Restoren Bangi : Biji Kopi Bangi

April 4, 2017 by 1 Comment

Restoren Biji Kopi Bangi

Antara restoren di Bangi yang mesti pernah kita kunjungi ialah Biji Kopi Bangi.

Jika bukan datang dari Bangi, keluar exit Bangi.

Lima minit dah sampai Bangi Gateway.

Restoren ini terletak di Bangi Gateway bersebelahan Oldtown.

Anda mungkin tidak nampak signboardnya kerana ia tak kelihatan dari bahagian parking kereta.

Saya kesini untuk temujanji bersama sahabat.

Mula-mula memang tak nampak signboard kedai ni.

Kena buka mata (hati) besar-besar — baru nampak. Ianya di barisan kedai makan yang menghadap jalan ke luar.

Hiasan dalaman restoren Biji kopi Bangi ini memang cantik dan nampak selesa.

Warna biru lembut dengan kerusi kayu macam masa kita sekolah rendah.

Mengembalikan memori-lah!

Memori kena marah dengan cikgu sebab suka jongket kan kaki kerusi.

Cikgu cakap macamni “Kesian kerusi tu ada empat kaki. Kenapa awak jongketkan jadi dua?”

Ianya soalan yang tak perlukan jawapan kan.

Masalah sejagat waktu tu. Degil meno!

 

Terdapat ruang membaca di bahagian depan.

Ada banyak buku menarik yang boleh dibaca manatahu jika berseorangan.

Atau semasa menanti kawan tiba.

Sofa yang disediakan juga selesa.

Teruja saya menanti sahabat tiba di tempat secantik ini!

Sempatlah pegang satu kedua buku. Haha pegang sahaja. Usaha tu ada! 

Pilihan makanan bermula dari selera Malaysia sehingga Western.

Air juga ada pelbagai pilihan.

Makanan di bawah ialah bihun Singapore.

Nampak berselera sahabat saya menikmati bihun ini.

Satu lagi makanan yang kami cuba ialah soto ayam.

Ada begedil yang sedap dalam soto ni tau.

Siapa rindu begedil mak di kampung, boleh cuba soto di Biji Kopi Bangi ini. Rasanya tak jauh beza dengan begedil mak kita hihi.

Sesuai datang waktu makan tengahari bersama kawan pejabat. Berbaloi luangkan masa dengan insan yang tersayang di Biji Kopi Bangi ini.

Bagaimana nak ke Biji Kopi Bangi

Nama gerai : Biji Kopi
Lokasi : Bangi Gateway Shopping Complex, C-8-G, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia (waze)
Layari laman Facebook Page kedai ini.

Biji Kopi Bangi

One Reply to “Restoren Bangi : Biji Kopi Bangi”

  1. Mahathir says:

    I tried it Chicken Briyani. It was HORRIBLE.
    The resto owner deleted all the bad comments about her resto. I was blocked.

    SHAMEFUL.

    Biji Kopi Cafe Bangi Gateway

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.