Capal Kulit Asli Arils | Usahawan PeDAS

April 11, 2020 by No Comments

Artikel “Capal Kulit Asli Arils | Usahawan PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Bayangkan…

Bagi lelaki, kita nampak macam dah cukup segak hensem bergaya bila dah siap nak keluar rumah. Hari ini berbaju Melayu cekak musang, bersampin songket. Ataupun, berbaju batik Melayu yang membuatkan anda nampak lebih ekstra dari hari-hari biasa! Al-maklumlah, nak bagi sedondon dengan orang rumah yang cantik dan ayu dengan pilihan kurung yang jarang-jarang nampak kecuali untuk waktu-waktu tertentu. Contohnya, menghadiri walimatul urus teman rapat. Rambut disikat dan digel dengan kemas, jam di tangan siap digilap.

Tinggal nak pakai kasut sahaja…

Itu pun dah ambil masa lebih 2 jam tenung lama-lama almari kasut tu! Sampaikan si isteri sempat gosok 2 tudung main acu-acu dengan baju kurung nak tengok padan ke tak, padan ke tak. Manakan si lelaki tak dilema; kasut bertutup loafers dah selalu sangat pakai pergi kerja. Takkan 7 hari seminggu pakai kasut sama sahaja? Tapi, itu je lah kot kasut jenis kulit yang kita ada. Nak pergi majlis-majlis sebegini dengan baju tradisi, kasut kulit baru lah nampak segak untuk kita sebagai tetamu…

Ye ke… ¬ᴗ¬ ¬ᴗ¬ ¬ᴗ¬

Dah cuba acukan baju itu dengan capal kulit? Okey…betul, ianya kasut jenis terbuka, tetapi ini kan hujung minggu. Sekali sekala bagi lah kaki tu bernafas, bebas daripada kasut dan stoking yang panas. Nak pula majlis ni majlis dekat tempat terbuka open air.

Tak tahu nak cari dekat mana sepatu, sandal atau capal kulit yang nampak bergaya? Jom berkenalan dengan usahawan PeDAS kita kali ini!

Capal Kulit Asli Arils

Capal Kulit Asli Arils-1

Arils adalah sebuah jenama pembuat sepatu dan barangan daripada kulit asli dari Muar, Johor. Pemiliknya, Encik Arif Syahmi Bin Mohd Shahril mengusahakan produk kasut dan sepatu kulit jenama Arils di bawah syarikatnya iaitu Arils Leatherville Craft.

Capal atau sandal kulit Arils diperbuat daripada kulit kambing dan kulit lembu asli yang lembut dan selesa. Dan yang paling penting, ianya dibuat sendiri dan milik bumiputera! Jadi, sepatutnya, tak adalah isu was-was material kulit asli tu kan?

Capal Kulit Asli Arils-2

Ada pelbagai rekaan atau design capal Arils yang boleh dipilih; daripada berbentuk seperti sandal biasa hinggalah ke berjari pointy atau tajam ke depan dan sebagainya. Kehalusan seni kraftangan capal kulit ini juga terserlah dengan corak atau motif sama ada bunga songket ataupun bunga lada hitam! Bukan calang-calang orang orang boleh menghasilkan seni halus sebegini.

Ramai yang memuji rekaan Capal Arils yang tidak kurang hebatnya dan sesuai untuk majlis-majlis yang high-end. Bukan sahaja, tetamu, malah pengantin lelaki pun antara pembeli sepatu ini. Capal Arils juga banyak ditempah oleh persatuan-persatuan penggiat seni seperti silat, pasukan memanah dan sebagainya.

Arils Leatherville Craft juga biasa menerima kunjungan jika orang awam seperti pelajar ingin membuat lawatan sambil belajar di bengkel mereka.


Jika anda ada sebarang pertanyaan mahupun sekadar ingin mengikuti perkembangan dan promosi semasa dari produk ini, anda boleh melayari laman-laman ini:

Facebook | Instagram | WhatsApp 1 | WhatsApp 2

Ingin melihat sendiri dengan lebih dekat produk Capal kulit Aris ini? Ini alamat kedainya:

No155E, KM15/4, Jln Bakri, Muar, 84000 Johor.

Entri ketiga|| Kasut Pengantin Lelaki Melayu | CKA:PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.