Bantuan Geran Mesin Peralatan atau Infrastruktur Johor

March 15, 2022 by No Comments

Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor kini membuka permohonan bagi Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES 2.0) dengan menyediakan bantuan geran mesin, peralatan atau infrastruktur sehingga RM15,000 kepada golongan sasaran seperti koperasi, persatuan atau pertubuhan berdaftar.

Program ini dilaksanakan bagi meneruskan kesinambungan kepada pelaksanaan Program Pembangunan Ekonomi Setempat 1.0 (PPES 1.0) pada tahun 2021. Program ini dirangka bagi mengenal pasti projek-projek keusahawanan berasaskan komuniti yang berpotensi dan berjaya maju di negeri Johor.

Ikuti perkongsian dengan lebih lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan dan panduan untuk membuat permohonan di bawah. Sebelum itu, informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada Portal Malaysia.

Bantuan Geran, Mesin Peralatan atau Infrastruktur

Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0

Skop Bantuan | Bantuan Geran Mesin Peralatan atau Infrastruktur

Berikut adalah skop bantuan melalui Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES):

Jumlah bantuan geran yang ditawarkan bernilai sehingga RM15,000 sahaja yang merangkumi:

  • Kos menaiktaraf infrastruktur.
  • Pembelian mesin dan alatan yang berkaitan dengan projek.
  • Jumlah nilai yang diluluskan adalah tertakluk kepada jawatankuasa kelulusan menerusi program ini.
  • Geran yang diberikan adalah dalam bentuk peralatan, mesin atau infrastruktur sahaja.
  • Pelaksanaan program dan kursus adalah di luar skop bantuan.

Syarat Kelayakan Bantuan Geran Mesin Peralatan atau Infrastruktur Johor

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan:

  1. Pemohon mestilah penduduk tetap negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  2. Permohonan hanya terbuka kepada koperasi, persatuan atau pertubuhan berdaftar (NGO) dan telah berdaftar.
  3. Permohonan terbuka kepada semua jenis projek/perniagaan yang patuh syariah dengan menyediakan kertas kerja projek untuk dimuatnaik ketika permohonan dibuat.
  4. Ketika permohonan dibuat, projek telah dijalankan dan berpotensi untuk berdaya maju.
  5. Projek yang diusahakan oleh pemohon mestilah beroperasi di dalam negeri Johor sahaja dan mampu menyediakan peluang pekerjaan dan manfaat kepada masyarakat setempat.
  6. Permohonan yang dibuat menerusi koperasi, persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) perlu mempunyai kewangan yang kukuh serta kapasiti, keupayaan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan projek berkaitan.
  7. Pemohon mestilah belum pernah menerima mana-mana bantuan dari kerajaan negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh 2 tahun sebelum permohonan ini dibuat.

Cara Memohon | Bantuan Geran Mesin Peralatan atau Infrastruktur

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web Perbadanan Usahawan Johor.
  2. Klik butang ‘Daftar Sistem Padu’ dan klik ‘Daftar Akaun Baharu.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun Baharu.’
  4. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  5. Selepas berjaya log masuk, buat permohonan seterusnya dan hantar.

Pemohonan dibuka mulai 9 Mac 2022 jam 2.30 petang sehingga 15 Mac 2022 (Selasa) jam 12.00 tengah malam. Untuk makluman, satu permohonan hanya layak untuk satu projek sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan, anda boleh layari laman sesawang Perbadanan Usahawan Johor atau whatsapp ke 011-2075 5135.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.