Bantuan Geran Pelancaran JKM – untuk Peniaga

December 3, 2021 by No Comments

Baru-baru ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan iaitu bantuan Geran Pelancaran JKM. Bantuan ini disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan baik. Skim bantuan ini diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Proses pemberian bantuan kebajikan ini juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari. Menerusi entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan usahawan tentang Bantuan Geran Pelancaran JKM. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapat daripada portal Edu Bestari.

Mari ikuti perkongsian maklumat tentang Geran Pelancaran JKM di bawah.

Bantuan Geran Pelancaran JKM
Gambar sekadar ilustrasi

Kadar Bantuan Geran Pelancaran JKM

Geran Pelancaran JKM ini akan diberikan kepada individu yang layak sebanyak:

  • Maksimum RM2,700 sekali gus

Tujuan Bantuan Geran Pelancaran JKM

Tujuan bantuan ini diberikan adalah dengan matlamat untuk:

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu atau keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat Kelayakan

Permohonan bantuan geran ini dibuka kepada individu yang mempunyai kelayakan berikut sahaja:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Kumpulan sasar JKM;
  3. Penerima bulanan JKM;
  4. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Untuk makluman, penerima bantuan Geran Pelancaran JKM ini disediakan hanya kepada penerima bantuan sedia ada sahaja. Jadi, untuk melayakkan anda menerima bantuan geran padanan, anda perlu mengemukakan permohonan bantuan JKM terlebih dahulu.

Kemudian, selepas anda tersenarai sebagai penerima bantuan JKM, anda boleh membuat permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran ini.

Senarai Bantuan JKM

Berikut merupakan senarai bantuan JKM yang boleh anda mohon sekiranya layak:

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) | Bantuan Geran Pelancaran JKM

Minimum sebanyak RM150 sebulan untuk seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut:

i.   RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii.  RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Gambar sekadar ilustrasi

2. Elaun Pekerja Cacat

Kadar bantuan yang diberikan ialah sebanyak RM400 sebulan untuk seorang.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM1,500.00 dan ke bawah;
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

3. Bantuan Warga Emas (BWE) 

Kadar bantuan yang diberikan ialah RM500 sebulan untuk seorang.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM; atau pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma ATAU 
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

4. Bantuan Am Persekutuan

Kadar bantuan yang diberikan ialah RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

5. Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Kadar bantuan yang diberikan ialah RM250 sebulan seorang kanak-kanak.  Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:- 

  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
    1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Kesemua bentuk bantuan ini adalah tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Anda boleh semak senarai bantuan dan syarat-syarat kelayakan bagi setiap bantuan JKM di pautan berikut:

Cara Membuat Permohonan

Sekiranya anda merupakan penerima bantuan JKM dan mempunyai kelayakan untuk memohon Geran Pelancaran, anda boleh mengemukakan permohonan ini pada bila-bila masa melalui kaedah di bawah:

Anda boleh semak dahulu senarai pusat JKM negeri di sini. Namun, anda dinasihatkan untuk hadir ke pejabat JKM yang berhampiran untuk mendapat maklumat dengan lebih lanjut lagi.

Gambar sekadar ilustrasi

Untuk sebarang info dan pertanyaan, anda boleh hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian dan Jajahan di mana permohonan telah dibuat. Anda juga boleh hubungi ibu pejabat melalui talian 03-8000 8000.

Baca juga entri terbaharu tentang Kesan Bisnes Tanpa Branding di sini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.