Blog Percuma Untuk Kedai Makan

September 27, 2022 by No Comments

Ramai usahawan telah mengambil kesempatan untuk memasarkan produk atau servis mereka dengan menggunakan pelbagai platform bagi meningkatkan jualan mereka. Bagi usahawan kedai makan, blog percuma untuk kedai makan sewajarnya dimanfaatkan bagi memudahkan bisnes tuan puan dijumpai dalam carian Google.

Blog telah lama bertapak dan penggunaannya amat popular di layar Internet sejak sekian lama. Sebelum popularnya penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram pada masa ini, blog adalah salah satu platform yang digunakan oleh ramai usahawan dalam memasarkan produk atau servis mereka secara atas talian.

Namun, blog tersebut hendaklah mengikuti kehendak penulisan SEO supaya laman blog usahawan dapat dioptimumkan agar mudah dijumpai di halaman pertama Google.

Mengapa Usahawan Kedai Makan Perlu Buat Blog?

Bisnes dalam bidang makanan dan minuman adalah antara bisnes yang sangat memerlukan pemasaran SEO menggunakan blog, sama ada di laman web rasmi kedai tersebut mahupun penulisan review di portal oleh blogger lain. Hal ini kerana, penulisan SEO di blog membantu dan memudahkan para usahawan dalam memperoleh pelanggan dan meningkatkan sasaran pelanggan.

Jika ingin tahu kepentingan blog dengan lebih lanjut, tuan puan boleh baca mengenai kepentingan SEO untuk kedai makan.

Contoh Blog Percuma Untuk Kedai Makan

Blog Percuma Untuk Kedai Makan
Blogger (Blogspot)

Di atas menunjukkan dua contoh laman web yang menawarkan pengaktifan blog secara percuma iaitu Blogger dan juga WordPress.com. Cik Min cadangkan tuan puan menggunakan WordPress.com kerana paparan laman web tersebut lebih mesra pengguna.

Blog Percuma Untuk Kedai Makan
Contoh SEO artikel untuk kedai makan

Cara Daftar WordPress.com Langkah Demi Langkah | Blog Percuma Untuk Kedai Makan

1. Cari laman web WordPress.com

Buat carian www.wordpress.com di mana-mana laman Internet pilihan tuan puan.

2. Tekan butang ‘Start your website’

Di bahagian Home, tekan ‘Start your website’ untuk mula mendaftar blog.

3. Masukkan segala butiran

Tuan puan dikehendaki untuk meletakkan alamat emel, nama pendek dan kata laluan.

Cara kedua, boleh daftar dengan hanya menggunakan akaun Google atau Apple.

4. Letak nama domain yang dipilih | Blog Percuma Untuk Kedai Makan

Pastikan tuan puan pilih domain yang dicadangkan oleh WordPress untuk mendapatkan free domain untuk blog.

Pilih domain yang mempunyai tulisan free.

5. Pilih ‘start with a free site’

Selepas tekan ‘Start with new free website’ akan keluar paparan ‘what are your goals‘. Tuan puan hanya perlu menekan skip di bahagian kanan atas skrin.

6. Pendaftaran berjaya!

Dan akhirnya blog tuan puan berjaya didaftarkan dengan menggunakan domain pilihan tadi. Paparan panel WordPress percuma akan muncul seperti gambar di atas.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min dalam artikel pada kali ini. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.