Bantuan Insentif Pelancongan Negeri Johor 2022

February 23, 2022 by No Comments


Terkini, kerajaan negeri Johor telah melahirkan kebimbangan dengan meneruskan pelaksanaan bantuan insentif sektor pelancongan negeri Johor 2022 kepada mereka yang terjejas, khususnya kepada pemain industri pelancongan yang menjadi penyumbang dan pemangkin utama dalam pembangunan industri pelancongan.

Insentif yang ditawarkan ini selaras dengan Bajet Johor 2022 yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Johor pada 26 November 2021, bagi sektor pelancongan di bawah agenda Majestic Johor dengan peruntukan sebanyak RM1.64 juta.

Melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi lebih lanjut dengan anda semua tentang tawaran bantuan insentif pelancongan negeri Johor 2022. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Edu Bestari dan beberapa laman web lain.

Bantuan Insentif Pelancongan Negeri Johor 2022

Bantuan Insentif One-off Sektor Pelancongan Johor

Tempoh Permohonan – Bantuan Insentif Pelancongan Negeri Johor 2022

Permohonan bantuan insentif one-off bagi sektor pelancongan di Johor ini dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 8 Februari 2022 hingga 8 Mac 2022

Kadar Bantuan dan Kategori yang Layak

Pemberian bantuan insentif one-off kepada sektor pelancongan di Johor adalah melibatkan kategori berikut:

  • Pemberian insentif One-Off RM2,000 kepada 207 pengusaha hotel bajet di negeri Johor yang berdaftar di negeri Johor.
  • Pemberian insentif One-Off RM1,000 kepada 233 pengusaha homestay yang berdaftar di negeri Johor.
  • Pemberian insentif One-Off RM2,000 kepada 187 agensi pelancongan yang berdaftar di negeri Johor.
  • Pemberian insentif One-Off RM1,000 kepada 621 pemandu pelancong berlesen yang berdaftar di negeri Johor.

Syarat Permohonan – Bantuan Insentif Pelancongan Negeri Johor 2022

Tawaran bantuan hanya dibuka kepada pengusaha sektor pelancongan di Johor yang memenuhi syarat permohonan seperti yang dinyatakan di bawah:

Agensi Pelancongan

Pengusaha Hotel Bajet Negeri Johor (MyBha JOHOR)

Bantuan Insentif Pelancongan Negeri Johor 2022

Pemandu Pelancong

Pengusaha Homestay

Bantuan Insentif Pelancongan Negeri Johor 2022

Cara Memohon

Tourism Johor komited untuk meneruskan pelaksanaan insentif sekali gus kepada industri pelancongan dalam usaha menyuntik semangat untuk terus hidup dan menghidupkan semula kegemilangan industri pelancongan domestik, melalui bantuan yang dibuka buat pemain industri pelancongan yang layak di negeri Johor.

Pengusaha Sektor Pelancongan di Johor yang memerlukan bantuan ditawarkan boleh buat permohonan sehingga 8 Mac 2022. Permohonan boleh diakses di pautan berikut:

Selain itu, Tourism Johor sentiasa bersama-sama pemain industri dalam usaha memfokuskan pasaran domestik bagi meneruskan perjuangan membina dan memulihkan daya saing industri dan yakin bantuan insentif ini dapat memberi sedikit manfaat dan kelegaan bagi meringankan beban semua.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan insentif Sektor Pelancongan Johor yang ditawarkan, anda boleh terus ke laman web Tourism Johor.

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.