Bagaimana Menulis Blog yang Menarik

January 5, 2019 by No Comments

Ramai usahawan sering risau tentang bagaimana menulis blog yang menarik. Mestilah risau kan, kita dah tulis panjang-panjang tapi pembaca rasa bosan dan tinggalkan artikel yang sedang dibaca tak sempat habis.

Hilang semangat tahun baru yang mula dipupuk tempohari bila tengok jumlah pembaca semakin berkurangan di blog.

Sumber Google

Tips Bagaimana Menulis Blog yang Menarik Pertama #1 Tajuk Artikel Blog Mesti Menarik

Antara topik yang sering menjadi carian di Google ialah tentang bagaimana melakukan sesuatu, tips, teknik serta pengalaman peribadi.

Masukkan jumlah tips yang diberikan dalam artikel ini contohnya lima, tujuh dan sembilan. Ini adalah bagaimana menulis blog yang menarik.

Panjang tajuk biasanya tidak lebih daripada 10 patah perkataan bagi tujuan memuatkannya di dalam skrin.

Sekiranya terdapat spesifik jantina atau pekerjaan, lebih menarik artikel tersebut contohnya ‘Tujuh Sebab Kaum Wanita berusia 35 tahun keatas Kena Jaga Kesihatan Rambut

Gambar Kena Cantik

Bagaimana gambar yang cantik? Bukankah cantik itu bergantung kepada mata yang memandangnya haha. Gambar yang cantik ialah gambar yang terang dan mempunyai pixel lebih daripada 1000 keatas.

Sekiranya Tuan/Puan menjumpai gambar dari Google, sebaiknya ia dikreditkan semula kepada laman web asal atau Google.

Ada video ringkas

Upload video ringkas didalam video dan sharekan semula di dalam blog kita. Pastikan tajuk dan description tentang video tersebut ditulis dengan lengkap dan mudah difahami.

Video didalam kelas blog Puan Suraya Ali 5 Januari 2019

Blog yang ringkas, mudah difahami dan bermanfaat sangat disukai pembaca. Sertai Kelas Blog dan SEO Puan Suraya Ali dengan cara menyertai grup WhatsApp ini.

Lebih tips untuk menulis blog boleh dibaca disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.