Cara untuk Kerja di Airport

July 29, 2022 by No Comments

Ada sesiapa di sini yang nak tahu cara untuk mendapatkan kerja di Airport?

Cik Min tahu, pasti ramai di antara anda yang gemar melihat kapal terbang berlepas atau mendarat. Malahan ada juga di antara anda yang begitu teruja setiap kali melihat suasana persekitaran di Airport ataupun lapangan terbang. Haaa, perasaan teruja itu pula semakin membuak-buak kerana bekerja di dalam sektor penerbangan merupakan salah satu daripada impian anda. Betul kannn?

Kalau betul, pastikan anda baca perkongsian Cik Min pada kali ini sehingga habis tau! Sebab, Cik Min akan beritahu anda tentang cara-cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kerja di Airport bersama YEG Academy.

Cara Utama yang Perlu Anda Tahu untuk Mendapatkan Peluang Kerja di Airport

Untuk menceburi bidang penebangan ini mudah sahaja sebenarnya! Perkara utama yang perlu anda lakukan ialah dengan mengambil kursus berkaitan bidang penerbangan.

Tahukah anda, terdapat sebuah intitusi swasta yang dikenali sebagai ‘Your Education Guidance (YEG)‘? Atau namanya yang lebih dikenali ialah, YEG Academy.

Mereka telah menyediakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya yang menawarkan kursus pengajian seperti Aviation Career Malaysia. Sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang penerbangan, maka inilah tempatnya!

Aviation Career Malaysia ini merupakan pusat latihan kerjaya bagi mengasah dan membentuk barisan hadapan syarikat penerbangan, serta kakitangan teknikal pesawat yang berkelayakan untuk menyokong keperluan industri semasa.

Aviation Career Malaysia juga telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan juga Technical Vocational Education and Vocational (TVET). Untuk info lanjut, anda boleh KLIK DI SINI.

Apakah Kos yang Ditawarkan di Aviation Career Malaysia? | Cara untuk Kerja di Airport

Pasti ramai di antara anda yang ingin mengetahui tentang kos-kos yang ditawarkan di Aviation Career Malaysia kan?

Untuk pengetahuan anda, mereka menawarkan sejumlah 5 kos diploma yang bukan sahaja menarik, malahan turut diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan juga Technical Vocational Education and Vocational (TVET). Berikut merupakan senarai kos yang ditawarkan:

Apakah di antara kelebihan program-program ini?

Terdapat banyak kelebihan dan manfaat sekiranya anda menyertai kos yang ditawarkan oleh Aviation Career Malaysia di bawah YEG Academy ini tau! Anda boleh lihat senarai kelebihannya seperti di bawah:

  • ✔️ Tajaan penuh makan dan minum.
  • ✔️ Tajaan penuh penginapan.
  • ✔️ Percuma International English Certification (TOEIC).
  • ✔️ Uniform disediakan.
  • ✔️ Potongan 50% Professional Certificate in Cabin Crew, Customer Services & Ground Handling Operation.
  • ✔️ Bantuan penempatan pekerjaan.
  • ✔️ Konsultasi percuma untuk pakar industri (cabin crew, customer service, ticketing, engineering).

Apakah Syarat-syarat Kelayakan Permohonannya? | Cara untuk Kerja di Airport

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa syarat yang perlu anda ketahui sebelum meneruskan pelajaran untuk mendapatkan pekerjaan di Airport tau! Anda semua dah tahu ke belum syarat dan cara untuk kerja di Airport ni? Kalau masih belum tahu, mari Cik Min sharekan kepada anda.

Antara syarat dan cara-cara untuk kerja di Airport adalah:

  • 1. Berumur 18 tahun ke atas.
  • 2. Sihat tubuh badan.
  • 3. Kelayakan pelajaran serendah PMR dan ke atas.
  • 4. Boleh memahami dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
  • 5. Tiada rekod jenayah.

Mengapa pentingnya Bahasa Inggeris? | Cara untuk Kerja di Airport

Bahasa Inggeris adalah penting dalam bidang penerbangan kerana ia merupakan medium utama untuk berkomunikasi, terutamanya jika ia melibatkan sesuatu perkara yang lebih antarabangsa. Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut tentang kepentingan bahasa Inggeris dalam bidang penerbangan ini, mari kita tonton video perkongsian berikut.

Adakah Mudah untuk Mendapatkan Pekerjaan Setelah Tamat Pengajian Bersama YEG Aviation Career Malaysia?

Setelah selesai latihan di Meatech Training Centre selama 3 bulan, mereka akan membantu para pelajar untuk mendapatkan sebarang temuduga di syarikat-syarikat penerbangan. Jika terdapat sebarang ‘open interview‘ di mana-mana syarikat penerbangan, maka pihak Meatech akan membawa anda untuk memenuhi sesi temuduga tersebut.

Bagi para pelajar yang menunjukkan produktiviti tinggi sepanjang tempoh latihan, melaksanakan setiap tugasan dengan sempurna dan mengaplikasikan kesemua ilmu yang dipelajari dengan baik, maka peluang mereka adalah lebih cerah dalam memperoleh pekerjaan di mana-mana syarikat penerbangan. Tak susah pun cara untuk dapatkan kerja di Airport ni kan? Paling penting, usaha!

Adakah Industri Penerbangan Malaysia Mendapat Permintaan yang Tinggi?

Berdasarkan perkongsian di laman web Getaran, Zarul Umbrella yang merupakan felo Pusat Latihan Teknikal MEATECH (MEATECH) ada menyatakan bahawa kebanyakan pekerja di syarikat penerbangan telah diberhentikan sepanjang pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara.

Oleh hal yang demikian, terdapat banyak ruang kosong yang sememangnya khas untuk diisi oleh pelajar-pelajar baharu. Ia merupakan satu kelebihan buat para pelajar Meatech, kerana mereka akan dilatih secara profesional oleh para tenaga pengajar yang sebelum ini turut bekerja dan menimba pengalaman hebat melalui industri penerbangan.

Melalui situasi ini, Cik Min pasti bahawa syarikat penerbangan kini memerlukan lebih banyak tenaga kerja yang berkebolehan tinggi. Menurut Cik Min, ini sememangnya peluang terbaik yang boleh anda rebuti bersama Aviation Career Malaysia di bawah YEG Academy!

Testimoni Aviation Career Malaysia yang Menghasilkan Para Pelajar Berjaya

Tidak dapat disangkal lagi, Aviation Career Malaysia sememangnya mampu melahirkan ramai para pelajar yang cemerlang dan berkebolehan dalam bidang penerbangan!

Hal ini kerana, tenaga pengajar mereka juga turut dilantik dari kalangan pengajar profesional yang berkredibiliti dan mempunyai pengalaman luas dalam mendidik para pelajar secara efisien sehingga mereka berjaya mencapai apa yang diimpikan.

Cara untuk Kerja di Airport

Inspirasi Bersama YEG Academy dan Aviation Career Malaysia

Sebelum Cik Min akhiri perkongsian tentang ‘Cara untuk Kerja di Airport‘ ini, mari kita lihat video inspirasi di bawah tentang seorang pelajar hebat dalam mengejar cita-citanya.

Bagi mereka yang ingin menelusuri bidang penerbangan ini dengan lebih mendalam, anda boleh hubungi YEG Academy di talian 03-6143 5073 atau KLIK DI SINI untuk sebarang info lanjut.

Tidak lupa juga, korang boleh melayari laman Facebook YEG Academy dan Instagram YEG Academy untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program-program pendidikan lain yang turut mereka tawarkan. Selamat maju jaya semua!

Sampai di sini dahulu perkongsian Cik Min pada kali ini tentang ‘Cara untuk Kerja di Airport‘. Anda ingin mendapatkan lebih banyak artikel menarik? Jika ya, pastikan anda layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.