiwa kan?

Namun Daiso membantu kita menyelesaikan masalah itu dengan cara menyediakan penutup pensel.

Daiso Cheras

Saya tidak pasti ada lagi kah Daiso lain di kawasan Cheras Kajang.

Jika kawan-kawan mahu mengunjungi Daiso Cheras bolehlah ke AEON Bandar Mahkota Cheras.

Ianya dibuka setiap hari 10 pagi sampai 10 malam.

Terletak di hadapan foodcourt AEON.

Masuk sini boleh jumpa adik cashier “Adik kawan saya selalu datang sini. Itu aje nak beritahu” hihihi. 

Daiso Cheras

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.