Cara Buat Stamping di LHDN
Bila ada dokumen yang perlu distamp duty kan ini bermakna kita perlu pergi ke LHDN dan bukan pesuruhjaya sumpah ya.
Bagi individu di sekitar Cheras, LHDN yang terhampir ialah di Bangunan PGRM Cheras.
Saya pernah kesini beberapa kali tapi entahlah harini macam blur pula. Betul ke LHDN Cheras disini sebab dalam Google Map tiada LHDN Cheras.
Inland Revenue Board Cheras Haha walaupun sepatutnya samalah kan LHDN ataupun IRB tapi saya tak mahu menuju ke jalan yang salah. Dari jauh kami datang ni demi impian suci murni.
Lama juga saya berhenti depan Menara PGRM untuk Google betul ke ada stamping disini?
Setelah fakta di Google seakan-akan boleh dipercayai maka saya menuju ke tempat parking di bahagian bawah bangunan.
Oh ya artikel ini ditulis bagi tujuan meyakinkan individu yang sedang keliru seperti saya tadi bahawa LHDN memang disini. Ianya juga adalah perkongsian cara buat stamping di LHDN.
Mula-mula bila kita masuk lif lobi, pilih tingkat 7 untuk stamping.
Cara Buat Stamping DI LHDN
Masuk sahaja bangunan, janganlah minta kita disambut oleh pekerja semua tengah busy kekdahnya. Haha kita ingat kita siapa dan bukannya rumah terbuka.
Terus sahaja ke arah beberapa komputer yang disediakan kerana kita perlu key in beberapa info terlebih dahulu antaranya nama kita dan syarikat yang mahu kita matikan setem.
Kalau komputer penuh, beraturlah. Sewaktu saya disini ada pegawai yang tolong tunjukkan kena isi apa dan dimana. Jadi cepatlah kerja saya.
Kalau dibiarkan saya begitu sahaja mahu lambat juga saya siap. Sebab bukan semua ruang tu kita perlu isi. Ada juga yang boleh dibiarkan kosong seperti bahagian jumlah.
Ada pakcik makcik di komputer sebelah menyebelah saya masih belum siap isi walaupun sebenarnya hanya kurang 5 minit mengisinya. Kehadiran pegawai disana amat membantu.
Komputer disediakan di tempat awam Ada arahan disediakan dan kalau tak ada pegawai pun kita hanya perlu ikut arahan. Cuma pengalaman saya sendiri bila arahan tulis -> tekan butang cara pun saya meraba juga mencarinya. Dimana pula butang cara ni? Cara ada butang ke?
Isi maklumat didalam komputer terlebih dahulu adalah langkah pertama dalam cara buat stamping di LHDN.
Ambil nombor di kaunter Langkah Kedua Cara Buat Stamping di LHDN
Ambil nombor di kaunter. Pastikan maklumat di komputer diisi dahulu sebelum ambil nombor ya.
Langkah Ketiga ialah Tunggu Giliran dipanggil
Bila nombor kita dipanggil, pergi ke kaunter dan pegawai akan baca dokumen yang mahu distamp duty kan.
Mereka concern tentang jumlah keseluruhan dan akan beritahu kita berapa jumlah yang perlu dibayar.
Pegawai di kaunter juga tanya “Nak stamp disinikah?” Saya pun tak tahu biasanya orang stamp dimana 😂 “Saya ikut je yang mana elok Puan” begitulah jawapan saya.
Langkah seterusnya ialah kita perlu pergi ke kaunter bayaran dan tak perlu tunggu nombor, terus je bayar.
Dalam lima minit juga saya tunggu nombor dipanggil rupanya tak perlu tungguuuuu.
Pergi je kaunter bayaran dan beritahu nak bayar. Kemudian siappppp.
Semoga artikel cara buat stamping di LHDN ini membantu Tuan Puan ya.
November 14, 2019 / Cik Luna / 0
Categories: Tips
Review Filem Terminator Dark Fate Impostor Syndrome
Tentang LunaStory.com
Lunastory.com adalah sebuah blog oleh kumpulan penulis dan blogger Malaysia mengenai lifestyle, produk dan servis yang ditulis untuk berkongsi manfaatnya kepada pengguna Internet di Malaysia.
Ditulis dalam Bahasa Melayu dan berpengalaman selama hampir 20 tahun dalam penulisan blog dan SEO.
Blog ini mempunyai servis untuk menulis mengenai produk dan events yang bersesuaian.
Sebarang pertanyaan untuk quotation servis boleh emel ke lunastory.com@gmail.com
Arkib Artikel
- December 2020
- November 2020
- October 2020
- April 2020
- March 2020
- February 2020
- December 2019
- November 2019
- October 2019
- September 2019
- August 2019
- July 2019
- June 2019
- May 2019
- April 2019
- March 2019
- January 2019
- December 2018
- November 2018
- October 2018
- May 2018
- April 2018
- March 2018
- February 2018
- January 2018
- December 2017
- September 2017
- August 2017
- July 2017
- June 2017
- May 2017
- April 2017
- March 2017
- February 2017
- December 2016
Top Posts & Pages
- Petua Sambal Tahan Lama Daripada Seri Nenda |PeDAS
- Resepi Ayam Penyet yang Mudah disediakan
- Harga Poslaju : Senarai Harga Kotak dan Sampul Poslaju yang Terkini
- Ebit Liew : Seorang Da'ie Yang Menginspirasi
- Cara Tukar Kad Pengenalan Baru
- Pati Delima Organik Terbaik Dunia - Olive House
- Cara Buat Baja Organik - Penyediaan Bekas Sisa Makanan
- Review Filem Motif
- Tips Membuat Kuih Frozen | Aizan:PeDAS
- Hati-Hati Ubat Kurus Online - Sila Ambil Perhatian!